13 September 2011

Sagamihara Park



Salam semua. Minggu ini Yokohama agak panas kembali. Terasa bahang je dari pagi hingga ke malam. Rasanya mungkin panas sebelum masuk musim luruh. Hujung mingggu baru-baru ini Fathnin merungut lama tak ke taman. Jadi pagi tu papa kata jom kita ke taman dan pergi taman yang tak pernah pergi lagi dan teringat link yang kak ida hirman pernah bagi pada Adnin tempohari jadinya mama cuba cari di link tersebut. Mama masak sikit bentou yang simple dan lebih kurang pukul 10.30 pagi kami pun bertolak ke Sagamihara park.

Dari rumah ikut navi kereta dalam 40 minit tanpa apa-apa tol jadinya kami sampai dalam pukul 11.40 pagi lebih kurang. Tamannya cantik dan ramai juga orang bawa anak-anak kesini untuk beriadah.Masuk adalah percuma untuk parking pula 300 yen sekali masuk. Mama dah siap-siap bawa tikar dan baju mandi anak-anak sebab mengikut info dalam link tu ada kawasan yang boleh main air juga untuk anak-anak. Cuaca agak panas waktu kami pergi tu sampai kamera mama pun salah setting sebab cahaya terang sangat.. :(

Masuk je taman ni banyak juga bunga-bunga yang menghiasi taman ni. kami memilih untuk jalan-jalan dalam taman ini sebelum pergi ke tempat permainan kanak-kanak yang disediakan disini. Seronok tengok taman di Jepun ini bersih dan elok terjaga disamping bunga-bungaan yang cantik menghiasi taman.








Taman ini agak besar sebenarnya. Banyak juga tarikan yang menarik disini. Itu pun sebenarnya bila nak balik nampak lagi sebelah kanan ada kawasan yang kami tak pergi. Papa kata tak pe nanti InsyaAllah jika ada rezeki kami akan kesini lagi sebab tak berapa jauh dari rumah.








Dah penat berjalan kami ke tempat permainan kanak-kanak ada 2 tempat permainan disini. Seronok bukan main anak-anak dapat bermain disini. Ita dan suami pun ambil peluang untuk solat dibawah pokok berhampiran dengan taman ni. Kami bergilir-gilir untuk solat sambil tengok anak-anak bermain. Setelah penat bermain di taman yang satu ni kami beralih ke taman yang satu lagi pula.
















Sambil anak-anak main ita dan suami sempat juga menjamu apa yang dibawa. Hari
itu ita bawa macaroni goreng, nugget ayam, sosej goreng, kek coklat dan buah-buahan. Sedap je makan sambil sembang-sembang dengan suami dan melihat anak-anak ligat bermain. Bila anak-anak dah penat berhenti makan dan minum sekejap dan sambung main balik. Bila nampak macam dah bosan je ajak anak-anak ke kawasan main air pula di bahagian hadapan taman ini.










Air dikawasan ini agak cetek juga. Memang ramai juga anak-anak jepun yang main air disini. Seronok tengok Fathnin dan fateh puas hati main air disini. Ita dan suami bagi anak -anak main disini dalam 30 minit rasanya dan sempat juga kami solat asar sebelum balik. Masa sedang tunggu suami solat sempat ita ambil gambar satu family jepun main belon. Nampak cantik belon-belon yang dihasilkan ada juga orang lain selain ita yang ambil gambar mereka juga..:P





18 Comments:

  1. Hanis MY said...
    Cantiknya kouen ni! Suka ah dgn gambar2 yg akak snap tu...lovely! Weee dah Ada cosmos...syoknya
    Ira said...
    very nice! bestnya org ada kereta.. merata boleh berjalan.. hehe..
    IDA said...
    haa..ni kouen kegemaran kami..dulu ptg2 weekend selalu dtg bwk aiman main kat sini..sebelah sana lagi tu ada mini zoo n kuda pun ada boleh naik :-) rindu pulak kehidupan di nihon :-)
    nuwairani ismail said...
    rindunya nak jalan2 kat tmn mcm ni.....
    アヌム ちゃん said...
    best2 jalan2 kouen..banyak jugak bunga ye.gambar pun sume cantik..sukaaaaa...
    H.J said...
    hoho..rasa nak pergi jepun skang jugak..aahha
    ibundo said...
    seronoknya duduk tempat orang. Boleh explore banyak tempat. Kami ni kena bayar ribu riban baru dapat pergi hehe..
    cantik2 gambar..
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    OMG sekali tgk mcm retis fofuler gi kouen yg pic akak candid tue...siap ader hat dan sunglasses gitew...sukerrr vogue oke...
    Kak Sam said...
    Cantik... tempat dan gamabr yang diambil.
    yatie chomeyl said...
    tu la, tiba2 panas balik pulak. dh seronok tunggu aki, tgk2 weekend panas membahang
    Sue @ Nenie said...
    Salam Kak..Wahhhh seharian dapat lepak2 kat taman cenggini memang best..lagi2 budak2...
    Anna Qawina said...
    aslmkm..Selamat hari Raya Juwita..
    cantiknya gambar..
    Juwita Jamaludin said...
    hanis.. thanks ye.. tapi tu la cerah sangat salah setting

    ira. dulu kami menapak juga 2 tahun tau.. baru nak beli kereta nak bawa balik
    Juwita Jamaludin said...
    ida.. tula tgk blog ida rupa nya macam2 tempat ada.. hihihihi leh la jenguk selalu

    nani.. syok kat jepuj jalan taman
    Juwita Jamaludin said...
    anum.. suka juga taman ni cantik

    H.J .. kita tukar nak akak nk gi madinah
    Juwita Jamaludin said...
    ibundo.. hihihi kak rezeki suami belajar tapi rindu msia kak

    ayu.. hahaha nak pakai sun glasses waktu ni la .. sikit lagi kena simpan dah
    Juwita Jamaludin said...
    kak sam.. thanks ye kak

    yati tu la .. ingat dah nak simpan kipas dah
    Juwita Jamaludin said...
    sue.. anak2 tak usah cakap memang seronok

    ana.. selamat ari raya.. selamat berpantang untuk awak

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG