06 May 2011

Menu westen style


Selamat malam semua.. hari ni saja nak share disini menu westen style semalam untuk suami yang berpuasa. Suami ita ni sebenarnya kurang sikit makan nasi. Jadi selalu la kena fikirkan menu yang menarik macam ni tambah bila dia berpuasa tentu nak hidangkan menu yang special macam ni.. Seronoknya dijepun ni sempat layan tekak suami nak makan apa.. Di Malaysia nanti kalau dah kerja sempat ke tak.. huhuhhu sedih bila ingatkan...:( Sebelum ni pernah cuba tapi tak letak beberapa bahan yang lain. jadi hari ni kita olah dan letak beberapa bahan yang lain supaya rasa lebih sedap. Jadi makan bersama salad dan labu goreng sebab kentang goreng dah makan hari sebelumnya. Selain tu buat juga pizza tuna dan spegetti peperoncino kegemaran anak-anak.

Bahan-bahan
humburger
250g daging hancur/cincang
150g taufu
1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar-cincang
sedikit oregano
1/2 cawan cheese mozarella
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak

sos humburger
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk lada hitam( boleh dikurangkan kalau tak nak pedas)



Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan untuk humburger ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. 2.Bahagikan ke pada 5 bahagian. Buatlah bentuk humburger.
3.Letakkan sedikit minyak di atas kuali. Goreng humburger sehingga masak. Seelok-eloknya gunalah kuali yang tak melekat.
4.Campurkan semua bahan-bahan untuk sos. Kemudian masukkan ke dalam kuali yg diguna untuk goreng humburger tadi. Masak sehingga pekat. Kemudian bolehlah dituangkan ke atas humburger tadi.
5.Akhir sekali letaklah humburger dan sosnya di dalam pinggan. Hiaslah dengan hiasan lain

2 Comments:

  1. cucu nenek di liverpool said...
    Salam, sambil tidokan anak sambil baca2 citer ita sekaligus. Kitorg kat sini mgada-ngada nak mkn style kg2 pulak, brg2 tu Ada tp mahalla. Bila nak pandai mkn western 2 pun xtaula..
    Juwita Jamaludin said...
    kak pi.. hihihhi saya ikut mood kak.. kalau saya memang menu kampung2 ni dan pedas2 tapi semua orang lain tak suka.. jadi malas nak masak nanti tak laku cik tong yang makan

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG