25 March 2009

Butter bread pudding



Semalam saja buat dessert untuk abang... abang suka yang manis-manis jadi nampak roti rasa nak buat butter bread pudding la..tapi disebabkan telur ada sikit dan roti pun tak banyak jadi buat sikit je... dapat 2 bekas heart shape sahaja... resepi ni daripada kak yani myr yang resepinya best-best tu.. tapi ita ubah sedikit mengikut selera dan kesenangan ita untuk menyediakannya. Untuk menambahkan kesedapan butter bread ni ita tambah kismis dengan pecan... ini resepi penuh..

Bahan-bahan
*Karamel*
1/2 cawan gula
2 sudu besar air
2 sudu besar air suam

2 keping roti
sedikit butter
2 biji telur
300ml susu cair/susu segar
4 sudu besar gula halus
sedikit esen vanila
sedikit kismis(optional)
kekacang (optional)

Cara-cara

1.Sapukan roti dengan butter.
2.Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.

Sediakan karamel.
1.Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang.
2.Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam.
3.Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi.
4.Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati.
5.Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
6.Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis
7.Letakkan acuan ini ke dalam oven dan bakar selama 25 minit menggunakan suhu 180

1 Comment:

  1. enina said...
    bestnya.. boleh la try nanti.. thanks ita for the recipe..

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG