14 August 2011




Salam semua. Hujung-hujung begini tentu ramai yang mengambil peluang untuk bersantai bersama keluarga atau mungkin menyediakan persiapan untuk menyambut lebaran. Bagi ita disini sama seperti hari-hari sebelumnya sekadar menghabiskan hujung minggu dirumah jika keluar sekadar untuk membeli barang dapur yang kehabisan.


gambar diambil oleh orang jepun yang pernah tinggal di Malaysia 10 tahun, boleh sikit-sikit berbahasa melayu..:)


family ita


family Adnin


Family murni


Family kak mekti

sebahagian kanak-kanak

Minggu lepas Adnin ada mengajak ita dan kawan-kawan untuk berbuka puasa diluar. Kebetulan pada hari itu suami ita tidak ke universiti kerana ada urusan untuk diuruskan jadinya kami terima pelawaan itu tambahan kami tak pernah lagi makan di 'Fisherman's market buffet restaurant' ni.Kami pergi dengan family Adnin, murni dan kak mekti. Seronok rasanya dapat berbuka ramai-ramai macam ni.Tambahan restoran yang agak mahal macam ni tak boleh selalu-selalu pergi ..:P


pintu masuk


Pinggan satu



Mee tomyum sea food


ketam



pinggan 2 ..:)


selesai makan..:P lupa ambil gambar-gambar desert
seperti ice cream dan ice blended yang sedap

Sebenarnya restoren ni ada di Kobe waktu ita ke kobe dulu ada cadangan nak ke sini tapi tak sempat dan baru-baru ni restoren ni dibuka di Yokohama pula jadinya ramai juga kawan-kawan disini yang dah cuba makan direstoren ni. Terletak di Akarenga atau bangunan merah yang berhampiran dengan pelabuhan Yokohama menyediakan permandangan yang cantik untuk bersiar-siar setelah makan direstoran ini. Restoran ni menyediakan semua makanan yang berasaskan "seafood" jadinya banyak pilihan bagi kita yang muslim. Dihidangkan secara buffet.Harga pula dari 1700++ keatas untuk makan tengahari dan 2500++ untuk makan malam untuk seorang dan kanak-kanak 4 tahun ke atas 600 yen. Masa yang diberikan pula 1 jam 30 minit. Untuk parking kereta pula sejam pertama diberi percuma jika makan disini lebih 3000 yen dan 500 yen sejam untuk jam berikutnya.












sekadar perhiasan namun ia amat mengiurkan..:)

Kali pertama ita makan buffet di Jepun dan menu-menunya amat menarik. Tambahan bagi penggemar seafood ia amat berbaloi. Dalam masa 1 jam 30 minit diberi masa untuk makan menyebabkan ita tak sempat nak ambil gambar disekitar kawasan itu dan menu-menu yang disediakan dibuffet, hanya sempat ambil gambar makanan yang diambil je. Tengok la gambar pun tak berapa cantik sebab tak dan nak set kamera dalam keadaan restoran yang diterangi lampu ala-ala malap untuk memberikan suasana yang lebih romantik..:) sebelum balik sempat bergambar dipintu masuk restoran ini dengan menu-menu tiruan yang amat mengiurkan..:)Bagi sesiapa yang ke Yokohama boleh la menjamu selera direstoren ni.

27 Comments:

  1. kzai said...
    salam ita...wah bestnye bbuka diluar...byk pilihan tu...npk sedap2 semua...wah ada udang besaq....
    dZana said...
    seronoknya berbuka ramai2 diluar ..dpt mkn yg seafood yg fresh lagi...
    Asmara said...
    eh baru bukak kat yokohama ke? bestnya!!! tak payah ke kobe lg nak mkn buffet ni. masih teringat2 kesedapan buffet kat kobe tu tp sana xde limit masanya. boleh terjah ni kalau ke yokohama lg. ;D
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Wahhh Bestnyer Tgk menu terlioq giler ni
    Ni yg akak kata keluar berbuka puasa ek???
    Syok leh berbuka reramai gini ngeee
    sue-sama said...
    wahhh..kaki ketam tu besar sgt...geram...puas klu mkn tu :)
    ijayuji said...
    Salam kak ita! uuuwaaaaaaaa jelesnyerrr!!! nak jugak berbuka kat luar, best2nyer tgk seafoods tu sume! kita suke udang suke sotong suke sueee sekaliii!!! kat sini ada fish market mcm kat mesia n singapore tu tp tak pernah pergi pernah nmpk malaysian mkn kat situ, nantilah kalau rajin nak kuar bila2 leh kuar shopping berbuka kat situ jerr :D takde ninja ni payah sikit nak bwk 3 beg besar nii :D
    ieda said...
    bestnya dikk .. akak nie x merasa layie berbuka di luar .. selalu tuu dah plan tapi jadi ekekke ,
    hubby akak lebih suke di rumah sbb senang trawih huhuhu
    aida said...
    Wah seronoknya berbuka puasa ramai2, akak always pakai tau sbb PB ni leh bantutkan pertumbuhan kanser terutama breast kanser. Kalau malas nak pakai full kat rumah pakai la short bra je....
    sabar kagawa japan said...
    wahhhhhhh bestt gilerrr leh bukak pose t fisherman market....all u can eat laa kan....kite 3x makan kt kobe...3x fingsan...igt lg pestime makan...smpi muntah depan mosaic....musti akak tau kan...hahahaa...bestnyeeeeeeee................sonok...obon holiday niii dapo pon holiday kan...hehehe
    nuwairani ismail said...
    amboi kak ita....sakan dia menjamu selera...kalau harga sampai 2700 yen...hihih...tak larat nk convert sebab mmg dh tau mahal...tp yela, makan kt tmpt mcm tu memang la. sekali sekala apa salahnya...kat malaysia pon mcm ada fisherman's market ni. ke ape namanya? kawan nani pernah mkn 2 orang, total RM100. huhuh...
    Amie said...
    Hai Ita,
    ramai juga keluarga kecil di situ ye, sekurang-kurangnya terubatlah rindu tanahair bila dapat berkmpul ramai-ramai gitu,

    tengok gambar-gambar tu memang berbaloilah, nampak sedap, cantik & bervariasi...
    アヌムちゃん said...
    wah bestnya bukak pose kat luar ramai2..ramai fmly dkt sane ehh..maknn sedap2 tuu..huhu
    AiTotYati said...
    scanning........








    oh oh abang fariuz kelihatan 'sihat'




    berkat kak ita rajin masak
    hehehheh gurau ye kak.


    kak, menu kelihatan sedap


    lapo


    *cepatle buka
    Mamasya said...
    Seronok buka puasa ramai-ramai.... apatah lagi menu seafood yg nampak sedap...restorenpun nampak menarik.
    Hanis MY said...
    Sukanya outing ramai2 cmni...syok2 meriah sgt pernah nmpk rest no kat entri kak as tp dia mamam kat Kobe dkt la sikit kalau kt Yokohama weee
    Ida,Japan said...
    bestnyer ita...teringat kt fish market kt mesia....suka mkn fish & chips kt situ, kt fisherman's m ni ada tak fish & chip ita
    resipe-masak-makan said...
    salam tuan umah, ooii bestnya tengok juadahnya,ada seafood lagi, mesti sedap,ramai2 lagi.
    Lovely Kitchen said...
    sedap ye ita...E-na x g lg fisherman's market kt kobe...ramai yg kt best...should try b4 balik ni...

    pssst : ha ah e-na guna lens macro utk shoot bunga kacang pnjg ari tu..
    Nuridah said...
    Assalamualaikum Ita,

    seronok kan Ita sesekali mkn berbuak diluar....kak nur suka tapi belum ada masa kesempatan...hehe.
    ummi anum said...
    salam...
    wah!bestnya makanan2 tu...mesti sedap2 kan...
    Deliah's Deli said...
    seronoknya berbuka kat situ..tgk hiasannya sj dah terliur. :)
    cucu nenek di liverpool said...
    Best2!! Sesekali nak juga mkn sedap2 kat luar walaupun mahal kan ;)
    Juwita Jamaludin said...
    kak zai.. ye kak sekali sekala je kak kalau tak kering poket..:)

    ye kak dzana.. first time kat jepun ni

    As. terjah jangan tak terjah.. tula ada limit masa jadi makan tak toleh kiri kanan hahahaha
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. ye ayu ni la.. hihihihi

    sue tak besar sangat sue ada yang lebih besar hahaha..

    ika ada peluang nanti pergi la akak ni pun orang yang ajak
    Juwita Jamaludin said...
    kak ieda.. tula ita ni pun baru first time takpe kak kat msia banyak pilihan.. kat sini tak banyak pilihan boleh makan..:)

    aida.. thanks ye nanti akak cuba pakai hanya kadang malas sebab sekarang tgh panas..:)

    saba.. wow 3x saba.. banyak tu.. hahaha.. akak rasa best gak makan kat situ tapi nak makan selalu2 tak leh la mahu kering poket nanti
    Juwita Jamaludin said...
    nani.. mmang nani jangan convert nanti boleh pengsan tau.. hahahaha..:)

    kak amie... yekak ini sikit je ada rami lagi kak..:)

    Anum ada ramni anum kat sana tak ramai ke?
    Juwita Jamaludin said...
    yati.. hahaha.. tak la kamera trick je tu.. hihihihi mana ada berisi abang fariz..:)

    mama sya.. ye memang menarik harga pun sekali .. hahahaha.. tak pe sekali sekala kan

    hanis.. ye kalau datang yokohama leh terjah tau

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG