Salam semua. Selesai sudah puasa hari ini. Moga diberikan kekuatan untuk meneruskan puasa untuk hari-hari terakhir Ramadhan. Hari ini dijepun terasa beberapa kali gegaran. Terkadang cemas juga namun bila ianya berakhir dan semakin perlahan hati yang bergoncang reda semula. Alhamdulillah moga dijauhkan segala musibah.Amin..
Sejak ita buat Farmbrozen Kenari (FK) kelmarin terasa-rasa lagi kesedapannya. Jadi disebabkan masih ada blueberry yang berbaki baik ita gunakan sebelum ia kecut dan busuk. Resepi yang terfikir untuk dicuba iaitu 'Blueberry crumble pie'. Tempohari ada nampak dirumah Saba resepi ini.. lawa pie saba tempohari jadinya tertarik untuk mencuba. Tapi disebabkan sudah jatuh cinta dengan resepi 'crust' dari FK kelmarin menyebabkan ita menggunakan resepi crust dari FK.
Banyak juga resepi crust yang pernah dicuba resepi crust ini paling sesuai dengan tekak ita. Dan yang paling best ia mudah dipotong. Cukup ranggupnya dan sedap pula tu..:)Untuk "crumble"nya pula ita guna yang di Blog Saba tu tapi untuk butter tu ita adjust sikit untk mendapatkan crumble yang cantik...:)
Okla jom kita lihat resepi yang telah ita olah sana sini iaitu dari resepi Farmbrozen kenari (FK)dan juga blog Saba ( ShiawaseMrsBangpek) untuk menghasilkan pie yang enak ini. kebetulan ita bawa kerumah kawan untuk berbuka dan kawan-kawan pun mengemarinya. Alhamdulillah..:) InsyaAllah akan buat lagi dan lagi..:) Terima kasih Saba ye..;)
Blueberry Crumble Pie
Bahan-bahan ( untuk acuan 7 inci)
Lapisan Crust - base
150 gram tepung gandum
25 gram Gula kastor
90 gram mentega
cara-cara
sahur apa pagi ini...
kakak pun ada dengar berita tentang gegaran di Jepun, mudah-mudahan semuanya dalamkeadaan selamat...
cantik & sedap tu BCP...yummmy!
nampak sangat sedappp la..
Rajin nya ita buat pie ni di bulan puasa.. Balik M'sia nanti cari rumah sebelah rumah akak eh.. Boleh past kat akak sikit menu cam ni..heheheh..
Ayu nk brpa mkn sgt so x excited nk buat
Nnt buat Ayu je yg mkn rugi plak
Nnt terjah raya umah akak boley la buat ekkk ☆〜(ゝ。∂)
Alahai cantik nye pie dia... kalau crumble pie gini kite suka makan dengan vanilla cream or vanilla aiskrim.. yummy. hehe...
Psst, bestnye seafood buffet yg akak pergi tu. kite memang minat seafood ni. seronok kalau dpt peluang makan gitu :)
ada yang tanya soalan ita jawab ita buat guna acuan 22 inci untuk nipis macam ita tu buat 2/3 aduann je untuk base tu..:)