23 March 2009

Roti lagi..


Hari ni terasa nak makan pizza.. jadi buat la base pizza pakai resepi doh asas kak fida myresepi.com.. selalu ita buat roti or pizza pakai resepi lain tetiba nak try resepi ni plak... best sebenarnya resepi ni.. resepi ni lebih mudah dan tak payah tunggu lama untuk dia naik 2 kali ganda dan naik dengan gebunya.. so seronok sangat... tapi pizza tak sempat nak ambil gambar sebab keluar je oven terus makan sebab bau dah tak tahan sedap sangat tambahan petang hujan so lapar la perut..ini gambar roti plak buat macam biasa roti sosej dan roti daging bercheese.. heheheh ini ita yang reka sendiri inti ni.. hahahah...roti sosej kena buat sebab fathnin memang suka so bagi yang nak cuba leh cuba resepi doh asas roti ni.. inti leh fikir sendiri.. Insya Allah jadi...

Bahan-bahan ( tergantung size doh yg dibentuk )

600 g tepung roti ( 5 cawan rata)
120 g gula halus (1/2 cawan rata)
1 st rata garam
2 sb susu tepung (opt)
5 sk rata yis segera (contoh-Mauripan)
1 biji telur
250 ml air
60 g mentega - lembut (2 sb penuh)

Cara-cara
Satukan semua bahan2 di dlm mixer dan putar hingga doh tk melekat pd mangkuk mixer.
Perap selama 45 min atau berganda saiznya.
Canai doh bahagikan kepada beberapa bahagian dan bentukkan.
Isi inti manis seperti kelapa manis,kaya,kcg merah dll.
Boleh juga dibubuh perasa pd doh seperti koko dan isi inti potongan choc. atau kismis dll...dan susun doh dan jarakkan di atas dulang pembakar.
Perap lagi selama 45 min atau berganda saiznya.
Bakar di dlm oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 180C selama 10-15 min.
Siap untuk dihidangkan, utk sarapan atau minum petang.

0 Comments:

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG