12 July 2011

Mandi Sungai musim panas

Salam semua. Sekarang ni musim panas di jepun ni. Panasnya membahang dan kadang tak tertahan siap ambil air letak atas kepala lagi. Alhamdulillah bila ada angin bertiup rasa kurang sikit panasnya. Semua tingkap kat rumah ita buka bagi udara beredar dan angin masuk melalui tingkap. Rumah baru ita tak pasang aircond sebab rasa nak duduk sini sekejap je lagi pun summer dijepun ni dalam 4 bulan je setahun lain tu semua musim yang sejuk. InsyaAllah moga mampu bertahan.



kita mulakan perjalanan


Sungai yang kami pergi

Disebabkan musim panas ni dah tiba selalunya Ita sekeluarga dan kawan-kawan disini akan rancang untuk bermandi manda disungai. Bila tengok jadual kawan-kawan dan Ramadan yang bakal tiba ni fikir hujung minggu baru-baru ni adalah waktu yang sesuai untuk bermandi manda di sungai. Adnin kawan ita yang tolong survey tempat .. Terima kasih adnin. lain kali leh tolong survey-survey lagi ye... Perjalanan ke sungai yang ita pergi ni lebih kurang 1 jam menaiki kereta. Nama sungai ni nagatsugawa. Ini link nya bagi yang nak pergi...:) Seronok bila nampak je aliran sungai tu ras terus je nak terjun. kami bertolak seawa 7 pagi dan sampai disana dalam pukul 815 pagi setelah berhenti untuk ke kedai runcit sekali.




mula sampai tak de orang ramai lagi


Hubby tengah pasang khemah

Untuk kali ni 3 family je yang dapat ikut program mandi sungai ni. Ramai yang ada program lain dan semestinya kami membawa khemah yang dipinjam dari Aliza. Sampai je pasang khemah dan bentang kain untuk makan-makan. Seronok sungai ni sebab memang boleh duduk dipersisiran je.. Seronok sangat sambil tu boleh la tengok anak-anak mandi. Rasa airnya memang segar dan tak la sejuk sangat seperti sungai yang pernah ita pergi tahun lepas. fathnin dan fateh suka sangat la bila kata nak mandi sungai ni...



Dah mula rami orang dah


kanak-kanak dan bapa-bapa..

Habis je mandi dalam pukul 1115 kami pun baik bukan tak nak duduk lama.. makin ramai orang dan hari makin terik sebenarnya, Anak-anak pun jadi sunburn. Layan la gambar yang ita ambil sepanjang program mandi sungai ini. Jangan cari muka ita dalam gambar ni satu pun tak de...:( sebab tukang amik gambar je..:)



fateh sebelum mandi


jangan tembak...:)


Dah ramai dah waktu ni dah nak balik


main belon juga..


Thanks to Adnin yang tiupkan belon tu.. cantik belon2 tu terbang..:)


Syoknya papa mandi..:)


Fathnin dan Ain.. seronok sangat kawan berdua ni


Fateh dan boatnya...:)

14 Comments:

  1. Sofea said...
    salam kenal Juwita..i follow ;)
    Nuwairani said...
    handsome pulak fateh posing mcm tu.. (boleh pulak komen mcm tu) heheh...cantik kan sungai2 kat sana...kat mesia ni memang dah tak jumpa yang indah2 mcm tu..kalau ada pon jarang2 sekali la...jauh nunn di atas bukit...
    ijayuji said...
    Salam kak ita!! uuuwaaaa...bestnyerrr!!! mmg sesuwai tgh natsu ni g berendam hihihi... sungai kat jepun mmg bersih! kalau kita duk sungai yg ada kat siam ni mesti kuar sungai bdn bau mcm2 bau wakakaka... seronok kan sesekali jalan2 mcm nii ramai2 gituu bestnyer!
    Maira Anjami said...
    bestnye dapat mandi sungai~~kat sini tak tau la bile boleh mandi sungai..air sejuk sentiasa..hehe
    Asmara said...
    kami pun nak cari taki sebelum puasa ni. dah puasa kene duduk diam2 dalam rumah. hehe..
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    terasa sejuk air kat sungai itew even ayu tak terjun mandi sama(motip citer mcm p ni apa kes hahaha) ....k.ita dah improve bab klik2 nie...nice pics
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    berapa suhu kepanasan kat sana sekarang ni ita. kalau kat KL ni kadang2 jejak juga 36C itu jer dah tahan duk dalam rumah. kalau kat luar lagi lah jangan cerita kan. kadang2 tu teringat juga kat anak2 yang bersekolah dengan jalan kaki panas2, kesian juga. kita yang duk dlaam rumah ni bersyukur lah kan.

    kena tahan lah ya, sekejap jer tu. Ini baru dugaan sikit jer dariNYA kan.
    εïзmmyHazaεïз said...
    comelll si fateh... kt sini pun panas + jerebu... kejap jek naik ulser dlm mulut...
    Amie said...
    anak2lah yang paling seronok dapat mandi sungai ye.... tak dapat bayangkan kalau dah cuaca panas, semua rasa serba tak selesa ye...
    Kak Sam said...
    Mandi manda adalah aktiviti yang amat menyeronokkan. Kalau dah berendam memang payah le nak naik.
    kyo_9 said...
    huhu..
    kitorang pon buat BBQ hujung minggu lepas ;)
    Sheery Dream Cakes said...
    Assalamualaikum ita..
    comelnya fateh... muahsss kat dia :)

    seronok akak tgk tau... boleh mandi sungai gitu lg.. kalau kat labuan nie mana der sungai yg boleh d buat mandi.. ehhehehe..
    Hanis MY said...
    seronoknyaaa mandi sungai! nak ikuttt
    Unknown said...
    wahh bestnyer mandi manda tu...cuaca kat finland ni pun panas juga...rasa nk berendam juga kekadang tu...hehe tapi bila dah mai time sejuk winter beku sejuk sgt la pula...sabar jer la kan.

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG