Salam semua. Selamat berhujung minggu pada semua. Sebenarnya hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan ita dan suami untuk ke 10 tahun. Tapi nak jadikan cerita ita betul-betul ingat yang tarikh itu adalah 21hb bukannnya 14. Hingga la malam tadi selepas suami ita balik dari universiti dan kami sembang-sembang , tetiba tanya dia abang hari ni berapa haribulan.. Dia kata 13 kenapa.. Anniversary kita 21kan..? eh tak la 14 la.. ha ita jadi terkejut sangat sebab baru teringat yang ita dah tersalah tarikh.. kononnya dalam perancangan nak buat la kek yang istimewa untuk dia dan ada la suprise sikit.. jadinya sekarang ni tak sempat nak surprise la .. aduhai.. nampak sangat la dah jadi pelupa sekarang ni.. Nak comfirm betul ke tak ita sipa tengok sijil nikah lagi..
Ita memang ada buat kek siang tu atas permintaan fateh.. Dia asyik buka peti sejuk dan kata nak kek je jadi ita buat la kek coklat ni.. Tak de sempena apa pun.. Tapi suami ita kata tak salah kalau kita saja sambut acara makan-makan tu lambat sikit sebab dia kata dia pun sibuk di labnya..Tambahan dia memang janji nak bawa ita jalan-jalan Kouyou ( tengok daun merah musim luruh) di Nikko minggu depan.. Moga dipermudahkan urusan kami hendaknya.Tak de masa katanya.. Tengok la kalau ada rezeki boleh la buatkan kek untuk anniversary kami..InsyaAllah:)
Dirumah ni kek coklat memang selalu ita buat. Fateh memang suka kek coklat. Jadinya ita suka juga cuba pelbagai resepi kek coklat. Bagi ita kek ni sedap menepati citarasa ita.. nak buat pun mudah. Tambahan untuk kali ini ita saja nak belajar buat coklat ganach tu dan hias keliling kek tu pun guna coklat ganach tu.. secara simple je.. alhamdulillah ita suka dengan resepi coklat ganach tu walaupun ita ada tambah sikit serbuk coklat sebab di jepun ni ita tak guna cooking coklat.. ita guna "milk Chocolate Meiji" itu yang memang ita guna dari dulu sesuai dengan selera kami sekeluarga.
Baikla resepi ini adalah dari myresipi oleh emon300885. kalau tengok banyak resepi lebih kurang juga dengan resepi ini.. hanya ada perbezaan satu dua bahan je.. tak salah kita mencubakan.. terima kasih pada emon atas resepi ini..Saya kongsikan disini ye.:)
Kek Coklat Brownies
Bahan-bahan ( 1 kg )
Bahan A:
*1 cwn butter cair
* 1 cwn susu cair
* 1 cwn air panas
* 2 cwn gula perang
Bahan B:
*2 biji telur
* 1 s/k esen vanila
Bahan C:
*1 s/k baking powder
* 1 s/k soda bikarbonat
* 1 cwn serbuk koko
* 2 cwn tepung gandum
* Bahan hiasan: Coklat masakan, butter sikit & air sikit yang dicairkan- ita tak buat yangini.
Coklat hiasan( coklat ganach)- ita buat 1/2 adunan je
250 ml whipping cream
500 g coklat masakan- ita guna coklat meiji
2 sudu besar mentega
* ita tambah 1 sudu serbuk coklat sebab coklat meiji agak manis
Cara-cara
Masak semua secara doube boil dan masak hingga semuanya pekat dan likat.
Cara-cara
1. Gaul sebati bahan A guna mixer
2. Pukul bahan B, kemudian masukkan dalam bahan A tadi
3. Masukkan bahan C ke dalam bahan yang telah dicampur tadi
4. Bakar pada suhu 180 celcius dalam 35-40 minit
5. Siap untuk dihias n dimakan
Untuk hiasan
Ambil kek yang telah sejuk dan letakkan diatas redai atau jaring untuk sejukkan kek atau biskut. lapik juga dibawah jaring itu satu talam atau bekas yang bersesuaian. Curahkan coklat ganach diatas kek dan ratakan sehingga bahagian tepi kek. Coklat berlebihan akan jatuh kebawah iaitu diatas talam. Bolehla disimpan didalam peti sejuk kemudian boleh la dihias coklat ganach yang telah likat tadi dengan menggunakan piping bag dan nozel yang bersesuaian.
* Coklat ganach boleh disimpan di dalam peti sejuk sebentar dan ia akan menjadi likat dan tidak keras. Boleh dijadikan hiasan untuk dihias sekeliling kek.
Labels: Kek
aduhai manisnya anak dara Ita tu...siap mengulur pinggan...ish auntie nak lah sepotong brownies tu...hehe...cantik aja kejadian brownies tu...telah airliur akak kat sini tau Ita!!
alahaii mcne laa leh lupee ni...kalo kak ita igt sure da dpt red velvet cake 10 tingkat tuh kannn hihihi
sedap nya kek tu..mmg npk sedap sgt kek tu..mmg feberet anak2 kan..
ikan berempah woku pun menyelerakan..cantik pic..clear je..
Wish second time
Hikhikhik habis semua plan nk surprise ek gara2 terlupa date ngeeeee
If Ayu mkn cake kena diet sbln plak la ngeee
Oishii sou....calling2 if nk singgah umah ekkk
ita... kena jaga elok2 anak dara sorang tu.cantik comel tu bila besar tuu... seriuss..hehehhee
Happy aniversary buat Kak Ita dan suami..moga sentiasa bahagia sehingga ke akhir hayat...
yummynya choc cake tu...nampak moist.kat rumahpun selalu godek kek choc sbb anak2 suka... boleh cuba resepi ni tp kat sini tak da pula gula perang...
memang kadang-kadang kita terlepas pandang tarikh2 penting dalam hidup kita, apa pun semuanya okey kan... selamat ulang tahun perkahwinan ke 10 Ita dan suami, semoga kebahagian menjadi milik Ita sekeluarga selama-lamanya....aminnnn....