19 December 2011

Talam Berlauk


Salam semua. Moga hari ini dan hari- hari akan datang Allah memberikan kesihatan yang baik buat kita dan keluarga kita. Di Jepun sekarang suhu semakin sejuk, setengah-setengah tempat dah turun salji pun. Hanya di Yokohama tiada salji tebal jika ada pun turun selalunya dalam setahun ada 2-3 kali je waktu musim sejuk ni, dapat la merasa melihat suasana putih sebentar bila salji turun. Tapi bila suhu semakin sejuk ni risau tentang kesihatan, cepat sangat badan rasa tak berapa sihatnya. Mana taknya bila sejuk pasang pemanas dirumah dan kadang-kadang badan jadi sekejap sejuk sekejap panas.. Moga diberikan kesihatan yang baik tambahan buat suami yang menuntut ilmu dan anak-anak tersayang.



Minggu lepas sempat buat kuih untuk juadah berbuka suami ita. Kalau berbuka ada kuih lengkap sikit rasanya. Ita mula masak untuk berbuka suami pun dah agak lewat sebenarnya, sibuk dengan urusan anak-anak dan sejuk je nak ke dapur jadinya terfikir nak buat kuih yang cepat dan mudah je. Tengok bahan yang ada terpandang serunding yang masih berbaki didalam peti sejuk. Ita cuba cari resepi yang sesuai dan terpandang resepi talam berlauk. Ita tak penah buat kuih ni tapi makan pernah la jadinya disebabkan tengok bahan dan caranya yang mudah ita cuba buat kuih ni. tambahan kuih ini juga bukan jenis kuih manis tpi kuih pedas, suami ita menyukainya. Untuk resepi ini ita tukar ayam kepada serunding bagi ita lagi sedap dan mudah penyediaannya. Hanya waktu masukkan garam kedalam bancuhan tu ita takut nak letak banyak jadi kurang masin sikit kuih ita ni. Lain kali kena lebih berhati-hati bila meletakkan garam walaupun kata orang biar kurang garam dari lebih garam..:)

Baiklah resepi ini dari maryam81 di myresipi. Sedap resepi ini dan mudah. Bagi mereka yang ingin mencuba resepi ini boleh mencuba resepi yang telah ita sertakan dibawah. Terima kasih maryam81.



Talam Berlauk

Bahan-bahan ( 20cm )

  • 1 Cawan Tepung Beras
  • 100gm Daging ayam cincang yg telah direbus- ita guna serunding
  • 1/2 Cawan Udang kering dikisar
  • 3 peket Serbuk Santan ( I gunakan Santan S&P )-
  • 3 Cawan air
  • 2 Tangkai daun bawang - dihiris halus
  • 2 Tangkai Daun sup dihiris
  • 2 Biji Cili Merah dihiris halus
  • Garam Secukup rasa



Cara-cara

  1. Bancuhkan santan dgn air tadi hingga sebati.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung, ayam, separuh daripada daun bawang, daun sup dan cili merah. Gaul hingga semua sebati.( ita masukkan separuh dari serunding selebihnya untuk ditabur diatas nanti)
  3. Masukkan santan dan gaul hingga rata. Kemudian masukkan garam.
  4. Kemudian masak adunan diatas dapur sehingga naik wap. Dgn menggunakan api sederhana.
  5. Masukkan adunan ke dlm pengukus - loyang kene letak minyak sikit.
  6. Lepas 15 minit dlm loyang, taburkan udang kering, lebihan daun bawang, daun sup & cili dia atas adunan tadi.
  7. Kukus lagi selama 15 minit.


21 Comments:

  1. Nieza said...
    sini pun sejuk Ita..snow dah turun tapi bila turun hujan snow pun cair.

    menarik tgk talam berlauk ni Ita..selalu layan talam manis jer kan..nanti nk cuba lah:)
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    salam ita.
    kat sini walaupun takde salji tp sejuk jugak kalau sepanjang hari hujan.. nak pulak malam2... anak2 yg taknak berselimut pun semua cari selimut.. hehe..

    suami ita samalah ngan suami akak lebih suka kuih2 savoury.. mmg sedap talam berlauk ni kan.. lama akak tak buat..
    Liza said...
    salam ita...sedap jer nmpak talam berlauk tu..rasanya sesuai jugak kalau ganti ngan nasi kan...kenyanggg
    cik cek said...
    snow?...sini sejuk..tapi sejuk sebab hujan...sejuk2 ni dapat makan talam berlauk Ita buat ni alangkah sedapnya....:)
    Amie said...
    sedapnya talam berlauk, tak puas makan sikit...sebab sangat sedap tapi malas nak buat....makan sini ye Ita
    Nuridah said...
    Assalamualaikum Ita

    mmg nampak senang bila lihat resipi yg tertera ini...baru hari itu hubby kak Nur suruh buat talam lauk...dh lama tk mkn talam lauk....hehe...sedap nampak talam lauk yg ita buat tu...
    Mamasya said...
    Aslmkum Ita
    kat sinipun cuaca sejuk skrg..dlm rumah psg heater juga.
    kuih talam berlauk...dah lama tak mkn.. kali akhir mkn beberapa thn lepas
    Naz / Nadz COSK said...
    Asalamualaikum Ita..
    Wah..bestnya main salji...
    Cantik kek pelangi Ita ni.. Hajat hati Nik cuba gak tp x tau bila la tu kan..hehehehe..
    Naz / Nadz COSK said...
    Asalamualaikum Ita..
    Wah..bestnya main salji...
    Cantik kek pelangi Ita ni.. Hajat hati Nik cuba gak tp x tau bila la tu kan..hehehehe..
    AZLITA AZIZ said...
    salam Juwita..

    Kat JB ni pon sejuk jugak ni.. adoiii!! pagi nak bukak paip pon macam ketar aje..
    kalau boleh nak dok dalam selimut aje...hihi

    akak pon tak pernah cuba lagi buat talam berlauk.. hihi
    yang kelakornya rasa pun tak pernah.. haha

    nanti akak nak cuba jugak lah.. nampak talam berlauk Juwita berposing.. tu mengoda betul...
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    ala2 menu s ummi gak ni
    sedap!
    sini lagik la sejuk 2 hari lepas suhu pagi -4 kat utsunomiya

    p/s::akak cuti 22/12 ni gi mana ekk??
    CT Delima said...
    As'salam Ita

    K.ct suka..sukaaaa sangat2. kuih ni ada lah kuih pertama yang k.ct belajar buat bersama arwah atok masa duduk dengan dia lepas sekolah dulu. memang puas hati makan hampir 1/2 loyang juga dok ulang2 makan..haha

    sememangnya kuih talam berlauk ni fav k.ct sampai sekarang. kalau bulan puasa memang tak larat nak buat tu yang beli jer tapi tak sesedap kalau kita buat sendirilah kan...hehehe rajin dengan tidak jer k.ct ni Ita..hehehe
    Chik Mimi said...
    wah ita sedapnya talam berlauk,akak g kelas 10 tahun yang lepas heheheh tapi sekali pun tak pernah buat ,cantik gambar ita
    ieda said...
    ooo ju buat talam berlauk mcm nie ye .. hurmm sedap juga dan menarik bila tgk ..
    selalu akak buat dlm acuan dia kan :)
    dZana said...
    klau buat sndiri mmg sedap2.. mcm2 boleh letak .. selalu beli jer klau teringin..
    Gee® said...
    Musim sejuk2 begini dapat pulak makan talam berlauk...pergh! tengok kuih ita tu rasa nk makan seloyang jer...mengancam!
    Yatie said...
    Assalamualaikum Ita,
    Ita citer ni buat akak teringat2 je masa musim sejuk kat US dulu..mmng sejuk abes masa ni kan..perut pun lapar jek..akak mmng suka talam ni, sedapkan..aritu buat tapi tak sempat nak tangkap gambar sbb anak2 dah tak sabar nak merasa..hehehhehe...
    Umie said...
    kak Ita, dah ala2x sepesen plak hasil dapur kite minggu nie ye..hehehe

    bagus gak ada serunding nie kan kak, memudahkan lagi proses nak buat kuih2x yg ala2x mcm ni..;-)
    ijan said...
    Salam Kak Ita,
    di sana pun dah winter ye. sini pun sama lah. cuma tahun ni tak sesejuk tahun lepas lagi. lepas ni tak tahulah. bila berubah musim ni harap2 kita semua masih sihat2. especially anak2 lah kan :)

    Saya tak pernah buat lagi talam berlauk camni. kalau puasa macam tak lengkap kalau tak de kuih kan kak. :D
    Along Maklong said...
    salam iata..
    semuga ita & keluarga dalam keadaan sehat..
    kuih talam berlauk tu nampak sedap.. maklong belum pernah mencuba.. tapi bila tengok ita punya ni rasa nak cuba..
    Ummi said...
    Assalam Juwita cayang....amboiii cantiknya talam berlauk...terliur tgk dr pandangan atas tuh...cukup menarik... :))

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG