Salam semua. Mungkin ramai kawan-kawan yang dah mula puasa sunat bagi yang telah memulakannya selamat berpuasa moga ibadat kita diterima olehNya. Mungkin ada juga diantara rakan-rakan di malaysia masih sibuk dengan majlis rumah terbuka dan sememangnya banyak undangan yang ingin dipenuhi. Bagi ita disini hanya menjalani kehidupan seperti biasa sahaja.
Sebelum raya tempohari ada nampak Saba buat millle-feuille ( French Vanilla Slices).Waktu nampak tu rasa teringin sangat nak buat tapi disebabkan kekangan masa tak sempat-sempat nak buat. Semalam tengok dalam peti sejuk memang ada puff pastry jadinya ita cuba buat. Ita buat sikit je guna 2 puff pastry. Mille-feuille ni lebih kurang macam rasa fruit tart tapi disebabkan guna puff pastry ia lebih ranggup. Ita dan suami memang suka pastry-pastry macam ni.
Untuk resepi ini ita ada edit sikit untuk kastadnya sebab tengok banyak guna kuning telur. Bila dilihat diinternet ada beberapa jenis inti yang kita boleh buat sama ada guna kastad atau whipping cream. Kali ini ita guna kastad. Bagi yang pernah buat kastad dan suka dengan resepi tersebut boleh gunakan juga sebab sesetengah resepi kastad ada yang tidak menggunakan kuning telur. Bagi ita resepi tanpa menggunakan kuning telur juga sedap.
Resepi ini asalnya diambil dari allrecipes. Ita telah ubah mengikut kesesuaian ita dan alih bahasakan dalam bahasa melayu bagi bahan-bahannya setelah saba mengalih bahasakan untuk cara-caranya.. Terima kasih saba akak kongsikan disini pula ye.
French Vanilla Slice ( Mille-feuiller)-Puff berlapis kastad buah-buahan.
Bahan-bahan.
2 cawan susu
7 1/2 sudu besar tepung serbaguna- ita guna 1 sudu tepung gandum dan 1 1/2 sudu tepung kastad
1 batang vanilla - 1/2 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan gula kastor- 1/2 cawan jika kurang manis tambah sedikit
1 cubit garam
6 biji kuning telur- ita guna 2 biji sahaja
1 paket puff pastry- ita guna 2 keping sahaja
Buah-buahan kesukaan
- gula halus untuk hiasan
Ini adalah inti kastad dari ita adunan diatas agak banyak, ita olah dibawah adalah resepinya.
- 2 cawan susu
- 1 sudu tepung gandum dan 1 1/2 sudu tepung kastad
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1/2 cawan jika kurang manis tambah sedikit
- 1 cubit garam
- 2 biji telur
- 1 paket puff pastry- ita guna 2 keping sahaja
- Buah-buahan kesukaan
- gula halus untuk hiasan
Ini bagi mereka yang tidak suka kastad yang menggunakan telurBahan2 sudu besar tepung kastard
2 sudu teh vanilla
1)Larutkan tepung kastard dan gula kedalam susu.
2)panaskan hingga mendidih dan pekat.Masukkan butter dan vanilla...sejukkan...
Cara Memasak:- Panaskan oven sehingga 190 darjah.
- Rollkan pastry dgn menggunakan penggelek kemudian lapiskan dgn cooking sheet di bahagian bawahnya.
- Kemudian, cucuk-cucukan pastry tersebut dgn menggunakan garfu pada seluruh permukaan dan kemudian letakkan sehelai lagi cookimg sheet pada permukaan atas pastry. Setelah itu, letakkan sheet pan ( pan besi ) di atas cooking sheet tersebut utk dijadikan sebagai pemberat. (proses ini untuk mengelakkan pastry naik terlalu tinggi dan terlalu fluffy).
- Kemudian, panaskan puff pastry tersebut selama 20 minit.
- Setelah permukaan puff kelihatan keemasan, keluarkan puff kemudian potong kepada 6 bahagian. (untuk mendapatkan 3 lapis bg setiap millie)
- Setelah dipotong, taburkan sedikit gula aising di atas permukaan puff pada kedua-dua belah untuk mendapatkan puff yg agak manis.Kemudian, bakar selama 8 minit pada suhu 150 darjah.(ita tak buat proses ni)
- Setelah masak, sejukan puff di atas redai.
Untuk Membuat Kastard:- Di dalam pan, panaskan susu sehingga mendidih. Kemudian tutupkan api supaya susu tersebut menjadi suam)
- Kemudian, satukan kuning telur, tepung gandum, tepung kastard,garam, essen vanilla dan gula. Kacau sebati.
- Kemudian tuangkan adunan kastard tadi ke dalam susu suam tersebut dan kacau sebati. Buka kembali api dan kacau sehingga adunan kastard agak likat...dan pastikan ia tidak berketul2.
- Setelah masak, sejukkan adunan kastard tadi.
- Setelah kastard tadi sejuk, pipingkan adunan kastard ke atas permukaan puff pastry di selang selikan dengan strawberry sehingga habis ( puff- kastard- strawberry-puff-kastard-strawberry - puff)
- Setelah siap, taburkan gula icing ( ayak dgn menggunakan penapis halus) di atas permukaan puff. Kemudian hiaslah dgn strawberry atau mengikut citarasa.
sedapnye tgk pastry yg berlapis2 tu..terasa2 kerangupan nya..
if terjah yokohama kena habaq awal2 ni...boley request nantu ngeee
cantiiiknya... sgt menarik.... suka2!!! rasa nak ambik jer tau yg sepotong tingkat2 tu... sedaaaapnya...
nani tak juga murah nani sekarang bukan musim dia mahal sikit ini ambil anak punya strawberry ni
kak zai.. ita suka pastry gini sedap .. cuba la kak
kak diana.. bagi ita sedap ita suka pastry macam ni
sofea buat la tak susah sangat senang je
anum.. sedap anum tak susah sangat la anum
kak mieza thanks. cuba la nanti ita suka pastry macam ni