31 March 2009

Cream Puff



Weekend baru-baru ni waktu lalu di kedai bakery kat yokohama eki ternampak la pastry yang sedap-sedap. Terliur sangat tengok.. heheheh.. so balik je terus je search resepi cream puff atau pastry yang lain. Jadi hari ni ita try cream puff dulu.. jadi untuk menampakkan sedap letak la coklat dengan pecan. Untuk resepi ini telah ita ubah sikit mengikut kesesuaian ita. ita paipkan krim kastad ke dalam puff kalau tak nak paipkan boleh dibelah tengahnya mengikut kesukaan.

Bahan-bahan ( 15 biji )
200ml air
65g butter
100g tepung gandum- diayak
3 biji telur

1.Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
2.Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. tepung ayak terlebih dahulu.
Panaskan semula adunan dengan api sederhana . Kemudian padamkan api.
3.Pecahkan telur didlm mangkuk lain dan pukul sedikit. Masukkan telur, kacau cepat-cepat . Ia akan menjadi warna kuning.kacau sampai tidak berketul.
4.Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Alaskan dulang menggunakan baking paper.
6.Basahkan tangan dan tekan bahagian tanduk yang terhasil. Renjis permukaan cream puff dengan air.
7.Bakar dalam oven pada suhu 210c selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 20 minit.
8.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.

krim kastad

Bahan-bahan
300 ml susu segar
2 sudu besar tepung
75g gula
1 1/2 sudu besar corn starch
2 biji telur
1 1/2sudu besar mentega
sedikit esen vanila

cara
1. panaskan susu diatas dapur dengan api yang perlahan.
2. Dalam mangkuk lain campurkan semua bahan kecuali susu tadi.
3. pukul bahan tersebut. setelah susu panas tutupkan api dan masukkan 1/4 kedalam mangkuk bahan tadi. kacau.
4. setelah sebati campurkan semua didalam periuk susu tadi dengan pasangkan api perlahan sambil kacau.
5. ia akan pekat dalam 2 minit dan jangan berhenti mengacau.
6. simpan krim didalam peti sejuk untuk sejukkannya.

2 Comments:

  1. Fatin Helmi said...
    isk2.. sedapnyer.. nih yg terliur nih.. huhuhu.. fav mama/family fatin.. tp kalu fatin buat kat sini.. alamatnya.. mahu fatin je yg makan byk.. huhuhu..
    Juwita Jamaludin said...
    hehehe.. nanti dah habis pantang boleh buat faten.. kalau tak nak banyak buat separuh adunan je..ehehheh

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG