04 August 2011

Roti Inti Ayam Berkeju


Salam semua. Moga hari ini sihat-sihat semua. Bagi ibu-ibu tentu tengah ligat didapur menyediakan menu yang istimewa dan berkhasiat untuk keluarga tercinta. Alhamdulillah semoga segala perkara yang kita lakukan dengan niat yang baik akan mendapat pahala dari NYA.




Semalam ita buat Roti Inti Ayam Berkeju. Resepi mana dapat sebenarnya hasil tenungan lama pada roti itu.. :) Roti tu memang ada untuk stok anak-anak jika kelaparan pada bulan puasa ni tapi tetiba takut tak elok dibiarkan lama jadinya ita fikir apa nak buat pada roti ni. Nak buat sesuatu yang pedas dan sedap dimakan jadi ita cuba buat roti ini. Resepi amat mudah dan boleh dibuat jika pening-pening tak tahu nak masak apa untuk kuih berbuka.




Roti Inti Ayam Berkeju

Bahan-bahan

6 ketul roti
cheese
Daun parsley
1 biji telur
1 sudu susu cair

Inti

150 gram Ayam cincang ( mince Chicken)
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji mini tomato
1 sudu besar serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/3 cawan sayuran campuran
sedikit oregano
sedikit garam



Cara-cara

  1. Tumiskan bawang2, dengan sedikit minyak.
  2. masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk lada putih dan tumis lagi
  3. masukkan ayam jika agak kering masukkan sedikit air.
  4. setelah itu masukkan, tomato, sayuran campuran dan perasakan dengan garam.
  5. angkat

Untuk cara2 membuatnya

  1. Potong roti dibahagian atas. Kemudian cuba buat lubang ditengah2 roti tersebut.
  2. masukkan inti dan ambil telur yang telah dikocok bersama dengan 2 sudu susu tuangkan keatas inti yang telah dimasukkan tadi.
  3. letakkan kepingan cheese dan taburkan dengan daun parsley.
  4. adunan telur tadi di sapu juga dikeliling roti tersebut untuk nampak berkilat dan cantik
  5. bakar pada suhu 190 selama 15 minit .


sorry yek gambar cara2 tu agak terbalik sikit untuk step 2-4 tu tak leh nak rotate salah amik angle. tak sempat dah nak betulkan.


24 Comments:

  1. ijayuji said...
    Salam kak! jalan2 sblm masak hihihi kita tak tahu lah nk masak apa ari nii :D sedapnyer nmpk roti akak tuu! tambahkan sos cili atasnyer yummmyyyy!!! selamat berbuka ya kak!
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Malatop menu
    Senang jer nampak ek
    Tq sudi share recipe akak
    Blm posa mmg asyik gali recipe jer
    Cheq Sue said...
    ita...menu ni walaupun ringkas sesuai dibuat time dah abes ide... nanti leh cheq sue cuba jugak ni
    K.Nor said...
    salam ita.. wahh bagusnya idea ita ni.. mcm buat turkish pide pun ada gak kan, dgn letak telur, letak cheese gitu... boleh amik idea ita ni... tq or sharing :)

    slmt berbuka ita :)
    dZana said...
    sedapnya ita.. nak kene try jugak ni.. selamat berbuka yer..
    Amie said...
    Salam Ita,
    menu kreatif ni.... tinggi imaginasi Ita ye, terima kasih ye kongsi idea begini...
    nuwairani ismail said...
    menarik! kan dah dapat satu juadah berbuka yg best!
    Ida,Japan said...
    lebih kurang cam buat inti turkish pide ye ita....cuma guna roti segera
    sedap ni nmpk.....
    Cendana Kasih said...
    waaa..sedapnyer ita, kalo buat time sahur tentu cerah bijik mata ...hehehe...
    Anna Qawina said...
    aslmkm..selamat berpuasa org disana..
    rajinnya buat laksam tuh..
    tgk keju tu yang rasa lapar tetiba..hehe
    izahdaut said...
    assalamualaikum ita.. ala comelnya roti tu kena tebuk ek.. hehe.. kalau dapat makan sahur gini sedap ni...
    Diana @ Melley Mey said...
    Assalamualaikum ita...
    wow cantiiknya roti inti ayam berkeju tu ita... menarik sungguh.... nmpk sgt sedap tu ita
    Mama Hawa/Mama Nani said...
    Salam ramadan Ita :)
    Good idea lah buat roti begini..pasti anak suka2 :P Thanks for sharing dear :D
    cucu nenek di liverpool said...
    Selamat berpuasa cekgu, cekgu nape saya selalu xpandai urus waktu ni cekgu. Rotan saya cekguu.. Hikhik.. Btw yg ita tya caner nak wat lepingan coklat tu kp cairn coklat masak Atas permukaan rata yg dialas kertas nnt content pulak ngan White choc yg dicairkan jugak. Dah kering nnt potong2 kan. Senang kan :)
    cik cek said...
    Salam Ramadhan...
    Nampak sedap lak roti buat cam ginikan...:)
    sue-sama said...
    alahai sedapnyeee..terliurrrr
    Juwita Jamaludin said...
    ika.. ye betul tambah sos atas dia yummy..:) suka sebab pedas2

    Ayu .. takpe gali jangan tak gali akak pun macm tu gak..:)
    Juwita Jamaludin said...
    sue.. tul tu.. ita makan ni pun rasa kenyang dah

    leh kak nor amik la.. sedap . ye tak ye macam turkish pide pun ada yek..:)
    Juwita Jamaludin said...
    dzana.. cuba kak bagi ita sedap

    kak amie.. tak la kak.. tah tetiba dapat ide plak
    Juwita Jamaludin said...
    nani.. tula kalau tak tergolek2 roti tu

    ye kak ida.. baru perasan bila kak nor tegur kalau tak tak perasan..:)
    Juwita Jamaludin said...
    ye kak noorma.. betul tu kalau makan panas2.. letak soso lebih

    ana.. terima kasih cuba la anna
    Juwita Jamaludin said...
    izah.. tula kena tebuk.. hiihi sian dia ye..

    kak diana.. alhamdulillah bagi ita sedap.. kena buat intinya sedap la
    Juwita Jamaludin said...
    mama hawa.. tula ita tetiba dapat idea.. cuba la mama

    kak pi.. ita pun sama mana pandainya.. hihihihi.. thanks kak share
    Juwita Jamaludin said...
    cik cek.. cuba la

    sue.. sedap bagi akak sue

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG