Salam semua. Hari ini agak lega sikit sakit dibadan setelah penat dalam dua tiga hari ni. Jadi hari ini boleh sambung main mask-masak balik didapur dengan menu yang baru :) Rasa jealous je nampak didapur kawan-kawan menghidangkan menu yang sedap-sedap. Ita nak buat rasa tak terkejar alhamdulillah hari ni dapat la masak menu extra untuk kudap-kudap anak-anak.
Tak sempat nak berceloteh panjang sikit lagi nak bawa anak-anak main di taman sekejap setelah dua tiga hari tak ke taman. Ita tak la juga rajin bawa anak-anak ke taman tiap hari tapi dalam seminggu mesti kena bawa 2-3 kali je. Tengok kepada cuaca dan kesesuaian fateh sebab kadang-kadang dia tidur petang sampai waktu nak main tu jadinya tak dapat la Fathnin nak ke taman main-main basikal.
Dah lama sebenarnya nak buat puding roti karamel ni. Nampak di rumah kawan-kawan ramai yang dah buat. Jadinya nampak ada roti lebihan diatas meja tu dari terbiar lupus tarikhnya biar la buat sesuatu. jadinya ita godek-godek sekejap didapur dan hasilnya ini la menu minum petang hari ni. Dah tinggal 1/4 aje tu sebab tinggalkan untuk papa diorang anak -anak makan banyak pula petang ni.Dan bawa sikit untuk makan anak-anak ditaman nanti. Takpe seronok sangat bila tengok anak-anak berselera makan apa yang kita masak...untuk puding ni ita buat dalam loyang bulan 5 inci tapi dapat rendah plak.. kena ita lapiskan untuk bergambar tu... ( pecah rahsia..:)) .. jadi bagi yang nak dapat tinggi boleh buat dalam bekas yang kecil sikit ye.
Okla resepi ni ita ambil dirumah mas duniaku yang rajin sangat masak tu.. suka tengok mas ni rajin tul. Resepi asal dari kak rosaliza dan diubahsuai oleh kak dayang... Terima kasih semua ita panjang-panjangkan resepinya disini pula ye.
Puding Roti Berkaramel
Resepi asal : Kak Rosaliza
Diubahsuai : Kak Dayang
Bahan :
Untuk Karamel :
* 1/4 cawan gula pasir
* 1/4 cawan air panas
Cara membuatnya :
1. Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas.
2. Kacau segera supaya tidak berketul.
3. Kemudian ratakan pada loyang @ bekas yang besesuaian dan sejukkan seketika.
Bahan Puding :
* 3 keping roti sandwic - disiat-siat
* 1/2 cawan air suam
* 1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)
Cara membuatnya :
1. Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati.
2. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan.
3. Tuangkan ke dalam karamel tadi.
4. Sediakan loyang @ bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya.
5. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan.
6. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan.
7. Seeloknyapuding roti ni dibiarkan semalaman dalam freeze ( tunggu dulu puding roti tu sejuk baru masukkan dalam freeze tau ) , bila nak makan baru terbalikkan dan dimakan....
8. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang @ malam anda.
9. Sesuai juga dihidangkan untuk tetamu yang bertandang sebagai dessert.....nak membuat pun senang kan.
Labels: puding
comelnya puding..
banyaknya strawberry... merah2 pulak tu..
kat sini susah nak cari yg molek.. kadang2 banyak yg masam..
kak gee. amik lak ka hihihih
izah ye izah ni dari Us tu yang gemuk2 tu
cheq sue itu usaya tekan je dengan abuan bunga tu.. hihihih itu bunga sakura tu saya suka
kak rosaliza.. thanks jenguk blog saya thanks berkongsi resepi kak
kak ida.. strawberry t dari costco tetiba lak murah tu yag beli tu
kak ita kat sini musim dah habis tapi ni dari US punya tu yang gemuk2 tu
saba.. ni dari costco la saba.. bukan nihon punya ichigo tapi US
sangat cantik puding roti akak..kagum menengoknye..kak ita dah lwn futsal blom?dh lame nk brtye psl futsal tp x menyempat sek bz je..hihi