Salam semua. Alhamdulillah dah hari Jumaat sekejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik je. Moga masa yang berlalu meninggalkan memori yang indah dan memberikan pengalaman yang berharga buat kita dan belajar dari setiap pengalaman dan memori itu. Melangkah dengan bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
Hari ini ita dari pagi dah mula untuk buat Puding buih ni. Bukan apa suami ita lambat sedikit ke Universiti hari ini. Jadinya jika dia belum ke Universiti biasa dia akan main-main dengan anak-anak dulu. Waktu tu sempat la ita godek-godek didapur masak apa yang patut. Jadinya sambil-sambil masak makanan untuk suami bawa bentou sempat buat puding buih ni. Puding buih ni lama dah nak buat tapi tertangguh-tangguh je tapi bila nampak rumah kak Azlita buat puding buih ni terus tergoda. Kak Azlita kalau buat apa-apa tentu menjadi dan cantik je. Amat kagum dengan idea kreatifnya.
Untuk Puding buih ni ita buat 3/4 dari yang dicadangkan untuk family kecil. Itu pun banyak buat ita. Tapi kalau puding buat banyak sikit ita tak kisah sebab penggemarnya ramai. Suami ita kalau balik dari Universiti pertama dia akan buka peti sejuk dulu tengok apa la yang isteri dia masak hari tu.. kalau ada puding senyum je dia sebab dia suka benda-benda sejuk macam puding ni setelah disimpan didalam peti sejuk. Untuk puding buih ni ita buat perisa coklat semuanya sekali sebab anak-anak ita suka coklat dan ita tinggal kan sedikit warna merah untuk buat keliling bunga tu. Yang dalam gambar ni ada bunga2 tu ita buat sikit je lain tu semuanya coklat.
Okla terima kasih pada kak nor secubit garam diatas resepi puding buih yang sedap ini. Makan dengan kuahnya terangkat tambah kuah tu rasa-rasa kastad dan manis. tak ingat berapa mangkuk makan...:) Ita kongsikan disini pula ye kak nor.
Puding Buih
Ini adalah resepi bagi mereka yang ingin mencuba dahulu jika ingin resepi yang banyak boleh pergi ke sini.
Bahan-bahan puding
2 paket agar2 serbuk ~ 1pkt 10gm
1.2 liter air
6 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan
4 bj telur A ~ simpan 1 kuning telur utk digunakan dlm kuah
esen vanila
pewarna/emulco yg disukai
utk kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam
cara membuat puding:
Labels: puding
mas juga tak buat2 lagi..
raai betul yang dah mencuba resipi ni. Kak ct jer yang belum ada kesempatan nak membuatnya. Hb kak ct pun suka dengan puding2 ni. tambah2 lagi yang ada kuah susu tu, lagi laju jer bla makan..hihi. Makan sejuk2 memang buat hati yang marah pun akan sejuk jugak kan ita.. hehehe
wah rajin nya akak ni. pandai memasak & baking pulak tu. Bertuahnya :)
p/s: hanis drive kat nihon kalau hubby ada hal.. kalau tak jadik mam je hehe...
Ayu .. sejuk gak anak tekak bagi akak akak suka uding ni makan kena waktu sejuk
mas.. buat mas sedap.. dan makan dengan kuah manis2
buat ika jangan tak buat.. sedap..hany aada bau telur kena letak vanilla esen banyak tau
hani.. thanks ye.. mana pandai saja isi masa.. masih belajar lagi
kak diana.. buat kak sedap.. anak2 ita da suami suka kak
hanis akak dah hantar gambar puding tu nanti boleh buat ye
ita nanti singah dapur akak ye! ambil Award :)
http://ladychenta.blogspot.com/2011/07/award-7-things-about-me.html
Kak Amie sangka ada buih sabun atas puding tu... hehehhh gurau aje,
banyak aksesori & warna-warni, cantik & sedap dipandang!
medic alert bracelets | mattress king atlanta | ptsd diagnosis