Salam semua. Alhamdulillah selesai sudah puasa hari ini. Moga ia memberikan kekuatan untuk menjalankannya untuk hari-hari seterusnya. Hari ini ita nak share Jelly tembikai yang ita buat sempena ada banyak tembikai dirumah ni.
Ceritanya husband ita memang suka buah-buahan. Selalunya buah-buahan mesti ada dalam peti sejuk sebab memang sikapnya yang suka makan buah sebelum makan makanan berat. Jadinya disebabkan sekarang ni di Jepun adalah musim buah tembikai kami selalu pastikan tembikai ada di dalam peti sejuk. Tembikai dijepun amat manis tanya la sesiapa yang pernah makan tembikai dijepun tentu mengiakannya. Kemanisannya di labelkan diluar kulit tembikai tersebut. Rasa puas sangat makan dan ia adalah sesuatu yang akan dirindui bila balik Malaysia nanti.
2-3 hari yang lepas kami ke Pasar Matsubara berhampiran rumah lama ita. hajat dihati nak cari ikan yang boleh dibuat apa-apa masakan yang sesuai untuk berbuka. Tapi hampa sebab tak de ikan yang sesuai. Jadinya tengok buah-buahan banyak yang murah, suami ita memang tak leh tengok tembikai murah terus kata nak beli ingat nak beli sebiji tapi beli 6 biji:P Sila la percaya mana taknya selalu harga tembikai yang kami beli tu 980 yen tetiba turun 280 yen sebiji tu yang suami borong tu..:) Rasa nak beli sangat sebab minggu sebelum tu kami dah beli tembikai tu jadinya bila turun harga memang suami ita tak fikir panjang.
Mana taknya dengan isinya yang merah dan kulitnya yang nipis macam dalam gambar ita tu..jadi dalam kereta suami ita perli la ita tentu ada orang nak fikir sesuatu dengan tembikai yang banyak ni .. silap2 jadi satu resepi nanti.. memang betul ita terus terfikir jelly tembikai...:)
Jelly tembikai ni sebenarnya resepi dari Puding Jelly Oren yang pernah ita postkan resepinya dulu. hanya kali ini ita tak buat puding iaitu lapisan susu tapi ita tukar dengan lapisan hampas tembikai supaya terasa buah tembikainya itu. Bagi yang gemarkan tembikai jelly ni penuh rasa tembikai dan sedap rasanya.
Jelly Tembikai
Lapisan Jernih ( lapisan bawah)
4 g serbuk agar-agar ( jika inginkan lebih lembut boleh buat 3g)
400 ml air
3 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing dan kemanisan buah tembikai)
100 ml jus tembikai yang ditapis dari buah tembikai ( ditapis ambil air sahaja hampasnya jangan buang)
sedikit pewarna merah ( ita tak letak sebab tembikai ni memang merah)
cara-cara
* Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
* Setelah sebati masukan jus tembikai yang telah ditapis dan pewarna jika warna kurang terang.
* ketepikan sehingga sejuk sedikit dan dimasukkan kedalam acuan yang bersesuaian.
lapisan atas
2 g serbuk agar-agar
50 ml air
250 ml hampas tembikai yang ditapis
3 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
Cara-cara
* Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
* Setelah sebati masukan hampas tembikai .
* Masak sebentar dan ketepikan sehingga sejuk sedikit.
* Apabila lapisan bawah didalam acuan telah keras sedikit boleh la dimasukkan lapisan ini.
* sejukkan didalam peti sejuk.
Labels: puding
Bz buat jelly tembikai ek
Sedapnyer tears amai giler tu
terasa manisnya tembikai yang Ita bayangkan tu, memang kalau dapat tembikai manis, sedap sangatkan....
Byk tuh sampai 6 biji buah tembikai hubby beli!!! hehehe
Mama blh bayangkan betapa tipis & manis nyer buah tembikai yg Ita tayangkan...
Ni mama nak tanya sedikit lah... di Jepun waktu berpuasa tuh lebih lama ke Ita... n kat man pulak Ita dpt nangka yg dibuat gulai!!
Kemungkinan anak mama si nazli akan ke Jepun dlm 2 minggu lagi kalau tak tukar plan dier org...
kalau buke pose ni..mesti rase enak je kat tekak kan kak...
nampak menarik sangat jeli tembikai ni..
teringat maklong masa pergi hokkaido dulu.. maklong tak berani beli tembikai ni.. mahal sangat, sebab maklong bandingkan dengan harga kat malaysia.. hehe..
Sib baik tadi baru je makan tembikai.
Pendek kata...semuanya nasib baiklah.. hehehe...
jelly tembikai tu nampak sedap ler ita... cantik n menarik.... tergodaaa tgk tau... tgk buah tembikai tu pun cam terasa jer kat tekak nie kemanisan buah tu.. sedaaapnya
daging gulai nangka kat bawahpun nampak sedap...senang dpt nangka kat sana. kat sini belum jumpa lagi...
habisla resepi kak ita pasni berasaskan tembikai jela...kene pulak nasik tembikai ke, talam tembikai ke, koktel tembikai ke...hihih...
nani pon suke makan tembikai kalau berbuka. tadi pon banyak makan tembikai. pastu baru makan nasik. sedapnya makan time haus mcm berbuka pose ni...
Tu dia.....borong sampai 6 biji, k'ida pun kalau murah cam ni mesti borong abiss gak
haaa...tak tahan la tgk jelly tembikai tu, sedapnyer
Wah bestnya kalau dpt beli tembikai dan confirm manis lak tu... Suka tgk picture yg Ita snap ni.. Cantik.. Nanti bila2 nk buat jugalah..
cantik nya kalor tembikai ni dgn kulit yg nipis je tu..tgk pun dh tau sedap jely ni..nnt leh try plk
hubby e-na pn mmg pntg tgk tmbikai mesti nak beli...e-na bgtau yg ita beli 6 biji..terkejut dia...
sedapnya jelly tmbikai..buah banyak kan sempat wat jelly lagi...
daun ketumbar pula rupa dia mcm dau sup tapi biasanya saiz lebih pendek dan bau kuat sikit...biasa buh dlm tomyam tu...kat kedai siam nagoya sini selalunya ada jual...lengkuas, daun limau purut,serai,ciliapi,kacang botol, daun2 ulam yang fresh pun ada...mai la jalan2 nagoya...;)
waduhhh.. cantik banget jeli tembikai ni... terpegun akak menengoknya.... geram betul tgk tembikai tu.. nipis betul kulit dia ya.. jepun ni memang negara yg sangat maju hinggakan dpt cipta tembikai yg berkulit nipis gitu.. tp.. harus hati2 jugak kan ita sbb biasanya tembikai berkulit nipis ni amat rapuh.. cepat retak.. teringat dulu2 masa arwah ayah akak masih ada.. time bulan puasa ni jenuh kami mengangkut tembikai.. mak akak tukang petik.. yg lain2 tukang angkut guna kereta sorong.. sangat2 tercabar bila ada buah tembikai yg pecah akibat terjatuh or terlepas dari tangan... sbb masa tu kita puasa kan.. nampak pulak tembikai yg merah menyala time tengah2ari tu... hahaha.. sabor jelah...
from : aqibah, sementech,bukit piatu melaka 2005-2006
MasyaAllah terliurnye tengok tembikai tu..super merah gitu...fuh sabar2.berbuka lambat lagi ni...hehehe.....
kak amie memang kak rasa puas hati kalau dapat tembikai manis..:)
kak antan.. hihihihi ye kak nasib malam ye
ye sue sejuk je kat tekak
kak ita kat msia tula kadang susah nak cari yang nipis dan manis
kak suri.. tula kak sebab warna nya tu kot tu yang ramai terliur tu
mama.. nasib baik dahmakan ye mama..
mamasya.. alhamdulillah sedap.. ita suka..
as.. tula selalu mahal hari plak murah cerah biji mata laju je fariz beli sampai 6
kak ida.. hihihihi takpe la akak pun ada tempat murahkan leh makan tembikai banyak2
kak ummi.. sedap2.. akak free2 buat la kak seda je masuk tekak
kak zai buat jangan tak buat terasa tembikainya
neni.. tula sedap tembikai jepun ni.. cuba la resepi ni
qibah.. terima kasih ye...
saba buat jangan tak buat tentu cik abang suka
colorado springs wedding venues | accident lawyer louisiana truck | coverdell esa rules