13 October 2011

Talapia bakar Berempah Woku



Salam semua. Moga hari ini memberikan keceriaan dan kegembiraan buat kita semua. Sekarang ni dijepun dah beralih musim ke musim luruh. Bila musim luruh ni cuaca agak selesa je dirumh. hanya kadang kala saja agak sejuk juga tapi minggu ni cuaca dan suhu amat selesa. Bila berada di negara 4 musim ni memang perlukan perancangan yang rapi tentang barang-barang keperluan dan baju. Minggu lepas ita sibuk simpan semua baju dan peralatan musim panas dan bersedia dengan barang-barang untuk musim luruh dan musim sejuk. Senang bukan apa diJepun ni rumah nya kecil je jadi tak boleh nak letak semua benda jika barang itu tak diperlukan boleh la disimpan di stor atau kotak.. kalau tak nanti habis ruang dalam rumah nak duduk pun tak de tempat..:P



Okla hari ini nak kongsi resepi Talapia Bakar Berempah Woku. Menu ni pun sebenarnya menu 2 minggu lepas kalau tak silap.. lama dah.. hihiihi..Ita beli talapia ni bukan yang segar macam di Malaysia tu senang dapat, ita beli yang frozen je. Memang dah beli minggu tu waktu order ayam dan daging halal tetiba nampak talapia ni terus beli sekali. Bila nampak je resepi ni dirumah Mas duniaku terus rasa nak buat. Alhamdulillah sedap ikan bakar ni.. suka ita dengan resepi ni.. Kalau guna ikan segar lagi manis dan sedap...:)

Bagi yang nak cuba boleh la cuba resepi ini.. memang berbaloi.. resepi asal dari dapur kak ummi dan kak ummi ambil di majalah sedap.. terima kasih semuanya.. ita kongsikan disini pula ye..:)



Talapia Bakar Berempah Woku

Resepi : Kak Ummi
Sumber : MasDuniaku

Bahan : (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar -
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :
  • Daun senduduk secukupnya
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur




Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...


27 Comments:

  1. sabar kagawa japan said...
    salam kak ita..ohayou....genki?? alahaii pagi2 ni da jenguk umah akak tgk ikan ni...leleh bkn kepalang....serdak2...rempah2 kt atas ikan tuh mmg mengeces habis....nk try laa buat arini....kalo ade vitamin M laaa kan hihihihi
    izahdaut said...
    memang sedapkan. terasa wangi bau daun2 tu ke dalam ikan. saya pun suke resepi ni.hmm lebih kurang jela ita, nak cari ikan segar bebetul kena balik kampung tangkap kat kolam ler, kat kl ni pun tak segar mana kecuali betul betul segar. eh apa yang saya cakap ni ye. hehehe
    Mama Hawa/Mama Nani said...
    Ita!!!
    Baru mama bakar ikan tom yam ni dah ada kat sini bakar berempah woku!! hissh sungguh menyelerakan betul!!!
    Anna Qawina said...
    aslmkm..dah sampai ke sini menu ni ya..sedap mkn ngan nasi panas kan..
    Sue @ Nenie said...
    Salam...Saya pun suke makan ikan talapia...kakak ipar yang perkenalkan dulu, pasal Mak Sue tak suke makan ikan sungai&kolam..so zaman kecik2 dulu hanya jumpa ikan laut je lah...
    nur easy said...
    ala nampak sedap je.. mesti harum aroma masa dibakar kan? best2.. suka ikan bakar
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    hulur pinggan tolong isikan untuk ayu jugak...ader lagik x??? beli mana talapia tue???
    Ida,Japan said...
    nmpk pun enak sgt ikan woku ni....mesti kaya dgn rasa rempah ni ita
    cik cek said...
    WoW....lapo perut tgk menu ni Ita...ikan bakar...emmmmcedapnya...:D
    Ummi said...
    Assalam Ita cayanggg...tu diaaa..woku sudah kuar....best kan...alaaah terus terasa nak buat sekali lgk taauu...nak cek bahan dulu laaa...hehehee, bau smpai ke Ktn dah ni..tp akak skrg tgh mls masak lauk pauk tauu...hehehe
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    salam ita..
    susahnya kat sana ye nak mkn lauk2 mcm kat m'sia ni nak kena order frozen.. hehe.. sabor jelah kan..
    resepi ni mmg best.. bumbunya secukup rasa.. cuma yg potong stim tang hirisan2 daun pandan & daun limau purut tu.. hehe.. walaupun akak dah kurangkan sukatan daun2 tu.. tp tetap berserabut & nak kunyah tak syok sbb daun tu akak kasar & byk fiber.. hehe.. tp kalau daun kunyit tu okay sbb dia lembut.. lenkali kalau nak buat akak skip jer tang 2 jenis daun tu.. hehe..
    Naz / Nadz COSK said...
    Assallamualaikum Ita..
    Wah itaaaa... kecur kak Naz tgk ikan tu..
    Asmara said...
    resepi faveret nih. sedap kan! :D. lama tak oder ikan beku. kdgnya xde bila nak beli. :)
    ibundo said...
    salam ita.
    terbau-bau wanginya sampai dapur bundo ni. Sedapp...
    Mamasya said...
    Aslmkum Ita

    Sinipun dah hujung2 musim panas....Maghribpun awal. sedap nampak ikan talapia bakar Ita tu.kalau ikan talapia senang dpt fresh kat sini mcm di Msia...
    Along Maklong said...
    ita..
    kat jepun pun dapat makan ikan talapia kan.. ok jugak tu.. nak2 bila dah dibakar macam ni.. mesti sedap..
    Juwita Jamaludin said...
    saba.. genki desu.. hihihihi ye saba sedap hanya ikan je yang kurang fresh

    izah.. tapi yang ni frozen punya.. kalau dapat yang fresh sedapnya
    Juwita Jamaludin said...
    mama. ye mama.. sedapnya makan ikan bakar ita ikan bakar2 apa memang tak tolak..

    kak ana.. yup makan dengan nasi panas memang terangkat
    Juwita Jamaludin said...
    sue.. ita memang suka sedapnya.. tambah bakar

    ez.. ye sedap ez senang dah dapat ikan talapia kalau nakkan
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. akak beli kat baticrom beli yang whole punya..

    kak ida.. sedap resepi ni kak ita suka kak
    Juwita Jamaludin said...
    cik cek.. sedap kak.. tentu makan bertambah..

    kak ummi sama la ita pun sekali sekala je kak
    Juwita Jamaludin said...
    kak madiha.. ye kak.. tula susah duduk merantau ni kak.. kena makan ikan fozen ikan yang macam ni...

    kak naz.. ye kak sedap ita suka iakan ni kak
    Juwita Jamaludin said...
    ibundo.. ye sedap ita pun suka tambah ikan talapia ni

    mamasya. tu la sama la ita pun kat sini cepat je maghrbnya
    Juwita Jamaludin said...
    along mak long alhamdulillah ada .. hanya tak fresh macam kat msia je la
    Hanis MY said...
    Kak ita sy terliur dgn lauk tu Dan juga lauk kat belakang tu yummynyaaaa nk g Yokohama uwaaa..
    Nieza said...
    sedapnya tgk ikan msk gini ita...akak kat sini pun mkn ikan frozen juga..kat sini autumn dah sejuk temp dah turun bawah 10 degree C dah.
    quinnie said...
    resepi yg masih dlm simpanan...hehehhe...memang berselera je tengok resepi ni tiap kali org buat tayangan amal...kita ni tak tau la bila nak cuba...huhuhu

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG