28 July 2011

Mee Rebus Tulang



Salam semua. Hari ini ita nak kongsi resepi mee rebus yang sedap. Suka sangat dapat makan mee yang macam ni. Ita kalau pergi makan-mana kalau tak berapa lapar suka makan mee rebus. Tapi tengok tempat juga kalau tengok mee bandung lebih menyelerakan akan pilih mee bandung pula..:P Jadinya makan mee rebus tak jemu kalau betul pada seleranya.

Suami ita kalau makan nasi tak berapa sangat suka makan selalu. Jadi isterinya kena selalu la menyelongkar dapur resepi mee di malaya ni.. hihihihi supaya senang nak buat untuk suami tercinta. Ita pun suka juga tapi jni sita ni tak leh kalau makan mee je memanjang kena makan nasi juga bila 2-3 hari tak makan nasi. Macam nak ke sawah pula lagaknya nak makan nasi je.. :)



ok la resepi yang sedap ni hasil dari jalan-jalan dapur kak Azlita yang mewah dengan makanan yang cantik dan sedap itu. Jadi resepi dari mee rebus Badali. Terima kasih kedua-duanya ye.



Mee Rebus Tulang

adaptasi dari resepi MI REBUS BADALI
by: Kak Sharifah Rosidah
sumber : masam manis

½ kg Daging tetel lembu (direbus hingga lembut) ita guna daging
10 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 peket kecik taucu *
1 sudu kerisik *
2 biji keledek (direbus dan kisar)
3 batang serai dititik
2" lengkuas dititik
½ mangkuk kecik kacang tanah disangai dan ditumbuk
cili kering (ikut kepedasan sendiri. Direbus dan dikisar)
garam
sedikit gula melaka - ita tambah
kiub daging - ita tambah

  1. Panaskan periuk. Tumis semua bahan yang bertanda * hingga wangi.
  2. Campakkan juga serai dan lengkuas. Kemudian masukkan tetel dan air rebusannya sekali.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan biarkan mendidih lagi dengan api perlahan.
  4. Rasa garam dan bubuh sedikit pak aji, kalau suka.
  5. Akhir sekali masukkan kacang tumbuk. Cili kering kisar ditumis asing dan masukkan ke dalam periuk bersama minyaknya.

Untuk hiasannya, diperlukan telor rebus, daun sup, bawang goreng, cili hijau dan merah, tauhu digoreng dan dipotong dadu serta lima kasturi. Celur mi dan juga taugeh. Bubuh dan mangkuk taugeh dan mi kemudian hias dengan bahan2 hiasan dan curahkan kuah. Kalau suka boleh juga dimakan dengan kicap.

37 Comments:

  1. アヌム ちゃん said...
    wah akak..hari2 masak spesel..sedapnyaa.kalau rumah sebelah dh lama sy dtg bwk bowl.heeee^^
    cik cek said...
    Sedapnyaaaa....

    kak cek dtg dari jauh ni...nak tumpang makan mee rebus...emmm...bestnya...:)
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    ader lagik x mee rebus tue
    nanak jugak
    terlapaq la plak lepas tgk pic ni :D
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    Assalam ita...

    resepi ita dicuba oleh ita.. hihihi...

    akak mee jenis berkuah gini memang tak tolak kalau org pelawa.. tp en. abang tu payah sikit. kalau mee rebus ni dia kurang sikit sbb katanya ada rasa manis2.. mungkin sbb manis dtg dari keledek tu agaknya.. selera akak.. semua pun sapu.. hihi..
    Along Maklong said...
    wahhh.. rajinnya ita ni..
    maklong dah lama nak cuba.. tapi dok sepuk kt fikiran je..huhu..
    kalau utk berbuka masa bulan puasa nanti pun ok kan..
    nuwairani ismail said...
    mak nani tak pernah buat mee rebus ni. jadi, memang tak pernah tau cara masaknya, resepinya mcm mana. makan pon di kedai je...
    Cendana Kasih said...
    Wooo...betul2 menggelodak perut tgk mee rebus ni, dah la akak tak makan apa2 pun dari pagi lagi... kalo dekat, nk jer terjah umah ita ni...
    Rabiatun Adawyah said...
    assalamualaikum..sedapnyer la haiii...hirup2 sup bersama meenya tu...walllahhhh..
    Amie said...
    Ita,
    sedapnya mee rebus tulang tu,
    resepi begini patut dicuba untk buka puasa nanti...masuk list!
    Gee® said...
    wadduh...mee rebus yg sgt sedap... 1st day puasa nanti nk buat lah...heeee
    Mas said...
    mas suka mee rebus....
    letak tulang lak tu...
    sedapppppnya.....
    Juwita Jamaludin said...
    anum.. mana ada.. menu biasa2 je nak makan kan.. alang2 maska yang pelik2 sikit

