Salam semua. Salam permulaan bulan Julai untuk setengah tahun yang berikutnya. Moga hari-hari yang mendatang memberikan keceriaan kepada kita dan lebih baik dari hari yang sebelumnya. Hari ini ita agak lambat bersiaran sebab hari ini ada majlis Yassin di rumah adik di Yokohama ni. Jadinya biasanya kena sediakan juadah sikit tambahan semalam ita dan komuniti disini ada aktiviti badminton pada malam semalam. Jadinya nak mengentry malam tadi memang tak sempat sebab balik dah rasa penat sangat. Maaf sangat bagi kawan-kawan yang ita belum kunjungi lagi InsyaAllah ita akan datang menjenguk nanti..:)
Kelmarin masa tengah cari-cari resepi apa nak bawa untuk majlis yassin ita ternampak kek ini. Sekali pandang je terus terpikat dan hati meronta-ronta nak cuba tapi dah malam jadinya tunggu pagi esoknya iaitu semalam untuk godek-godek buat kek ni. Buat pun sebelum keluar untuk untuk main badminton tu jadinya ambil gambar terkejar-kejar rasa tak puas hati pula sebab kalau tengok betul-betul kastadnya belum sejuk betul dan meleleh sikit. Lebih bagus jika disimpan dalam peti sejuk baru potong sebab ita simpan dalam peti sejuk dan balik baru makan .. Alhamdulillah sedapnya... memang tak rugi cuba kek ni.
Kalau tengok kek ita tu ita buat macam kak nor secubit garam letak pewarna merah sedikit kat kastadnya tu. Saja nak nampak ceria .. hihihihi.. maaf ye tuan punya resepi saja je letak warna kat situ. ita guna acuan kecil iaitu 5 inci je sebab nampak adunan tu sikit mula nak buat dalam acuan 4 segi tapi bila nampak sikit tak yakin plak nak guna acuan ita tu sebab besar nanti dapat nipis plak kek ni .. tak cantik.. jadi bagi yang nak cuba je resepi ni ikut saja resepi seperti dibawah. kek ini amat sesuai bagi mereka yang meminati kuih-muih yang menggunakan kastad.
Okla jom kita lihat resepinya, resepi asal dari kak Ida 1001 resepi dan ita ambil dirumah kak nor secubit garam. Terima kasih buat kedua-duanya ita simpan disini ye biar senang nak rujuk untuk buat lain kali...
CUSTARD TEACAKE
sumber : Ida 1001resipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan kastard
Labels: Kek
sedap kek nih mcm ala2 mkn biskut suka ngan bau & texture cake nih cam butter cake g2...
sedapp sangat..
rasa macam nak buat lagi lak..
bila lah tu ya?..cantik warna & rupa kek ita ni..suka tengok..
rajin ita sediakan macam2 hidangan utk rakan2 ye, mudah2an sentiasa dilipahi rezeki, dan ilmu masak-masak pun bertambahlah lagi... utk dikongsi bersama.
kek ni fav suami akak dia mmg suka kek yg letak castard
kek ita ni nampak sangat mengoda..
Kak Ita..nanti kalo pegi Yassin lagi,kirim salam rindu kat Chah ye..hehe
cantik akak letak kaler custard tu merah. ramai dah mencuba kek ni. kena tiup angin rajin biar mai ke finland sekali.hehehe
mama.. tul maca biskut rasanya nak buat lagi dah lagi nanti
kak ida ye kak main ikut hubby hubby saya suka sport
kak ayu tak rugi cuba kak sedap bagi saya dan kawan3 yang rasa
kak amie... alhamdulillah kak ada sedikit kita bagi sikit ada banyak kita bagi banyak:)
kak ita ye kak suami ita pun suka gak sebab ada rasa kastad tu....
kak nor tiru akak santekkkk
kak diana.. ita tiup juga ke putrajaya tu.. hihihihi dapat tak vit kek ni