Salam semua. Entry harini adalah entry yang tertunggak, bagi ita hanya meluahkan apa yang dirasa di lubuk hati tidak sekali riak dengan apa yang ada. Hari ini ita nak ucapkan terima kasih pada suami ita yang telah menghadiahkan kamera baru untuk ita.Walaupun dah lebih 3 minggu ++ suami ita hadiahkan.. rasa happy sangat sebab sekarang sedang belajar-belajar mengendalikannya. Terima kasih banyak-banyak. Memang suami ita ni tahu isteri dia ni suka jalan-jalan dan ambil gambar dan dengan menghadiahkan kamera ni rasa happy sangat. Kata laling ita tu hadiah ni sempena homeschool Fathnin dan jaga anak di rumah. Sambil ajar anak-anak untuk naikkan semangat anak-anak ambil gambar mereka...:) sebab anak-anak ita suka bergambar.
Lumix yang ita gunakan sebelum ni.. gambar google
kamera Lumix GF2 gambar google
Sebenarnya sebelum ini ita guna kamera compact lumix je dah hampir 4 tahun ita gunakan. Sebelum datang jepun lagi. Satu hari tu kamera tu jatuh dan ada la sikit gangguan kot pada kamera tu disebabkan gegaran jatuh tu. nampak kamera tu kurang sharp dan kurang cantik pula. Selepas kejadian tu ada juga bagi-bagi hint bila birthday ke atau apa nak kamera baru...:) Alhamdulillah hari tu suami ita kata nak beli kamera tak , dia pun berkenan dengan kamera Lumix GF2 . Kami ni pada mulanya memang tak nak beli Dslr sebab saiznya dan ingat agak susah nak mengendalikan dslr ni. Nak bawa kemana-mana susah je rasa sebab saiznya yang besar tu. Jadi bila tengok review lumix GF2 rasa berkenan plak.. Tapi bila tengok harga lebih mahal sebenarnya dari kamera dslr yang ita beli sekarang ni sebenarnya tapi disebabkan saiz rasa takpe la ambil keputusan untuk beli lumix ni. Jadi dah habis survey, tanya pendapat kawan dan baca review walaupun kawan kata beli la dslr tapi tetap nak beli lumix GF2.
Kami ke 'Yodobashi camera' satu kedai barangan elektrik disini dan nak beli kamera GF2. Bila dah tengok-tengok dan tanya pada salesman yang jual tu dia kata kamera ni tak de dalam bahasa inggeris hanya dalam bahasa jepun je semua butang untuk fungsinya. Waktu tu rasa frust plak sebab tak de dalam bahasa inggeris. Tak mahu la beli dalam bahasa jepun sebab nanti susah nak setting apa2. Jadinya balik dalam keadaan tangan kosaong tanpa kamera tapi penuh dengan brochure kamera. Balik survey dan tetiba tengah survey suami kata abang nak beli dslr la. Ita ni yang ada juga berangan-angan nak beli dslr ni cerah mata sebab hubby dah tukar fikiran. jadi kami survey plak dslr apa yang kami nak beli. 2 jenama yang agak popular iaitu Nikon atau Canon. Lepas tu untuk nikon ada beberapa jenis kamera mengikut levelnya.
Gambar dari google thanks ye..
Jadinya survey la kami berdua ni mana nak beli. Sebelum tu di yodobashi kamera tempohari dah rasa dan cuba dah semua dslr ni sebenarnya.. suami memang rasa terbekenan dengan dslr nikon 3100 ni sebab ringan dan agak kecil sedikit. jadi bila tengok pada review dan pandangan kamera 3100 ni memang untuk orang-orang yang baru unak berjinak-jinak dengan dslr. Ada button '
guide' di atasnya untuk mereka yang baru nak belajar2 ambil gambar. Bila tengok di youtube banyak pula tips yang diberikan jadinya kamera ini yang menjadi pilihan kami.Alhamdulillah pilihan kami setakat ini rasa puas hati dengan berkat doa semoga Allah tunjuk pilihan yang baik buat kami dalam memilih dalam membuat keputusan.
Di jepun kamera ni ini di jual 3 pakej sama ada body sahaja atau body dengan lens 18-55mm atau pakej double lens 18-55mm dan 55-300 mm. Jadi kami pilih pakej double lense sebab beli sekali harganya murah berbanding nanti beli asing-asing. Sekarang ni ita masih belajar-belajr lagi menggunakan kamera ini. Ita nak ucapkan terima kasih pada Mariam kawan ita yang banyak ajar guna kamera ni dan buat kak azlita, noorsha juga yang tulis beberapa tips diblog tentang cara ambil gambar.. ia banyak juga membantu, terima kasih ye.. Ita masih lagi belajar-belajar baca blog fotografi dan tengok youtube bila ada kelapangan. Moga ia memberi manfaat buat kami sekeluarga dan mengisi masa ita dengan manfaatnya..:)
Selamat berphotography....kitaorang just guna D90 & D60 je...dah lama pun beli...nak beli lain x mampu. Just upgrade lens jerk....
dah agak dah akak guna dslr sbb tengok gambar2nya tak mcm selalu.
:D
akak pun berminat gak nk beli dslr ni.. tp mcm ita ckplah.. sebabkan saiznya yg gabak tu.. terfikir nnt nak gi jalan mana2 mcm satu beban lak nak bawak kamera tu.. hehehe.. kena tunggu anak akak besar dulu ler sbb skrg ni kdg2 si kecik akak tu masih nak berdukung lg... mmg payah nak bwk kamera besar2.. suami akak pulak kurang minat ngan fotografi.. tp dia tak pernah halang minat akak.. cuma buat masa ni mmg kena tunggu dulula.. lagipun.. dia baru je belikan lappy masa mothers day aritu.. tunggu anak besar & kena kumpul duit dulu.. hehe..
ermmmm akak kena jual kat adik lahhh dslr akak tu N90 .. besar sgt .. berat nak ke hulu hilir kan :))
lepas ni makin mengancam la gambar2 kat dapur ita ni...
roti mayonis tu..
cantikkkk la...
menstrual cycle calendar | colleges in NY | installed updates