07 August 2009

kuih buah melaka


Lama tak makan buah melaka.. Ada yang bagi nama onde-onde kan.. hehehe tapi ita dari kecik dah panggil kuih buah melaka.. heheheh.. sedap sebab bila meletup dalam mulut... heheheh..


Bahan-bahan ( 20 biji )

* 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
* 2 ketul gula melaka
* 2 cawan tepung pulut
* 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja
* secubit garam- digaulkan bersama kelapa

kalau tak de pandan yang banyak guna pes pandan dan pewarna hijau pun ok..
Cara-cara

1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit)
2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
3. masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa

>

4 Comments:

  1. Chik Mimi said...
    aduh tgk buah melaka ita teringat dlm list yg duk kiv tu,ermmm terus buatmase pose la nnti gamaknya.ita sihat ke?
    Juwita Jamaludin said...
    to kak mimi.. ita sihat kak.. akak sihat.. tula tak sabar nak tunggu ramadhan tu yang buat dulu tu
    Anonymous said...
    Sedap nye onde2 kak ita.. cam time pose plak nie...
    Juwita Jamaludin said...
    to ijan.. tula sebab puas la teringin nak makan onde2 ni

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG