06 August 2009

Bubur Chacha berjagung dan sagu



Salam hari khamis... Wah lama asyik tengok daging je.. Minggu ni sibuk ada tetamu tiap hari jadi tak terkejar urusan di komputer dan di dapur.. Jadi tengok la daging tu untuk beberapa hari.. ehheheh.. tak pe doakan la moga lepas ni mood R ambil gambar masakan ni kembali menyinar.. baru la penuh blog ku ni... ehheeh.. ok la ini antara menu buka puasa hari ni.. sebagai pemanis mulut.. hajat dihati nak buat kuih petang nanti tengok la kalau ada ada la.. kalau tak makan bubur je la.. hehehe.. so nama itu ita yang beri sebab masuk jagung dengan sagu....

Bahan-bahan

1/2 cawan biji sagu
1/2 cawan chacha
1/2 cawan jagung
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula putih (ikut kemanisan masing2)
1 cawan santan
sedikit garam
2 helai daun pandai disimpul

Cara-cara
1. Panaskan air dan rebus biji sagu hingga jernih.
2. tapis biji sagu yang telah jernih untuk membuang kanjinya dan rebus kembali bersama sedikit air dan gula melaka dan gula pasir.
3. masukkan bijji chacha..
4. setelah itu masukkan jagung dan daun pandan
5. masukkan santan dan garam kacau sehingga pekat dan masak.
6. siap.

4 Comments:

  1. Chik Mimi said...
    ala ita pebret hubby akak ni dah lama tak buat stok dah pinish lar .nampak hak ita terus terbayang kesedapannya
    Azimah Mustapha said...
    selamat berbuka puasa
    Anonymous said...
    yg nie laagi cantik... kaler2 meriah gitew. Nak cedok pon sayang nie.... hehehe
    Juwita Jamaludin said...
    to kak mimi.. ala kat msia senang beli je kat kedai chacah tu.. hihiihi

    to ima.. thanks ye

    to ijan.. heheheh tula sedap akak suka bubur ni

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG