09 July 2011

Pasta Carbonara Ringkas



Salam semua. Hari nak buat 'quick update' tak leh nak cerita panjang-panjang sebab baru je balik dari teman suami dan anak-anak mandi kolam di Asahi Swimming pool. Lepas tu pergi beli barang dapur sekejap.. Baru je ni ada masa nak jenguk blog . Tengok banyaknya kerja sekolah kena siapkan di tag oleh cikgu2 ni.. Hihihihihi.. InsyaAllah nanti ita datang ambil ye.. Terima kasih sebab ingat pada ita. Pada Kak Azlita, Ika, Ayu dan kak nor.. Terima kasih sangat..( ke ada yang tertinggal takkan) Ada tambah lagi sorang saba juga..thanks ye..sayang korang..hari ni tak sempat la...

ok la tak nak bebel banyak.. Esok nak ke sungai pula.. jadi kena bangun awal.. pagi-pagi nak bertolak.. minggu ni minggu terjun dalam air untuk sejukkan badan.. :) jadi tengok je la gambar pasta breakfast pagi tadi.. saja je share resepi yang ita ambil dari buku masakan yang ita baru beli.



Pasta Carbonara Ringkas

Bahan-bahan

  • 250 pasta di rebus dan ditos airnya
  • 4 ulas bawang putih dicincang halus
  • sekeping dada ayam di dadukan
  • 1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • sedikit butter
  • sedikit oregano, basil
  • 1/2 cawan susu
  • 1 sudu cream cheese
  • sedikit cheese mozarella
  • Parmesan cheese secukupnya
  • Parsley kering secukupnya
  • serbuk lada sulah/lada hitam
  • sedikit pati ayam jika suka
  • sayur-sayuran kegemaran
  • garam

Cara-cara

  1. Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan goreng sekejap, kemudian masukkan susu, cream cheese, mozarella cheese, basil, oregano, lada sulah, pati ayam dan garam. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan pula sayur2 kegemaran.
  5. Kemudian masukkan pasta. gaul dan rasa. siap
  6. Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese.




19 Comments:

  1. ijayuji said...
    Salam kak! dtg malam2 nak cepat jugak ni baju kita dah bertimbun tak bergosok hihihi... pasta tu nmpk sedap!suke betul kalau pasta letak piman byk2 :D
    Kak Sam said...
    Nampak best sangat. tapi kalau buat mesti takde orang nak perabihkan
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Sedapnyer today mkn bubur jer ....uwaaaa tekak x ok lagik
    Best mandi sungai panas2 gini (^_−)−☆
    Amie said...
    Selamat petang Ita,
    anak2 mesti suka makan pastakan.... sesekali kalau masak pasta, anak kak amie memang bagi licin habis!
    Deliah's Deli said...
    ringkas tp berkhasiat! :)
    nuwairani ismail said...
    patut la senyap aje ari ni...pegi sungai pulak rupanya...heheh....kat sana konfem bersih, tak risau dh bab tu..
    Gee® said...
    waa... menu simple tp nmpak sedap... lebih2 lagi ada model cilik yg cumil tu, makin selera dibuatnya...
    Maira Anjami said...
    bestnye dapat gi mandi-manda time natsu~:)
    Wanieyra said...
    salam ita....

    lama tak singgah sini. dah byk menu tertinggal. bila lah agaknya kita ni nak kembali rajin..
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    Cuaca panas memang sesuailah kalau masuk kolam dan sungai...hihi. seronaok lah kan, kak ct lama juga tak terjun dalam sungai ni ita. kat KL ni mana nak cari sungai kalau ada pun nun jauhhhh . malas nak gi :D

    sedap nya pasta tu, kak ct pun banyak lagi pasta yang belum dimasak.
    Asmara said...
    Ita! carbonara mmg selalu jd menu budak2. diorg mmg suka kan! sbb senang makan, bahan pun mudah je. :D
    indahhouse said...
    Salam kak juwita,
    wah.. syoknya dengar orang mandi-manda kat sungai.
    pasta carbonara tu nampak sedap. saya rasa lapar pulak ni. hehehe..
    Ijan said...
    Salam Kak Ita,
    Comelnye model carbonara tu. Dah besar dah anak dara akak ni :)
    MamaFaMi said...
    Sedapnya pasta tu... meh share dengan aunty, boleh?
    Juwita Jamaludin said...
    ika.. yup sedap letak piman banyak colour

    kak sam.. oh yeke kat rumah ni semua suka pasta

    ayu.. odaijini ye... yup best mandi sungai..
    Juwita Jamaludin said...
    kak amie.. tula anak2 ita pun suk

    del yup ringkas dan sedap

    nani .. jom mandi sungai
    Juwita Jamaludin said...
    kak gee.. yekak sedap kak seisi keluarga suka

    maira .. syok mandi waktu natsu

    ira. kat sini kena rajin kalau tak lapar
    Juwita Jamaludin said...
    kak ct anak ita seuka kak

    As.. betul budak 2 suka

    indah.. ye indah syok mandi sungai

    ijan. cepat je masa berlalu yek..

    mama.. aunty boleh..:)
    maz said...
    mmg simple, mesti cuba nie..

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG