Salam semua. Moga hari ini memberi keceriaan buat kita semua. Hari ini hari jadi adik ita Muhammad Jaferi Bin Jamaludin. Ita ni ada adik seorang je jadinya memang dari kecil asyik dimanjai je dia ni. Sampaikan bila dia nak kahwin pun kakak dia ni iaitu Ita dan kakak ita yang ita panggil Yong tak percaya.. hihihihi sebab masih anggap dia ni kecil je. Sekarang dah jadi ayah dah dia cepat sungguh masa berlalukan.. Moga Jef akan sentiasa diberkati Allah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umurnya dan gembira selalu ye... Ambil kek ni buat makan birthday hari ni tau..:)
Strawberry lagi ye.. hari tu strawberry tu tak dijadikan bahan masakan hanya tayang je.. hari ni ita buat muffin ni. Sementara ada strawberi ni baik buat apa yang berkaitan dengan strawberi ni banyak-banyak. Jangan jemu tau..:) Ita buat muffin ni sikit je dapat 7 ketul je. Ita selalu tak buat banyak2 kalau muffin atau kek .. Tapi yang ini anak ita suka .. jadi tambah bila ada coklat-coklat sikit. Rami kawan-kawan kat jepun tanya mana ita dapat strawberi ni sebenarnya strawberi ni dari costco selalu jumal mahal tetiba je jual murah dalam 478 yen kalau tak silap harganya. kalau tengok bentuknya pun tahu bukan jepun punya sebab besar-besar sebab yang ini dari US..
Resepi ini adalah dari resepi strawberry muffin tapi ita dah marblekan dia sebab nak bagi ada rasa coklat tu. Anak-anak ita kalau nak pancing makan kek kena ada rasa coklat. Baru la laju makannya. Alhamdulillah diorang suka dan rasa muffin ni pun bertambah sedap. Bagi yang nak buat muffin guna fresh strawberry adalah digalakkan tambahkan sikit gula bila kita potong2 strawberi tu biarkan dalam lima minit supaya buah tu manis sikit.. sebab kadang buah2 bila kita buat jadi kek atau apa masam sikitkan.. kecuali guna sos strawberi atau jem.. itu pengalaman ita yang tak seberapa ni la..
okla untuk resepi ini ita ambil dari Allrecipes dan ita ubah dengan memasukkan satu sudu serbuk coklat untuk marble. Kalau nak lagi cantik marble tu boleh letak sedikit pewarna coklat tapi yang ini ita tak letak .. terlupa plak.. resepi ini dah dialih bahasakan kalau nak yang dalam bentuk original boleh pergi ke link diatas.
Muffin Strawberi Coklat Marble
bahan-bahan
Labels: Kek
untungnya adik kak ita ni..besdaynya pon ada org buatkan kek lagi...hihih...comel aje cup kecik2 tu. senang nk telan.
hepi besday buat adik ita jef, moga bahagia sokmo
Muffin Strawberi Coklat Marble tu....cantikkk menawan la...
menyelerakan tgk kerabu tomato ikan bilis tu..pembuka selera
nanti ye nani kat msia susah jumpa kot.. sedapkan akak suka gak.. sekarang ada jual dah sikit buah tu kat supa..
saja buat muffin senang anak2 makan
kak rosa thanks ye atas doa tu
maira.. ganbatte ne maira san... hihihihi akak ni housewife leh la godek2 kat dapur..:)
ika.. thanks ye atas ingatan dan doanya.. kat siam ada ikea tak, tu muffin cup ikea tu
wah comel nyaa muffin tu ita... sukanya akak tgk... cantik berseri gitu tau.. pasti sedap kan.. nak seketul... ada lg x nie?
inilah rupa papercups tu ya..yang ita maksudkan tu ke?..aah sama macam akak punya akak beli kat ikea satu set dengan yg ini juga...cantik kan papercups ni..kena pulak dengan muffin yg sedap ni..makin berseleralah nak makan..
kak nor- ye kak li kat ikea je papercup tu
kak diana- kak diana dah abis la kak
nieza.. saja2 deco2 tak banyak pun deconya
kak anie.. cuti ye leh main masak2 kak.. hihihih buat kak nanti mcm pizza hari tu banyak diorang makan
kak yu.. tu la beli pun sebab cantik hihihihi.. ita beli kat ikea juga kak