    kak cekk hihihihi meh la akak ada sikit lagi
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. hihih sian awak.. buat sendiri nanti tau..:)
    Juwita Jamaludin said...
    kak madiha tu la sedap resepi ini ita suka kak.. leh la try nanti ikak tak rugi tau cuba

    mak long .. hihihihi tak rajin nak makan memang kena masak
    Juwita Jamaludin said...
    nani.. leh la try senang je resepi nya tu.. akak suka sedap tau nani

    kak noorma.. nape tak makan lagi.. jangan tak makan kak nanti sakit perut
    Juwita Jamaludin said...
    rabiatun.. ye kak sedap.. ita suka mee rebus gini

    kak amie leh masuk list dulu kak ita pun suka nanti bulan puasa tentu buat lagi ni
    Juwita Jamaludin said...
    kak gee resepi ni sedap tak tipu ita suka kena dengan selera ita

    mas.. sedap tau mas.. ita tak guna tulang tak de
    sue-sama said...
    saye suke masak jugak dan suke makan..so sy sgt jatuh cinta dgn blog akak ni ...

    cantik2 gamba :)
    HomeKreation said...
    Waduh, memang menggugat kesabaran ku.... sabor2 (sambil urut dada ni & tekak ni....) hehehe
    Hanis MY said...
    dah lama tak makan mee berus eh silap rebus hehe...hanis kan suka ckp terbalik... akakk terima kasih wish, aminn... insyaAllah.. semoga termakbul...
    Diana @ Melley Mey said...
    Assalamualaikum ita...
    mee rebus tu mmg nampak sedap sesangat... akak pun suka kalau bab2 mee yg gini.. memang sedaap..
    Lovely Kitchen said...
    sama la kita ita, x senang klu 2 3 ari x jumpa nasi...hihiii
    sedap mee rebus mcm ni mme menghirup laaa klu dpt...
    shahjiehan said...
    sedapnyaaaaaaaaaaaaa!!!
    izahdaut said...
    suka la tengok gambo gambo ita sekarang ni.. cantik presentationnya.. woo sedap aaa ..nak semangkukkk
    mizz-siti said...
    Ita, sama la achu pun kalau jalan2 suke order mee bandung pastu bila x sedap keciwa...:) mee rebus ita ni nampak sedap..sesuai utk menu raya gak ni..
    abah khalisha said...
    Ini mee rebus jepun ke?hehhe..nampak sedap je
    onedurrani said...
    Kak ita, sy nak semangkuk mee rebus..sedap ye tgk pic mee rebus akk tue...nk try lh nnt...;)
    アヌム ちゃん said...
    eh..rumah lama akak dekat mana tu? haha
    IdaShazana said...
    sedap2....
    yang kat malaysia ni pun ak pernah buat. "rajin" sesangat
    kzai said...
    ita,mee rebus tulang npk meyelerakan..rasa lapor plk perut tgk ni
    Juwita Jamaludin said...
    sue sama terima kasih ye... blog suri rumah je ni

    long .. along pun leh buat tentu lagi sedap bagi ita ita suka resepi ni best
    Juwita Jamaludin said...
    hanis.. yeke.. hihih lawak la anis ni.. sama citarasa kita akak pun suka

    kak diana.. ita suka mee macam ni kak. akak cuba la sedap tau
    Juwita Jamaludin said...
    kak ena.. tula ita mee suka tapi nasi nak kena makan juga

    shah thanks singgah blog saya
    Juwita Jamaludin said...
    izah .. awak pun apa kurangnya...:) buat la izah sedap mee rebus ni

    achu tula ita suka order mee rebus.. tapi kalau tak sedap rasa keciwa hihihiih
    Juwita Jamaludin said...
    abah .. hihihi tak la ini resepi dari mslaysia la...

    duraini.. cuba jangan tak cuba bagi akak sedap
    Juwita Jamaludin said...
    anum.. akak baru pindah rumah lama akak ada daun kesum sekarang ada orang lain duduk kalau nak akak minta dia tolong bagi pada hubby akak kat dai..:)

    ida.. alhamdulillah sedap.. cuba la.. kat msia banyak
    Juwita Jamaludin said...
    kak zai.. sedap ka buat la tak rugi cuba resepi ni

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG