Salam semua. Balik dari Majlis Yassin semalam ita terus mengentry dan jalan-jalan rumah kawan yang meninggalkan jejak dirumah ita ni. Walaupun mata macam berat je tapi sementara tunggu subuh baik masukkan entry dulu dan pagi ni leh publish je. Nak cakap banyak-banyak pun tak boleh sebab mata mengantuk waktu tengah taip ni nanti ayat melalut-lalut yang keluar..
Nak cerita hari Ahad ni ita ada perlawanan Futsal perempuan di area Tokyo. Itu pun dipelawa adik-adik perempuan dari universiti yang sama dengan suami untuk join cukupkan team diorang.. Suami ita yang bagi cadangan sebenarnya untuk ita main. Thanks pada suami ku sebab sangat memberi semangat kepada isteri dia ni untuk bersukan. Walaupun sebenarnya tak pernah main futsal secara formal tapi telah beratus kali meneman suami bermain futsal.. hihihi jadinya hari ini ada latihan sikit sebelum perlawanan sebetulnya pada hari ahad.
Disebabkan suami pun main Futsal ditempat yang lain jadinya ita kena la angkut juga anak-anak ita sekali sebab pada mulanya lelaki tak hantar team tapi last2 diorang hantar juga team.. jadi suami ita pun main juga. takpe la untuk seronok-seronok jadi ita macam perlawanan badminton tempohari akan bawa juga segala kelengkapan anak-anak supaya tak boring nanti. Doakan team kami menang yek... hihihi
Okla jom lihat menu ita hari ni. Ini adalah kuih yang ita bawa untuk majlis yassin kelmarin. Lama sebenarnya peram nak buat kuih ni. Tapi takut tak makan bila kuih manis2 ni. jadi bila ada majlis macam ni ita akan cuba resepi tertunggak yang ita rasa nak cuba . memang tak rugi cuba sebab sedap kuih lapis ni. nak buat pun bagi ita mudah masak kuih lapis sambil2 masak benda lain juga jadi tak terasa sangat tunggu nak melapis satu-satu lapisan tu.
Resepi kuih lapis ni sebenarnya hasil jalan-jalan rumah mat gebu tempohari memang dah salin resepi siap-siap. Terima kasih mat sebab share resepi yang sedap ni.
Kuih Lapis Nyonya a.k.a Kuih Genggang
Sumber : Dapur tanpa Sempadan
Bahan A :-)
150 g tepung beras
30 g tepung Hoon Kue (warna asli)
400 ml santan pekat
160 ml air
Bahan B :-)
180 g gula halus (mat guna 150 gram gula pasir)
150 ml air
1/4 camca teh garam
2 helai daun pandan
BAHAN C :-)
Pewarna makanan hijau
Pewarna makanan merah jambu@pink
Pewarna makanan merah cili
Cara membuatnya :-)
Labels: kuih muih
selamat pagi... wah nak p main futsal yer ita... pasti seronok kan... akak doakan team ita n suami ita berjaya.. n jadi johan... ;)
hmmmm.. sedapnya kuih lapis tu ita... rajinnya adik akak sorg nie melapis kuih... cantik n kemas plak tu... sedaaaap...
rajin ju mengasah bakat ya :))
custard te cake sib baik dh pernah wat...kalu x terliur tgk lelehan kastad tu
p/s : padahal diri sendiri pon tak pernah buat kuih lapis.
uwaaaa ada kuih kegemaran akaklah kat sini..nak rasa..nak rasa..hehehhe tentu dah abeskan..takpelah, akak wat sendiri eehhhh...nnti akak bagi rasa adik akak ni..tunggu tauuuu..
wow!!..kalerfull kuih lapis ita..kirei sgt, kak ida dah kehabisan stok tepung beras...kat sini tak der jual..so t'paksa stopbuat apa2 menu yg b'kaitan yg tepung tu..
berseti2 jerk mas mengoknya....
rajinn betoi melapis...
rindu tak???
hikhik...wah nyapa x bagitahu ada games esok nie if not leh gi jmpa akak gak....hadoi canteknyer kueh lapis akak nie...tertiba jadik lapaq, uwaa hentak kaki :((
kuih lapis ni memang biasa Kak Amie makan sejak kecik2 dulu, dihidangkan juga semasa kenduri kendara, tapi sekarang jarang jumpa...
Kak Amie jenguk lagi resepi nasi kebuli tu, dah siap2 nak buat esok.... harap menjadilah...first time nak buat nih!
cantik jer kuih lapis ita nih...kaler pun lembut cam orgnya..mesti rasanya pun sedap kannn!
Cantik gambo yg diamik ...secantik kuih lapisnya....menarik...:)
ika akak pun suka kuih ni pun senang nak jad akak suka gak..
kak ieda tul t kalau tak leh lerai2kan tak best.. ni boleh kak
kak zai.. ita suka kuih lapis ni sedap juga kak
kak ida kat baticrom adakan tula kalau ada leh buat ye
sha kena buat sha hubby suka :)
ayu tu la mana tahu ayu tentu letih tu .. ingat tak leh jumpa hari tu
hasue pepandai je.. mana ada jgan la puji2 nant i malu tau