03 November 2011

Salam semua. Alhamdulillah hari ini cuaca di Yokohama amat selesa. Tidak panas dan tidak sejuk. Hari ini juga adalah hari cuti umum bagi negara Jepun jadi ita baru je balik dari main badminton dengan kawan-kawan disini. Suami ita memang tentang sukan ni memang tak boleh tinggal jadinya pagi pergi lab di universiti sekejap bila dah petang balik dan pergi beriadah pula.

Hari ini nak kongsi cerita ita dan kawan-kawan diYokohama ni pergi petik limau mandarin dan bunga cosmos ( mikan & cosmos gari). Gari dalam bahasa jepun adalah "petik". Jadi kalau disini kami suka juga adakan aktiviti ber"gari" ni mengikut musim buah yang disukai. Kali ini kawan-kawan ita mengajak untuk pergi petik buah limau mandarin. Mulanya aktiviti ni dah rancang pada 2 minggu yang lepas tapi disebabkan hujan jadi kami tak jadi pergi. Kebetulan di Kurihama hana no kuni ( kurihama Flower world) ada acara petik bunga cosmos juga jadi memang sesuai kami pergi ke kawasan Yokosuka yang mempunya tarikan kedua-dua acara ini.



papan tanda kebun buah disini


kebun buah dari pandangan atas








Dari pagi tu kami ke kawasan limau mandarin dulu. Kami bertolak dari pukul 8 pagi dan sampai lebih kurang pukul 10 pagi setelah melalui jalan tidak bertol. Kawasan memetik limau ini diYokosuka, dalam kawasan Yokohama juga. Untuk masuk ke sini seorang dewasa perlu membayar 650 seorang dan 500 yen bagi kanak-kanak. Didalam ladang ini pengunjung dibenarkan memetik dan makan sebanyak yang boleh dan boleh memetik untuk dibawa balik dengan harga 370 yen sekilo. Limau disini manis tapi disebabkan banyak juga yang belum betul-betul masak mungkin akan dapat yang masam sedikit. Jadinya kalau pandai kena pilih betul-betul masak...:) Setelah puas kami bergerak ke kurihama hana no kuni di kawasan Yokosuka juga untuk memetik bunga cosmos.

Dari kawasan limau ke kawasan bunga ini tidak jauh lebih kurang 15 minit sahaja. Sebenarnya ita pernah ke sini dulu sewaktu ita bersama-sama keluarga mandi di pantai Miura. Entrynya boleh lihat disini. Kali ini setelah kawan-kawan mengajak untuk berkelah bersama dan sambil tu boleh lihat acara petik bunga cosmos ni jadinya ita ikut serta juga. Sebenarnya suami tak la punya masa sebab ada kerja yang perlu diselesaikan, tapi disebabkan kasihan dengan ita suami benarkan ita turut serta suami hanya tinggal dikereta untuk membuat sedikit kerja. Tambahan Fateh pun tidur waktu tu.





Model tetap ita bergambar..:)


Ramai yang sibuk memetik bunga


Waktu acara "countdown"


Taman ini penuh dihiasi dengan bunga cosmos. Cantik berwarna warni. memang setiap tahun bila penghujung musimnya akan diadakan acara untuk memetik bunga ini. Kawasan ini akan di tanam bunga baru iaitu bunga poppy untuk musim bunga akan datang. Acara memetik bunga ini bermula pada pukul 2 petang. Ita sampai disini lebih kurang pukul 150 petang jadi sempat la ita bergambar sebentar sebelum bunga-bunga ini dipetik. Ramai sungguh yang datang dan seronok tengok pengunjung yang datang dengan membawa peralatan memetik bunga. Hampir sahaja pukul 2 petang acara "coundown" diadakan.. tepat saja pukul 2 petang semua pengunjung mula memetik bunga-bunga cosmos ini.. Ita dan kawan-kawan sempat membentang tikar dan makan bekalan yang kami bawa sambil melihat ramai pengunjung-pengunjung dengan bunga cosmos ditangan hasil petikan mereka. Agak kurang bernasib baik hujan mula turun dan kami mengambil keputusan untuk pulang lebih awal.






16 Comments:

  1. Ida,Japan said...
    gi mikan gari & tgk bunga kosmos ye ita...last week k'ida ada follow rombongan anak kt hoikuen petik mikan gak...pas tu hujan, dok kt sana tak leh lama2..sempat snap pic sikit jer, lepas petik terus b'tolak balik..tak sempat nk picnic2 mkln lagi dah...masa tu pun belum benar2 msk lagi..so tak brp manis..tahun lepas pegi tgk b.cosmos..pegi2 bunga lum kembang sume..malang sungguh.cantikkan bunga2 kt sini
    Maira Anjami said...
    bestnye boleh petik kosmos..bunga paling sye suke kat sini..tapi thun ni x dapat pegi ladang kosmos..huhu..tgk yg ket tepi2 jalan je~
    Chah said...
    whoaaaa...bestnya..mesti hati yang tak tenteram terus jd tenang tengok bunga2an dan kena 'gari' limau2 sekalian...
    indahhouse said...
    Salam kak Juwita,
    Wah.. banyak betul info saya dapat hari ni. Seronoknya di kebun limau.
    dah lama tak jumpa limau warna hijau yg manis2 macam kat pantai timur. kat sini jumpa limau kuning/oren jer.. :D
    Amie said...
    Itaaaa....
    tak rugi merantau jauh.... luas pemandangan, banyak pengalaman... rasa nak ikut petik limau-limau tu... bunga2 pun cantik....
    E-na Zarina said...
    ms ni mmg ms2 darurat utk para phd studet yg nak grad next march kan ita...tp family pu pnting gak nak kena jga hati isteri ye...so far ok rebung yg jumpa semua bole mkn...
    Mieza said...
    Ita..cantiknya scenery kat sini..teringin nya nak pergi bumi otromen ni..cantekkkkk sgt2..bunga2 tu subhanallah..lawa...

    beshnyer banyak buah limau...mesti murah je kan..
    Akak Kembang said...
    Cantiknyer Juwita..kalau ALin pi sana rasa takmo balik kot...
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    gara2 x masuk belog sehari byk n3 kawan2 yg terlepas...but nasib baik dah tgk pics ni kat fb....syoknyer mikan gari tue....cosmos tue if ayu kan bawa blk 1 taman ngeee
    Unknown said...
    seronok nya akak.bila la sy dpt pergi ke sana..huhu
    Nuridah said...
    Assalamualaikum Ita,

    Cantiknya pemandangan tu...eh buah limau tu la yg buat kak Nur geram melihatnya...ish rasa mcm nk petik2 gitu....hehe...

    Selamat Hari Raya Aidiladha buat Ita sekeluarga.
    Ummi said...
    Assalam Ita cayang...Selamat Menyambut Aidil Adha buat Ita sekeluarga....camne sambut raya sana...korban apa Ita? Jgn korban air mata byk2 dah la yea...muaaahhh!
    Yatie said...
    Salam AidilAdha buat Ita sekeluarga....ceria2 selalu ya..sukalah tngk gambar ni..kenangan terindahkan petik limau sendiri..cantik je oren semuanya buah tu..
    Nuwairani said...
    selamat hari raya kak ita...

    seronok tengok buah2 fresh macam tu...dapat petik sendiri pulak tu...murah lagi tu...haihhhh..erk! murahh ke?
    Anonymous said...
    bunga cosmos kt kumamoto comel2 lg kak ita :)
    Hanis MY said...
    seronoknyaaaa...pengsan tgk gambar akak dikellilingi cosmos...suka tgk bunga tu warna dia cute! owh mikann...dah lama tak makan apatah lg nk g petik... bestnyaaaa

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG