24 July 2009

Sotong Percik


Harini malam baru boleh nak tengok blog ni.. Ini pun Fateh dah tidur baru la senang nak upload entry hari ni.. Bukan tak leh nak upload waktu dia ada tapi tak selesa sebab terkejar-kejar nak menjaga Fateh yang semakin sibuk belajar itu dan ini.. Jadi sekarang malam la masa yang sesuai bila fateh tidur.. Nak share resepi sotong percik ni.. sedap tapi ita tambah kerisik sikit nak bagi lebih sedap.. hihiih..itu ikut tekak ita la..resepi dari kak rossitamz.. thanks ye kak tumpang c& P kat sini ...

Bahan-bahan ( 6 orang )

* 8 ekor sotong yang besar
* 10 biji cili kering (**)
* 5 biji cili padi (**)
* 5 biji cili merah (**)
* 1 labu bawang besar (**)
* 2" halia (**)
* 2" lengkuas (**)
* 2 batang serai (**)
* 1 helai daun kunyit - dihiris halus
* 4 helai daun limau purut - dihiris halus
* 1 batang serai - dititik
* 1 sudu besar air asam
* Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara

1. Bersihkan sotong
2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudain susun didalam pinggan.
3. Kisar bahan2 bertanda (**). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang telah dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau, air asam beserta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih.ita masuk 2 sudu kerisik.
5. Tuangkannya ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan. Siap..!!!

3 Comments:

  1. blogresipi said...
    Besaunye sotong! ade telur tak kak ita? hehee... kite suke la telur sotong.. :D
    Chik Mi said...
    ita nampak sedaP aje sotongmu itew bak seekor nak ghase
    Juwita Jamaludin said...
    to ijan.. ihihi akak tak pernah makan telur sotong sedap ke ijan

    to kak mimi.. dah abis la kak macam mana nak rasa ni.. hihihih

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG