12 August 2010

Nasi Tomato


Bulan puasa kena rajin2 update menu masak2 ni.. hiihhi baru bersemangat nak masak dan tak la terasa sangat rindu masakan Malaysia..:). So hasil skodeng semalam tak tahu nak masak apa so buat la nasi tomato dan kawan-kawannya sebagai pembukaa tirai menu ramadan ni.. lagi pun lama juga tak masak nasi tomato dan check dalam entry tak pernah masuk plak. jadi hari ni kita share menu ni ye...

Nasi
Bahan-Bahan:

  • 3 cawan beras basmathi
  • 1/4 cawan susu cair
  • 2 biji tomato - cincang
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 3 s/b majerin /minyak sapi
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • daun pandan
Bahan Tumis
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah *
  • 1 inci halia *
  • 3 biji Buah pelaga
  • 3 biji Bunga cengkih
  • 1 inci Kulit kayu manis
  • 2 kuntum Bunga lawang
* di blender

Cara-Cara
  1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak/ minyak sapi hingga kuning dan naik bau
  2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan beras & daun pandan dan biarkan masak.
  4. Kacau rata skali sekala
  5. Tunggu hingga masak.
*Boleh dihidangkan bersama lauk ayam masak merah, dalca dan acar

3 Comments:

  1. ijayuji said...
    salam kak ita! waduhhhhh sedapnyerrrr menu buke akak! kita pulak mcm malas jer nk masak tp nak buat kuihhhhh jerrr hihihi..
    TotYati said...
    nak!!!!!!!
    selamat berpuasa kak
    ieda said...
    salam dikkkk

    salam ramadhan dari akak di mesia .. heheh sedappnyer nasi minyak tuuuu .. rajin tul ita nieh .. huhuhuh kenyang niehhhh :)

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG