17 July 2009

Ikan Masak Sambal


Hari ni terkejar-kejar sikit. Mana taknya banyak kerja yang menanti sementara Fateh tidur ni ita upload entry untuk hari ni.. Petang ni nak bawa Fateh pergi klinik. Jadinya banyak urusan rumah tangga yang perlu diselesaikan.. huhuhuh.. so hari ni masak simple je.. sebab dah pening nak masak apa tak tahu dengan ikan ni.. Jadi masak ikan masak sambal je.. ini adalah resepi yang ita suka bila dah tak tahu nak masak apa.. Kalau nak tahu ita paling suka masak sambal-sambal macam ni..

Bahan-bahan ( 2 orang )

* 4 ekor ikan kembung
* 4 biji bawang putih di blender
* 1/2 biji bawang besar di blender
* sedikit air asam jawa
* 4 sudu besar cili kering yang dibelnder
* sedikit sos tiram
* sedikit gula dan garam

Cara-cara

1. Lumurkan ikan dengan garam and kunyit
2. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan
3. Panaskan minyak...tumis bawang yang telah dikisar bersama cili kering.tunggu sehingga pecah minyak
5. Masukkan soso tiram , gula, air asam jawa dan garam.
6. Masukkan ikan gaul dan siap.

7 Comments:

  1. Watierman said...
    Wah berseri2 dengan hiasan lagik...dalam kelam kabut tu...siap posing...cam model lagi..menu ita ni erk!
    ijayuji said...
    salam kak ita!!! mencinyerrr tak nkpm cbox akak tuuu.. ikan sambal peberet kita klu boleh sume2 peberet kita hihihi...guna ikan aji sedappnyerrr!!!!!
    Chik Mi said...
    ita akak sukeeeee ngan ikan sambal hihihih semua suke mana tak jadi cam cik tong.hihihi sihat ke?
    HaSue said...
    salam ta.sedapnyaa nampak ikan sambal tuuu.yummy2!!
    Juwita Jamaludin said...
    to kak watie..ehhehe anak tido kak sempat gak.. kalau tak tak juga

    to ika.. ye sedpa gak.. ehhehe akak saja guna ikan ni

    to kak mimi.. ita sihat kak thanks tanya.. hehehe

    to hasue,, ehhe saja bagi yummy sikt tambah bunga2
    blogresipi said...
    Cantek nye akak potong karot tue... mentuk munge sakure ke? hehehe...
    Juwita Jamaludin said...
    to ijan.. hehehe ye kot tah akak pakai vege cutter je.. hehehe

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG