17 August 2011




Salam semua. Salam hari rabu moga diri kita dilindungi dan diberkati Allah hendaknya dihari ini dan hari-hari seterusnya. Moga setiap amalan yang dilakukan diberikan pahala dan kelebihan yang sebanyak-banyaknya.

Terima kasih buat kawan-kawan yang datang berkunjung dan meninggalkan komen terima kasih banyak-banyak ita amat menhargainya. InsyaAllah akan akan membalas komen-komen di blog ita ni dengan secepat mungkin. Masa amat mencemburui dan tambahan macam ita ni ada anak kecil banyak karenah yang perlu dilayan dan diperhatikan. namun ia adalah asam garam rumahtangga dan kehidupan.



Semalam Fathnin minta buatkan jelly. Dia kata mama lama tak buat. Jadinya anak dara ita dah 'complaint' mamanya cari la jelly kegemarannya bersama fathnin. Ita masuk rumah kak Azlita godek-godek dapurnya Fathnin berkenan dengan puding laici nenas ni. Dia kata nak yang ini kebetulan ita ada beli buah laici kelmarin jadinya boleh la gunakan. Maaf ye kak geledah dapur akak plak...:)

Ita buat 1/2 adunan je dan dapat la kami makan anak beranak semalam terus buat juadah berbuka puasa. Fathnin happy sangat dapat makan. Sedap katanya. Bagi Ita dan suami pun suka sebab rasa nenas dan laici itu amat kena. Ita makan macam tu je tanpa kuah kastad. Bagi yang nak makan dengan kuah kastad pun boleh..:)Okla jom kita lihat resepi yang ita ambil dirumah kak azlita ni dan resepi asal dari chef hanieliza. Terima kasih kedua-duanya.



Lychee and Pineapple Cold

Puding Laici

Bahan
10 gm agar-agar serbuk
4 cawan air
1cawan cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlm tin dimesin bersama ainya

  1. Masakkan air, agar2 dan gula hingga mendidih dan gula larut.
  2. Tutup api dan masukkan susu dan buah laici yg telah dikisar bersama airnya tadi.
  3. Kacau rata.
  4. Tuangkan ke dalam 1/2 acuan atau mangkuk kaca kecil




Puding Nenas
Bahan
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin buah nenas ( ambil 6 keping di kisar bersama airnya yg selebih simpan utk hiasan )
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard
beberapa biji ceri merah utk hiasan

Cara-cara
  1. Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
  2. Masukkan air buah nenas dan nenas yg telah dikisar tadi.
  3. bancuhkan tepung kastard dan susu cair
  4. Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
  5. Kacau adunan sehingga hampir pekat.
  6. Apabila telah masak tuangkan keatas lapisan puding lychee tadi secara perlahan2.
  7. Hiaskan atasnya dengan gelang nenas dan buah ceri tadi.
  8. Biarkan sejuk




26 Comments:

  1. nuwairani ismail said...
    seronoknya kalau berada di tempat yg jual buah-buahan fresh mcm tu. kalau di malaysia, tengok tempat jugak la. itu pon belom tentu betol2 fresh. kat kinabatangan, jauh sekali.

    tapi kalau buat sekali pon, rasanya nani pakai buah dalam tin jela. dah lama tak buat puding ni. rindu pulak nk makan puding.
    Hanis MY said...
    Saya boleh geng dgn anak kak ita sbb sy suka pudding jugak :)
    Cendana Kasih said...
    Ita,,jelesnyer tengok laici fresh tu... boleh menitis air liur...

    akak ada laici dan nenas (tp versi tin punye laa) boleh la try dessert ni...nampak kebabom sangat...
    sue-sama said...
    mama nak jelli jugak...jelly kelapak (hehe, buat2 muke comel)
    ijayuji said...
    Salam kak ita, bagus ler ank2 akak suke puidng2 jelly2 gini, ank2 kita dia minat sumi yg dlm bekas tu jugak! jelly2 puding2 yg kita buat tu dia org tak nak makan huh! pelik ank org yg ada kat sini :D uuuuuuuu ceriiiiiiii freshhhhhhhhh, sini sakuranbo pun mahal tp tepi2 jalan byk jual cuma rega mak aiiii, tak yah beli kalau betul2 ngidam jer baru beli sambil tugup mata :D
    cik cek said...
    Itaaa....

    Cantiknya puding...gambo pun dah menggoda...bestnya kalau dapat secawan ni..kan kan kan...:)
    Yan said...
    Masyallah..it looks so tempting... sejuk je tekak tengok..
    Deliah's Deli said...
    terpukau tgk gambar2 ita..semuanya cantik,semuanya sedap! :)
    ibundo said...
    Cantik puding. Cantik gambar. Ita pakai lense apa..
    Nuridah said...
    Assalamualaikum Ita,

    masyaAllah cantiknya kak nur tengok...dh mcm kat restaurant ataupun cafe gitu....heheh....sib baik la pagi lagi...tk terasa dahaga...haha.
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Terlioq tgk gini
    Rasa sejuk anak tekak if Boley makan puding gini
    Setel copy sbb nk try nnt ngeee
    sabar kagawa japan said...
    huhuhu sedapnyeee arap ottosan kite tgh lelah aje..kalo xmusti dah buat dah hehee
    kzai said...
    ita..cunnye puding..mcm kt hotel..hayati puas2 dulu baru ngap..hehehe..anak2 ita mesti lg suka..
    izahdaut said...
    wahhh memuding je ita..suke makan puding ye kat rumah tu..cantik2 presentation dari ita..suke tengokk
    Mamasya said...
    Cantik gambar puding Ita posing... pudingpun nampak sedap dan menawan...mkn sejuk2 nyaman rasa...
    Diana @ Melley Mey said...
    Assalamualaikum ita...
    waaah sedapnya tgk.. mkn masa baru d kuarkan dr peti sejuk mmg best nie kan ita...
    Kamalia said...
    wah..ade laici fresh..aritu tgok kat sini,mahal sungguh..
    akk sungguh kretip bila amik gamba..suka sy.
    アヌムちゃん said...
    wahh sedapnyaaa..kalau x guna serbuk, guna yg satu lagi tu, camne nak sukat nak guna brapa byk ye..akak ada fb x..nak add :)
    Yatie said...
    Assalamualaikum Ita,
    cantiknya puding tu..tergoda akak taww..dpt plk buah fresh laici tu..mmng best tul...
    Ida,Japan said...
    tergoda la tgk puding & pic yg cun melecun nihhh ita....sedapnyer
    Acik said...
    gambar itu ...
    menyelerakan! yummy!
    H.J said...
    dah boleh dah ni kak..buat juadah hari raya nanti..haha
    AZLITA AZIZ said...
    terima kasih ita.. buat puding ni...
    akak pun suka puding ni... kalau makan mmg ulang2 kadang2 tak makan nasi.. dok makan puding aje... hihi
    Juwita Jamaludin said...
    Nani.. Sysah juga kdg nak dpt buah2 ni tgk pada rezeki juga..,:)

    hanis fathnin suka dgt puding tu yg rajin bust..:)
    Juwita Jamaludin said...
    Kak noorma.. Boleh je guna dlm tin.,

    sue... Kelapa tak de la..:)
    Juwita Jamaludin said...
    Ika.. Memang anak bwranak suka tu yg rajin buat.. Mkn sejuk2 segar...

    Cik cek.. Sedap anak ita suka

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG