20 July 2011

Puding Keju Lapisan Coklat dan Oreo




Salam semua. Hari ini dah boleh masuk dapur untuk mulakan eksperiment seterusnya dengan tenang dan happy. Setelah sakit-sakit badan dan semua barang-barang pergi camping kelmarin disimpan ditempat yang asal. Rasa lega sangat dan hari ini pun dah mulakan homeschool fathnin walaupun cikgu dia asyik rasa nak tertidur-tidur je waktu mengajar..:P nasib baik guru besar tak de rumah kalau tak tentu kena rotan cikgu dia ni...



Hari ini ita cuba resepi puding keju Along roz ni dan dah ramai yang dah buat puding ni ada yang dah buat 2 kali dah. Mula nampak rumah Along roz hari tu lepas tu nampak kak nor secubit garam yang buat. Kak nor memang kalau buat puding kasi terliur dan kalau dapat pada kak nor akan tersebar la virus2 tu dengan cepatnya. Waktu nampak tu rasa tak sabar nak buat tapi tak tahu biskut apa boleh buat hingga la kak azlita buat dan tunjuk gambar biskut Ritz ni. Dijepun ni ita tak tahu biskut cheese apa yang boleh makan jadinya bila kak ita tunjuk gambar biskut tu rasa happy sangat sebab memang dah rasa biskut Ritz tu tapi tak sure. Dengan gambar kak ita lenyap la segala teka teki.. :) Untuk resepi ni juga ita letakkan juga biskut oreo yeng dipatah-patahkan didalam adunan coklat kalau versi kak ita dia buat layer-layer jadi ikut kreativiti dan kesukaan masing-masing ye.. Ita kalau buat puding kalau perasan suka je masukkan perasa coklat bukan apa sebab seisi rumah ni suka coklat jadinya nampak noorsha pun buat juga letak coklat. Disini ita nak maaf pada Along roz sebab telah mengubah serba sedikit resepi ini dan buat kak Ita dan noorsha terima kasih diatas perkongsian sesuatu yang baru. ..:)


Untuk resepi ini ita buat 2/3 adunan je itu pun banyak bukan tak nak buat 1/2 adunan tapi bila tgk nak bahagikan telur tu lebih baik buat 2/3 je. Dapat banyak plak tu rasanya 2 hari makan puding ni je la.. Tapi seperti yag diperkatakan oleh semua puding ni amat sedap jika nak buat versi potong boleh kurangkan sedikit je kandungan air tu supaya dapat potong dengan cantik.

ok la untuk resepi ini ita ambil dirumah kak nor secubit garam dan boleh juga lihat beberapa versi puding ini ye. Terima kasih diatas perkongsian. Moga kita sama-sama dapat manfaatnya...:)



PUDING KEJU
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer- ita pun
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.
3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.- ita ikut cara kak nor.

*Untuk melapiskan lapisan coklat itu ita tuang lapisan yang warna putih dahulu bila dah agak keras baru masukkan lapisan coklat yang telah dibancuh dengan 3 sudu pes coklat dan patah-patahkan oreo dilapisan ini. biarkan ia mengeras lagi kemudian lapiskan dengan aduann warna putih tersebut. Boleh buat megikut kreativiti sendiri sama ada ingin melapiskan oreo tersebut atau dipatah2kan.

22 Comments:

  1. ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    SEDAP kannnnn
    memang terbaek dari ladang...
    letak lapisan oreo tue plak perhhhh
    mmg virus...ayu buat kemarin 2 jam dah lincin...adam suka sedap katanyer...oreo tue lembut jer geget hahahahaha
    Nuwairani said...
    wah! kak ita pon dh buat ni...sy ni ntah bila la nk buat puding ni...
    Deliah's Deli said...
    sedap ni mkn sejuk2..presentation ita pun nmpak cute..sy suka! :)
    Mas said...
    waaahhhhh...letak coklat dan oreo....
    sedapppppppp tuuuuuuu.....
    suka 100x puding ni......
    Cheq Sue said...
    alamak ita...cheq sue baru nak cuba puding keju coklat...ita dah buat versi baru pulak... ooooooooooooo aku tergoda!!
    Fiza Nordin said...
    2 puding dah que... tambah 1 lagi, adeh... x taulah bile boleh lunas ni hukhukkk
    Ummi said...
    Assalam Ita, waaaaaaaaaaaaaa memukau dan nampak tersangat sedap bila diletak dgn lapisan coklat oreo pulak daaahh...perghhh..lg sedap lah ni...
    Anna Qawina said...
    aslmkm...sedapnya...kita jugak tak terbuat..dah bli biskut tu 2 bungkus habis gitu je..hehe
    Rabiatun Adawyah said...
    Assalamualaikum...sedap, kan puding ni...ishhh..bagaikan terasa plak kat lidah ni ..lemak2 gituew..
    Mama Hawa/Mama Nani said...
    salam Ita..
    mama jgk yg tak terbuat2 lagi..bila agak nyer nk sampai dapur mama nih..geram tgk gmbr Ita..
    Unknown said...
    sedapnya puding tu ita..akak lum buat lagi dah masuk list dah kalau dh berpuasa nanti buat juadah berbuka la nampaknya...hehe
    Ida,Japan said...
    hai...dh ramai menerai puding ni, k'ida jer lum try2...mmg selalu ketinggalan jer...malas pun ada ita
    Sheery Dream Cakes said...
    Assalamualaikum ita...
    sedaaapnya tgk puding tu ita... akak jer yg belum buat2 lg .. Huhuu... cantik puding tu ita...
    Along Maklong said...
    salam ita..
    comelnya bekas puding.. pudingnya pun nampak sedap..
    ijayuji said...
    Salam kak!! sedapnyerrr buat lapis coklat mcm sha kan, nanti nak buat lagi guna coklat pulak pasti lemak2 gituuu.. gmbr kat bwh tu super cantek! suke tgk! tp tgk kat lappy mcm tak best pulak klau tgk guna iphone nmpk cantekkk sgt dr lappy tp tu lah guna iphone pulak tak puas nak tgk n komen hihihi... maceh kak tuk doanyer juga :D
    K.Nor said...
    k.nor pun nak try versi noorsha tu.. mesti lg sedap bila ada coklat kan ita :)
    Gee® said...
    sedapnya ita, k.gee pon dh lama berhajat nk buat...sekut dh beli tp tak tertunai lagi...ingat nk gandingkan dgn puding aiskrim si Izah mapin tu... ok tak?
    Hanis MY said...
    lawanyaaaa puding ni, tergoda habis, bila la nak buat ni yg haritu pun belum cuba, lepas tu teringin nk cuba yg ni lak...huhu..

    yer en hubby sgt suka sashimi hanis pun tak sngka awal2 dulu sushi pun dia tak minat la ni semua pun feberet hik2...
    Mamasya said...
    Puding cheese 2 lapis dgn coklat...yummy.ramai dah cuba, bilalah nak buat...kena cari biskut cheese dulu.
    Bestnya tengok Ita sekeluarga camping...mandi manda ..view cantik.cable car tu ...teringat naik semasa di Langkawi thn lepas.
    Nurul said...
    cedapnye..!!!nk ckit bley..
    cucu nenek di liverpool said...
    Sedapnyaaaa.. Tambah dgn props segala tu lg Bikin ngencess
    HomeKreation said...
    Salam Juwita. Walah, tambah ceklet & oreo lak ya... bagus gak idea ni...hehe. TQ sudi cuba respi ni & kembangkan lagi idea...hehe

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG