31 July 2009

Kung Puo Chicken



Hari ni masak kung puo chicken ni je.. sebab petang nanti nak bersilat lagi kat ofis nak masak untuk majlis baca yassin plak... resepi ni memang lama dalam list nak masak tapi tak terbuat-buat sebab tunggu cashew masih kat kedai lagi.. hihihihi.. resepi dari cikwan taipei.. terliur tengok gambor ayam tu cantik.. tergoda nak cuba..

Perapkan bersama 15minit:
2 sudubesar sos tiram
1 sudukecil tepong jagung
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam
1 sudubesar kicap manis
2 sudubesar sos cili bawang putih
1 sudubesar gula - hana gune madu
1 sudukecil garam
1/2 sudukecil tepong jagung.

Bahan Tumis:
1 sudubesar minyak bijan + 1 sudubesar minyak biasa
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang.

Cara-cara: Tinggalkan 1 sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan,panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng. Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau. Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan. Sedia untuk dihidang.

3 Comments:

  1. Chik Mi said...
    ita akak pun dah masuk list tak buat lagi
    blogresipi said...
    Aii Kak Ita, travel sampai kat sini dah jadik kung puo pulak... marah cikgu nanti dah mutant dah tue... hehehhe
    Juwita Jamaludin said...
    to kak mimi..

    tula ita pun baru try sedap kak.. suami ita pun suka

    to ijan.. heheeeh salah yek.. akak tgk kat blog kak hana nanti nak check hihih

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG