04 August 2011

Laksam



Salam semua. Hari ini masuk hari ke-4 kita berpuasa. Sekejap je rasannya nak hampir seminggu dah. Tetiba nanti dah sebulan dan nak beraya...:) Semalam ita tak makan nasi. Saja ubah selera makan laksam yang ita buat pertama kalinya. Sebelum ni tahu makan orang masak je. Pertama kali ita makan laksam Adnin jiran Ita yang buat. Tapi kami sekarang dah tak berjiran dah sejak pindah ni walaupun masih duduk dalam kawasan danchi yang sama.. rumah agak berjauhan sikit.


Makanan-makanan kelantan pun semua ita biasa makan disini Adnin yang masak. Tapi ada yang dah boleh cuba buat sendiri bila suami request nak makan. Dulu suami ita waktu sekolah menengahnya sekolah di Kelantan tu yang dia boleh masuk makanan kelantan ni..:)

Alhamdulillah resepi dari kak yani ni memang mudah. Ita yang pertama kali masak dan berpuasa pun boleh jadi. Bagi tekak ita sedap. Ada juga bagi Adnin sebenarnya sebab teringat anaknya suka makan laksam. Adnin pun kata menjadi laksam tu..:)Jadi bagi yang nak cuba buat laksam bagi ita ini resepi yang patut dicuba.Terima kasih kak yani ita kongsikan disini pula ye.




Laksam


Bahan-bahan ( 2-3 orang )

* 3cwn tpg beras
* 1/2 cwn tpg gandum
* 4cwn air suam

bahan kuah:
* Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
* Sdkt halia
* Sdkt bwg putih
* Sdkt bwg merah/besar
* Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
* Santan
* Asam keping
* Sdkt garam
* Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam
* timun,kacang panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

sambal cili:
* cili merah
* belacan
* garam
* limau

Cara-cara

1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah, dan lada hitam(ita ambil segenggam kaun kesum dan kisar sekali). Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

31 Comments:

  1. Lovely Kitchen said...
    laksam fav kami forever...hihii...gemuk je kacang panjang kt sana ye ita..kat nagoya ni kurus2 jer, klu kt mesia rasanya org x beli dah kot...tp sbb teringin nk mkn kami beli juga kdg2...
    Naz said...
    Assallamualaikum Ita..
    Amboi Itaaaa... Rajinnya buat mee laksam tu sendiri. Hubby ita org kelantan ke? Kak Naz duduk di K'tan tau.. Hubby akak org sini..
    Kalau di sini, laksam tu akak masak kuahnya aja sbb mee laksam tu bnyk dijual di atas pasar..hehehe.. beli jer.. Cayalah Ita.. Nanti balik sini, contact akak eh..Boleh kita lebih kenal lagi...
    ijayuji said...
    Salam kak ita!! sedapnyer laksammmmmm! lamaaaaaa sgt tak makan laksam! resepi kak yani ni simple n the best! senang nak buatnyer! kita ni tgh bersahur sambil makan sambil jengah2 kat sini hihihi....
    AZLITA AZIZ said...
    Senangkan juwita buat dia... akak pun dah cuba resepi ni mmg sedap dan mudah aje... dulu klu suami akak nak makan selalu beli aje... sekarang tak yah buat lagi mudah dan sedap pulak tu...
    Along Maklong said...
    ita..
    rajinnya.. ada pulak daun kesum kat jepun.. selalunya bila teringin maklong beli je.. :)
    Fiza Nordin said...
    tak pernah akak makan laksam... teringin jugak nak merasa.nampak ita punye ni, teruja sungguh rasanya!
    Gee® said...
    Hamboiiii... rajinnya buat laksam... k.gee pandai makan jer buat tak pernah... tp rasanya boleh buat lepas ni, nmpk senang kan... thanks iTa bg idea...
    atie @ ejay said...
    atie suka laksam..tp tak penah buat sendiri, takut tak jadi hehe
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Teringat laksam mak Cik kt kuala kedah tu sedap ...jrng mkn sbb bkn fav sgt tapi biler Tgk akak buat mmg Teringin...nyapa ek?
    Mamasya said...
    Sedapnya laksam Ita.Laksam ni favorit kami sekeluarga...anak2 cukup suka. baru buat 2 hari sebelum Ramadan hari tu tp belum sempat update lagi. akakpun selalu guna resepi Yani ni sbb menjadi.tengok daun kesum menghijau tu geramnya..Ita tanam ya.akak bawa jugak ingat nak tanam tp dak sempat tanam dah layu.Puding berkuah kat bawahpun sedap....puasa2 gini mkn puding berkuah mmg kena dgn selera.
    kzai said...
    ita..wehh..pepagi dh tayang laksam..kalau makan kena kecek kelante..sedapp nye..dh lama x mkn..sll beli je...sbb akak sorang je yg layan...heheeh
    Amie said...
    Salam Ita,
    Kak Amie memang suka makan laksam, tapi tak pernah buat sendiri... selalunya kawan kelantan bagi atau makan di rumah terbuka, sedapkan!
    Ida,Japan said...
    slm ita, slm ramadhan juga....emmm..sedapnyer laksam..feberet, kt sini k'ida baru jer sekali buat, maklum la kalau ada stok t.beras dr mesia baru la buat,pas tu jimat2..kalau dh guna utk msk menda lain tak leh la buat laksam...kesian kn
    Mamasya said...
    re; Ita lupa nak komen ttg rumah di Mesir...rumah di sini kalau tengok luar biasa2 saja sbb bangunan bercat kelabu....susah nak tengok bangunan warna cantik mcm di Msia sbb sini berdebu .tp bila masuk dlm rumah..cantik. mmg diorg suka hiasan dlm rumah.
    Ummi said...
    Salam Ita, rajinnnya wat laksam...akak penah buat sekali jek semenjak kahwin...wakakka..keji tak...org dlm rumah x makan sgt, akak sorang jek...tu la pasaii..akak beli jek la..hehe..
    Asmara said...
    dah lama teringin nak buat laksam, tp camne nak buat atas tudung periuk tu ek. xde tudung periuk leper la. ita guna apa ek?
    Syaima' said...
    teringinn tapi tak paham la mcm mana eh tudung periuk tu letak dlm pengukus ke?kalau akak rajin ambik la gamba process nak buatt.hehe
    indahhouse said...
    Salam kak juwita,
    Wah... cedap-cedap semua. Laksam ni menggamit nostalgia sungguh. sob.. sob... daku rindu kampung. itu yg tak trtelan tu. nanti nak buat juga, sekali pun takpe.. :D
    Hanis MY said...
    fav hanis ni! sedapnyaaa yang kak ita buat tu tapi hanis tak retila nak buat, kompem tak jadi huhu...
    Deliah's Deli said...
    sedap..suka tp pandai beli je. :)
    アヌム ちゃん said...
    wah laksam pulak..tapi saya tak reti makan laksam..tak pernah makan kot before ni..hee..btw selamat bbuka k.ita :)
    Juwita Jamaludin said...
    kak ena.. oh yeke. kat sini alhamdulillah ok je kacang nya...

    kak naz tak la kami suami isteri orang perak tapi makan semuanya makan.. hahahahha tapi dulu hubby sekolah menengah kat kelantan
    Juwita Jamaludin said...
    ika.. tula sedap laksam ni.. tul2 suka resepi kak yani ni...:)

    kak ita.. ye kak tahu aka ada buat.. menarik je laksam akak buat ita regoda nak buat kak..:)
    Juwita Jamaludin said...
    mak long daun kesum tu kawan yang tanam so ambil je kat umah dia.. segar je.. daun kesum dari thailand...

    kak fiza buat kak memang sedap resepi ni pasti jadi kak
    Juwita Jamaludin said...
    kak gee.. buat kak sedap tau.. bagi ita berbaaloi

    atie.. cuba la sedap tau atie jadi punya kalau ikut semua resepi tu
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. bagi akak sedap laksam ni tambah ada sambal tu..

    mamasya.. aka pun dah cubakan.. sedapkan.. ita suka
    Juwita Jamaludin said...
    kak zai.. tula tak pandai kak kecek kelate.. kalau kat sini ramai orang kelantan

    kak amie.. kat sini makan orang punya je la kalau tak nak masak mana nak beli.. hihihi jadinya belajar la masak
    Juwita Jamaludin said...
    kak ida.. tapi kat baticrom adakan kak tepung beras..:)

    mama sya.. tula nampak mewah la kak.. kat jepun rumah comel2 je
    Juwita Jamaludin said...
    kak ummi ita ni pun pertama kali buat kak.. kat sin mana nak belinya kak.. hihihihi

    as.. sedap resepi ni as.. ita dah jawab caranya kat blog as
    Juwita Jamaludin said...
    syaima.. akak dah balas di blog syaima ye.. tak amik gambar la dik tak sempat

    indah.. tula kena buat gak kot.. jangan sedih teringat
    Juwita Jamaludin said...
    hanis... cuba la buat .. kak ni pun baru ubelajar hanis..:)

    Del.. ita sebelu ni lagi la tahu makan orang punya je.. hihiihi

    selamat berbuka anum

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG