30 April 2010

Birthday PAPA dan kek lapis pandan



Selamat hari jadi PAPA kepada Fathnin Farisa Binti Fariz dan Muhammad Fateh Bin Fariz. Di Doakan moga panjang umur, murah rezeki, permudahkan urusan phd dan seterusnya kerjaya, menjadi suami yang baik dan bapa yang penyayang moga terus di berkati dan dilimpahi rahmat Allah ..InsyaAllah... kami amat menyayangi PAPA..



Sempena hari jadi suami, ita cuba ubah selera untuk buat kek kastad pandan pula.. selalunya buat kek berasaskan cheese atau coklat.. tapi kali ni tukar selera.. mula2 risau juga sebab kek ini pertama kali ita buat.. alhamdulilah sedap menepati citarasa kami.. thanks to kak yatie ( ita buat kek chiffon pandan) dan sweet4ever ( untuk lapisan kastad) atas kek yang sedap.. memang akan selalu buat kek ni sebab puas hati..

untuk kek chiffon pandan

Bahan-bahan

Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak
* 2 sudu kecil baking powder* diayak

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara

Bahan (A):

  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B):
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.

untuk kastadnya

Bahan-bahan
  • 1 biji kek span pandan/ chiffon pandan belah dua..
Bahan A
  • 180g gula kastor
  • 500ml air daun pandan
  • 1 sudu makan serbuk agar-agar segera
Bahan B
  • 400ml santan pekat
  • 85g tepong hoen kwee hijau -
  • 1 sudu teh pewarna hijau - (jika guna tepung hoen kwee putih)
  • secubit garam
Untuk hiasan : 1 cawan kelapa kering

Cara-cara
  1. kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan
  2. untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.
  3. satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A).
  4. kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih.
  5. sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
  6. letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
  7. letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
  8. hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
  9. keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan . salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.


10 Comments:

  1. Yatie said...
    Salam Ita, tahniah keknya menjadi...wow nampak sedaplah Ita..memang selera akak tau kek ni, kena pulak ada lapisan custard...nak sepotong...suka dngr Ita sekeluarga suka kek ni..Happy Birthday buat suami Ita, moga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan semoga di permudahkan segala urusan..semoga hidup Ita sekeluarga di berkati..Amin.
    Juwita Jamaludin said...
    kak yatie.. saya pun happy sebab sedap suka saya.. lain kali memang kena buat lagi... thanks atas doa tu kak ..
    Fatin Helmi said...
    ita.. bila baca resepi dia.. fatin penah belajar buat kek nih.. b4 kawin.. siap g kelas lagi.. (first time g kelas belajar baking masa dlm bertunang) tp lepas kawin tak penah masak dah.. resepi dulu pun ntah ke mana! hehe.. bestnyer tgk kek ita.. kek lapis pandan eh.. nanti kene cuba la! bila la tuh.. huhuhu
    Love2cook Malaysia said...
    Happy Birthday to Ur Hubby ya! May lots of success come his way...;)

    Sedapnya kek tuh! yummmm...!
    Juwita Jamaludin said...
    to fatin.. kena cuba kalau ada masa .. ita ni saja isi2 masa kalau kat msia tak terbuat tu.. tak terkejar masanya.. ni kat sini leh la cuba buat sebab tak kerja...

    to love.. thanks for the wishes.. nice cake and we like it.. let's try..
    ieda said...
    salam dik .. memang menjimatkan hana .. buat kek sendiri kan .. kalau dah pandai buat mcm hana ok lah .. kalau tangan kayuu jer nieh mcm akak nieh .. huhuhuh sediakan duit jerlahhh tempah .. huhuhu

    eppy bday buat mr hubby :)
    Idayu said...
    wah cntiknya kek..comeii jer.ghajinnyer buat sndri.
    happy besday to mr fariz, smoga pnjg umur n murah rezki...ita bg hadiah apa? he3x...
    Juwita Jamaludin said...
    to kak ieda.. tentu salah taip nama ita hana ni.. hihihi tula kat sini semua kena cuba sendiri lagi pun tak pe suri rumah try je buat kek tu.. hihii

    to kak ayu.. bukan rajin tapi suka cuba resepi.. menjadi satu kepuasan... ita bagi apa ye.. hihihi Gshock dengan bekas bentou aluminium je
    Anonymous said...
    Salam dr Scotland. Sy dh lama mencari2 resepi kek pandan lapis yang tak perlu kan ovalette. Akhirnya jumpa juga. Terima kasih kerana berkongsi resepi
    Cekgu Maz said...
    salam...sedapnyer kek....teringin nak cuba tp penah buat sekali tapi xjadi la...

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG