salam semua. Sudah beberapa hari tak dapat nak jenguk blog ni dengan kesibukan dan kepenatan yang melanda. Tuan rumah sengal-sengal lagi tak sempat nak jalan-jala dapur orang lain yang semestinya menghidangkan pelbagai masakan yang sedap-sedap.
Seperti yang telah diberitahu sebelum ni ita join main futsal hujung minggu baru ni. Jadinya dari sabtu ada latihan dan hari Ahad hari perlawanan yang sebetulnya jadinya agak sibuk sedikit. Nanti boleh sharekan kenangan ita main futsal dan ceritanya ye.. hihihhihi.
Waktu belek-belek gambar dalam album ni tadi baru perasan yang minggu lepas ada buat pulut serunding ni. Ini adalah gambar minggu lepas ye.. ita buat pun saja nak habiskan pulut yang ada dan ada serunding dari malaysia dalam simpanan lagi. Serunding ni agak pedas jadi lambat la habisnya stok ni. Jadi memang tak pernah buat pulut serunding ni tahu makan je sebelum ni.. tetiba je rasa nak makan dan nak cuba resepi ni.
resepi ni ita guna resepi raidah ni walaupun banyak juga adjustnya. Ita hanya guna serunding dah siap je. Terima kasih kerana berkongsi resepi.
Bahan-bahan:( boleh diubah suai mengikut keperluan isi rumah)
1 kg beras pulut ~ cuci dan rendam sekurang2nya 3 jam dan toskan
2 1/2 cawan santan
1 sudu kecil garam
Sedikit gula
Air secukupnya untuk mengukus
Bahan serunding:
serunding yang telah siap
sedikit kelapa ( ita guna kelapa kering di letakkan sedikit air)
Ita campurkan serunding dan kelapa kering dengan sedikit air dan goreng hingga rata dan garing.
Untuk pulut :
1. Beras pulut dibersihkan kemudian direndam dlm air selama 3-4 jam.
2. Toskan beras pulut, kemudian dikukus hingga separuh masak (naik wap).
3. Campurkan garam dan gula ke dalam santan.
4. Angkat pulut, masukkan ke dlm mangkuk besar kemudian gaulkan dengan santan dan kacau rata .
5. Masukkan semula ke dalam pengukus dan kukus lagi hingga masak. Angkat dan sejukkan.
Untuk pulut serunding:
1. Ambil sedikit pulut dan kepalkan.
2. Golek dengan serunding sehingga membaluti pulut. Bolehlah dihidangkan.
Labels: kuih muih
k'ida pernah gentel bolat2 pulut cam ni, pas tu golek dlm serunding ikan..sedap gak kn
lamanya x mkn serunding malaysia, pedas tu yg lg sedap...klu rasa2 x laku pos je ke nagoya sure licin!he he
nie salah 1 kegemaran akak sekeluarga... biasanya p beli jer pun.. :D. bila ler nak rajin cam adik akak sorg nie... cantik pulut serunding ita tu... nampak sedaaaaap sesangat...
sedap la kak pulut serunding akak tu..saya datang hulur pinggan kosong nie...ada lagi tak?
tula izah lama dah stok serunding tu sebab pedas lambat habisnya
ika.. mama slim melimnya takut tgk lemak kat badan bersukan selalu tapi tak juga kurus2 macam mana tu
nieza ni minggu lepas punya tau.. hihihi nasib ada menu ni tak le kosong entry
kak ena hahaha.. tula ada la juga sikit lagi serunding tu...hihih sini ramai yang minat sukn kak
As.. tu la ita anak2 suka tu yang memulut tu
umie.. anak kecik memang gitu akak nasib la suami memang kaki sukan so sanggup gilir2 jaga anak