13 July 2011

Oat Crips Cookies


Salam semua. Semalam ita rasa mengantuk sangat waktu tengah hari tu. Selalunya tengahari untuk hilangkan mengantuk ita akan main masak-masak di dapur sama ada cuba resepi baru atau masak untuk dinner. Tapi semalam suami kata dia tak makan balik malam nanti jadinya tak perlu la masak sebab untuk kami dirumah makanan masih ada. Cadangnya nak rehat je tapi asyik nak tertutup je mata ni mengantuk. Jadi segarkan badan dan bangun untuk main masak-masak juga di dapur.

Tanya fathnin nak makan apa. Dia kata nak cookies. Jadinya ita selak-selak resepi terbekenan la pula dengan resepi dari rumah kak Azlita ni. Nampak comel je dan cookies yang ada oat ni memang anak-anak ita berkenan. Jadinya ita cuba buat dengan fathnin sebab suruh dia tidur dia tak nak tidur, fateh dah tidur waktu ni. Dia bab tolong di dapur ni memang suka. Fathnin gaul bahan-bahan kering sambil ita pukul mentega bagi gebu.



Untuk resepi ni ita cuba 1/2 adunan je. Sedap tau cookies ni. Cuba jangan tak cuba sebab amat dicadangkan. Tak rugi cuba tau. Boleh dijadikan koleksi bagi mereka yang mencari biskut untuk dibuat juadah hari raya nanti.

Okla untuk resepi ini ita ambil dirumah kak Azlita dan resepi ni dari rumah izah dan resepi sumber dari koleksi resepi oats mak lang Azie. Terima kasih semua. Ita share disini ye.



Oat Crips Cookies



Bahan-bahan
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko
½ sk serbuk penaik
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nips- ita tukar pecan



Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang.
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit (saya bakar 18minit) atau sehingga rangup.


18 Comments:

  1. Gee® said...
    nakkkk....!!! nk raya....!!
    AZLITA AZIZ said...
    salam juwita..

    waa... main masak2 dgn anak2 ttu seronok.. anak akak pun sama kalau mak dia masak semua nak tolong godek2 sama.. hihi tapi terhibur jugak tengok gelagat dorang tu kan...

    cookies ni mmg sedap! klu letak choc chip tu lagi sedap kan.. ni anak2 semua dah minta buatkan lagi.. suruh poskan.. semalam buat juga dalili bawa gi sekolah.. kawan2 dia siap pesan suruh bawak lagi.. aii.. budak2.. mmg suka lah ni..
    nOOrsha said...
    cookies utk raya da siap..yeay!~ hehehe..sedap nampak cookies ni... ade oat lg.. bolehla try :)
    Asmara said...
    anak dara kat rmh ni pun sama, bukan sja anak dara, bujang 2 org ni pun rajin sangat nak tolong mama kat dapur, kita belum pakai apron dia dah siap pakai apron sendiri. hehe.. syok kak ita anak2 depan mata. :)
    mizz-siti said...
    Pos kat sini sikit pleaseee...ehehe..
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    wahhhh musim cookies semuanyer....boley try ni...buat cookies untung biler lapar slurppp jer :D

    akak kasi sebalang boley??? hahahahaha
    Nuridah said...
    Assalamualaikum Ita,

    wah sedapnya nampak cookies tu...mcm terasa nk beraya gitu...hehe
    ayuhomebakery.blogspot.com said...
    salam..menarik nye.. tgk pon dah terliur.. sedap buat kunyah2 mkn kat opis ni...hihihi.. nak tanya... yg putih2 tu buat mcm mn ek?..boleh tlg ajarkan tak?...tq...
    cik cek said...
    Emmmm...krup...krap..makan cookies sambil tgk tv....cookies raya dah mari...nampak sedap je Ita....cantik lak tu...kak cek amik resepi dulu la...stand by tuk raya nanti...:)
    MamaFaMi said...
    Ala, janganlah digoda goda... sangat tidak tahan dengan godaan...
    Hanis MY said...
    saya peminat tegar biskut huwaaa nakkkk
    Mas said...
    nak sebalang...
    anto pos laju tau...
    rajinn betoi ita wat cookies...
    Ayu said...
    Assalam ita, sungguhlah sedap kalau dapat ni makan time tengok tv..krap krup krap krup..
    ita, thanks ya for the wishes untuk marsya tu..tapi kek marsya biasa2 aje..tak sempat nak buat yang susah2 punya..hehe
    Wanieyra said...
    salam...
    sedapnya....boleh tempah ke?
    Maira Anjami said...
    kak ita..nampak cantik..dan semestinya sedpa kan~cmne kak ita buat corak wrne silver tu?
    Nieza said...
    wah rajinnya buat cookies....akak gak yg malas..order sebalang yer...hehe
    nuwairani ismail said...
    nk order makanan jugak la dgn kak ita..pastu boleh main masak2 jugak...okes! projek cookies weekend ni jela!
    Diana @ Melley Mey said...
    Assalamualaikum ita...
    ada cookies yer kat cnie... nampak sedap tu... nak ckit... eh tak... nak 2 balang ler... hehhehee... anak2 pasti suka nie kan ita

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG