22 July 2009

Popia Basah



Buat untuk makan malam kami hari ni.. abang memang tak makan yang berat-berat bila dah malam.. selalunya dia balik lambat tapi hari ni saja balik awal jadi ita buatkan popia ni .. sedap resepi asal dari kak umi e.. thanks ye.. ita guna rice paper je nak cepat.. best sangat rasanya.. macam tak cukup je.. heheheheh


Bahan-bahan
Bahan untuk kulit
Rice paper secukupnya

Bahan untuk inti
* 1/2 biji kobis - diricih halus
* 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
* 1 biji sederhana bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sudu makan udang kering
* garam secukupnya
* minyak untuk menumis
ita tambah soso tiram sikit.

* **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

* Bahan untuk sambal***
* 15 tangkai cili kering
* 1 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 1 sudu besar gula perang
* 2 sudu besar kicap manis
* minyak untuk menumis
* garam,
* *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Bawang goreng secukupnya

Cara-cara
1. rendam kulit popia /rice paper didalam air selama 1 minit atau lembut jangan lama nanti hancur.
2. setelah lembut angkat dan letakkan diatas pinggan.
3. lettakan satu sudu sambal dan ratakan sekeliling kulit tadi.
4. Masukkan inti dan bawang goreng.
5. gulung dan sedia untuk dihidang.

3 Comments:

  1. blogresipi said...
    Sedap nye nampak popia basah akak nie... kite kat sini takde rice paper tue.. kalau tak boleh try jugak.
    Chik Mi said...
    itaaaaa akak nak popiaaaaa hihihi ita tq akak dah buat tp x lasecomei cikgu nnti akak antaq report
    Juwita Jamaludin said...
    to ijan.. ijan leh buat sendiri kulitnya.. akak ni m sikit tu yang guna rice peper

    to kak mimi.. ehhehe cantik dah ita dah tgk dapat A kak

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG