18 September 2011

Ayam Panggang Tomato



Salam semua. Hampir 4 hari tak update blog mana pergi tuan rumah .. sakit perut sampai lupa blog.. Alhamdulillah perut dah baik walaupun belum la sepenuhnya mana taknya dah tahu memang jenis tak boleh kalau tak jumpa nasi jadinya cuba untuk menjauhkan nasi tambahan minggu lepas hubby agak busy dia tak makan dirumah, kalau masak nasi tentunya berlebih banyak sebab anak-anak ita memang kurang makan nasi, suka makan mee je jadinya ita tak masak nasi.. tu yang perut agak meragam masuk angin.. mood nak berblog dan main masak-masak pun hilang...:(Terima kasih bagi yang mendoakan agar ita cepat sembuh ye..:)



Hari ini ita nak share resepi ayam panggang tomato yang ita buat tengahari tadi. Hari ini tak kemana-mana mengahabiskan masa dirumah je. Ita masak ayam panggang tomato ni menggunakan resepi ita sendiri. Ita makan dengan nasi aswan dan dalca daging bersama sayur. Untuk resepi boleh tekan di link yang diberi. Alhamdulillah jadi la menu untuk makan tengahari dan makan malam kami. Bagi yang ingin mencuba boleh la cuba. Ayam panggang tomato ni rasa ala-ala ayam masak merah sikit hanya ita ada tambah beberapa bahan lain untuk bagi rasa yang lebih sesuai dan cara memasak secara pangang.

Untuk ayam ini ita guna ayam yang kecil sahaja iaitu 800g beratnya lebih kurang. bagi yang menggunakan ayam yang besar boleh tambah bahan-bahannya tu.




Ayam Panggang Tomato


Bahan-bahan

Bahan untuk kuahnya
seekor ayam bersaiz 800g
1/2 labu bawang merah sederhana dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 inci halia dikisar
1 biji cili hijau dikisar
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
4 sudu besar tomato dalam tin( atau tomato biasa 2 buji besar)
1 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil cajun
sedikit rosmary
1 sudu besar madu
sedikit garam
1 sudu besar marjerin
bijan hitam untuk hiasan

Bahan perapan
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
sedikit kunyit
sedikit garam



Cara-cara

  1. Bersihkan ayam dan lumurkan dengan bahan perapan.
  2. Sementara itu kisar semua bahan yang perlu dikisar
  3. masukkan mentega didalam periuk setelah cair dan panas masukkan bahan kisar dan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang. tumis sebentar.
  4. masukkan serbuk cili yang telah dibancuh sedikit air, masak sebentar
  5. masukkan serbuk cajun, rosemary, tomato.
  6. setelah itu masukkan madu dan masukkan garam. ingat garam pun ada pada ayam yang diperap jadi hati2 dengan rasanya.
  7. setelah itu tutup api dan lumur pada ayam yang diperap tadi. taburkan bijan hitam.
  8. bakar dalam oven 180 selama 20 minit . Kemudian terbalikkan ayam dan letakkan kuah ayam tadi diatas ayam supaya ayam tidak kering.
  9. bakar lagi 30 minit dengan api 170. jika masih belum perang dan masak boleh tambah masa mengikut oven masing2. siap untuk dihidang.


33 Comments:

  1. Sheery Dream Cakes said...
    Assalamualikum ita...
    ita x sihat ker cayang? akak doakan moga ita sihat sejehtera hendaknya selalu... Amin...
    wah akak tergoda tgk ayam panggang tomato tu ler ita.. sedaaaapnya.... anak2 n hubby akak mmg suka makan ayam panggang.. nie ayam panggang tomato mesti lebih sedap... nnt nak try gak.. InsyaAllah... sedap3x!
    K.zai said...
    salam ita...

    lama akak x singgah sini..rindu plk dgn masakan ita..terguda nya tgk ayam posing dlm tray tu..rasa lapor tgk ni semua...
    Azlita Aziz said...
    salam juwita...
    padan lah dah lama tak nampak juwita muncul dgn N3 baru... rupanya kurang sihat..
    akak doakan semoga ita cepat sembuh

    waaa... tergoda dgn ayam tu.. gambar juwita pun semakan cantik! tahniah!
    E-na Zarina said...
    la x sihat rupanya, patutlah lama x bersiaran...pepun pas ni hati2 bila nak skip nasi...hiihii..

    ayam panggan mcm ni ratah panas2 boleh licin...;-)
    ibundo said...
    alahai sedapnya nampak ayam dan nasi tu. Nanti nak terai buat ayam ni sebab ayam memang laku kat rumah bundo..
    semuga ita dan sehat betul..
    Mas said...
    hmmm..sedapnya tengok ayam tu..
    menyelerakan betoii....
    Cheq Sue said...
    wahhh...menu baru ni. sekarang memang suka betul dengan ayam2 panggang ni... boleh cuba nanti
    nur easy said...
    nampak moist je ayamnya..;)
    Gee® said...
    sedapnya ayam panggang... cam nk menitik air mata... ops air lioq laa.....heeee....
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    ciannyer kat akak
    sama la ngan ayu ni x cihat la
    plus adam high fever smlm
    today ni agak pening sbb tidur x cukup...
    lepas raya mmg x masak hebat mcm ni sbb nak diet...but nk try nnt set nasi gini...ayu suka
    kurus said...
    sedap ita .. x mo komen2 tang sedap tuu presentation dia punn dah mengiurkannnn :)
    Ida,Japan said...
    harap ita beransur sihat..dan terus b'blogging dgn resepi yg best2...nmpk ayam ita ni dh tau dh pasti sedap.....kt sini k'ida lum pernah jumpa lg serbuk cajun la ita..kalau ada bubuh kt apas2 masakan pasti sedap
    Kak Sam said...
    Alhamdulillah. Agaknya bila nasi n lauk cam gini masuk perut pasti lega rasanya. Semoga cepat pulih seperti biasa.
    Ayu said...
    Assalam ita, waduh terliur nya kak tengok ayam ita tuuu..rasa nak capai aje sekor tu..heheh..
    boleh masuk list ni..sedapnya!!
    Deliah's Deli said...
    cop yg peha tu eh..kecur tgk! :)
    Juwita Jamaludin said...
    kak diana.. thanks kak atas doa tu.. cuba la kak bagi ita sedap ita suka kak..:)

    kak zai.. ye kak.. boleh cuba kak resepi ini mudah je
    Juwita Jamaludin said...
    kak ita.. thanks kak .. moga semuanya ok...

    kak ena.. ye kak ratah pun sedap tapi ita makan dengan nasi.. berselera semua
    Juwita Jamaludin said...
    ibundo.. thanks kak.. ye rumah ni pun suka ayam

    mas.. boleh try mas sedap tau ita suka
    Juwita Jamaludin said...
    cheq sue.. ye boleh cuba sue bagi ita sedap

    easy.. alhamdulillah kali ni bakar apainya jaga elok tak la hangus
    Juwita Jamaludin said...
    kak gee.. jangan menitik air mata kak. air liur pun jgan buat je kak.. hihiihi

    ayu odaijini ye..:)tula kak rasa tak selesa perut bila makan nasi baru ok
    Juwita Jamaludin said...
    kak ieda... thank kak. .. cuba kak resepi ni best

    kak ida.. ita pun cajun tu kakak yang pos kat nihon susah sgt jumpa
    Juwita Jamaludin said...
    kak sam.. thanks ye kak.. alhamdulillah beransur sihat

    kak ayu lama tak nampak.. hihihi ye kak masuk list dulu bila free leh buat
    Juwita Jamaludin said...
    del.. ada yang dah cop dulu la .. lambat sampai.. hihiihi
    anumuchan said...
    wahh sedapnyee ayam panggang ni..hee.nntbila2 boleh la try resepi ni..aaa dh try dh buat soba tu..tp xbli pulak wakame tu..taram2 je..ok gk rasa dia..heheee..nxt time boleh la cari wakame tu.heee.thanks eh k.ita 4 da info^^
    farhana _ teknik jasin said...
    Salam cikgu, nak menangis guling2 tgk ayam tomato cikgu ni,,,,. Rase cam mlm ni gak nak wat. Uwaargh. Sedaaap nampaknyer. T.c cikgu
    Hanis MY said...
    Pengsan tgk ayam bakar tu thank ku akakkk nanti nk cubalah... Odaijini kak ita...
    Sue @ Nenie said...
    Assalamualaikum...

    Alhamdulillah kembali sihat...Wahhhh..Ayam itewwww...Sungguh mengguda.....
    Bibu said...
    moga Ita cept sembuh ya.masuk umah Ita, perut terus lapo n terus jatuh cinta gan ayam tu.sat lagi nak selongkar dapur...
    Lieya said...
    Mak aiiii... nampak sedappp la sangat2
    dZana said...
    smga ita cepat sembuh.. mcm ayam panggang KR jer ita .. sungguh mgoda
    Juwita Jamaludin said...
    anum.. ok dah buat ye.. lain kali boleh guna wakame tu lagi terangkat

    farhana.. tak de website ke boleh saja jalan2 juga.. thanks ye
    Juwita Jamaludin said...
    hanis.. thsnk hanis semakin sihat dah ni..

    sue.. ye dah sihat dah .. tinggal sikit2 je.. sedap cuba la
    Nuwairani said...
    kenapakah ayam itu nampak sangat sedap????? terliur~~

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG