03 August 2011

Puding Roti Buah Peach Berkuah Kastad



Salam semua. Selamat berpuasa. Hari ini ihari ke tiga kita berpuasa. Dalam bulan puasa ni ita dah mula ajar Fathnin puasa. Ye la bulan 9 ni genap Fathnin 6 tahun jadi ajar la sikit-sikit supaya di faham apa itu puasa. Tapi disebabkan imsak dijepun awal ita tak samapai hati nak kejut sahur sebab pukul 2.30 pagi ita dan suami bangun rasa terlalu awal pula untuk dia. Jadinya sahur Fathnin bermula pagi seawal dia bangun bagi makan dulu lepas tu baru ajar puasa.


Hari pertama dan kedua sampai pukul 2 ptg hari ni samapi pukul 3 petang. memang kena banyak sabar banyak betul karenah-karenah bila dia berpuasa. Tambahan bila nampak adiknya minum lagi tergugat la iman dia. waktu ni dia nak minta la minum tapi cakap sabar sikit je lagi.. hihihi.. apa2 pun biar dia belajar sikit-sikit lama-lama InsyaAllah biasa la tu harapnya..:)


Okla ini adalah puding kelmarin sebenarnya. Tak sempat-sempat nak masukkan. Ni lepas masak sementara tunggu berbuka curi masa masukkan entry sekejap. Lagi pun memang selalunya ita berbuka seorang dulu jadi tak perlu nak hidang2 atas meja sebab suami ita balik lambat dan berbuka selepas tu.



Puding roti buah peach berkuah kastad

Bahan-bahan

  • 2 keping roti
  • 1/2 cawan susu segar
  • 300 ml air
  • 4 gram serbuk agar2
  • 5 sudu gula - mengikut kemanisan masing-masing
  • 1 sudu besar butter/marjerin
  • sebiji buah peach dalam tin
  • 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara

  1. Didihkan air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,susu segar, teoung jagung dan buah peah tadi. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Tuang ke dalam loyang . sehingga sejuk dan boleh la dipotong dan dimakan dengan kuah kastad dan hirisan buah peach.
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1 s/b tepungkastad
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau jangan pekat cair-cair je.
  2. Simpan dalam peti sejuk dan sewaktu hendak makan tuang ke atas puding roti tadi.


18 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Aduhai ramai yg tayang pudding roti ni...cair mata tgk Sedapnyer akakkkkk
    ijayuji said...
    Salam kak ita!! kita org paling suke kalau nmpk puding berkuah kuah gini hihihi..sedappp sbb kuahnyer sejukkk aduhhhhhh... terasa rasa lalu kat tekak nii bibir kita dah pecah2 dahhh nii :D
    dZana said...
    huuu.. sedap ni ita.. lum sempat nk memuding.. time puasa mmg best dpt mkn camni..
    Rtp Farra Arisha said...
    slrrrrppp, arisha suka sgt puding berkuah kastad. :)) very nyummyyy!
    Yatie said...
    Assalamualaikum Ita,
    akak mmng peminat setia puding..sejak puasa ni lum terbuat2 lagi puding..kalau wat apa aje jenis puding, maunya akak tak makn nasi..syok dek ulang2 makan puding berkuah je..hehehehe...
    nuwairani ismail said...
    nani suke betol puding2 ni. bg la puding apa pon, memang boleh masuk tekak punya la. kalau gi makan kat hotel untuk berkursus ke apa, mesti amik puding byk2. heheh
    AZLITA AZIZ said...
    nasib baik akak singah dah lepas buka kalau tak aiii... meleleh2 air liur...
    nOOrsha said...
    ita..sedpnyer..kalo ade kastard2 ni mmg best, laju je menyudu.. :)
    Gee® said...
    aduhhh sedapnyaaaa Ita... wpon perut dh termengah2 minum air banyak tp tgk puding masih terlior... menggoda betul!!
    Baju Kurung Budak said...
    Salam.
    Suka tengok gambar tu.
    Ni ada buat buku resepi tak? Macam tengok gambar profersional, cantik.
    Saya curi resepinya ya.....

    daruipada:
    Zezebel
    Watierman, rmanbkr said...
    Assalam Ita....wah meriahnya siap berkuah kastad lagi tu...huhu...sodap di tekak dah terasa-rasa ni!!
    Juwita Jamaludin said...
    salam ayu.. tula akak sebanrnya ada roti lebih tu yang memuding je tu

    ika akak pun suka gak... sedapkan tambah sejuk2
    Juwita Jamaludin said...
    kak dzana tul kak kalau puasa makan gini sedap..

    fara .. thanks jenguk blog saya.. nanti saya datang yek...:)
    Juwita Jamaludin said...
    kak yati sama la dengan ika dan suami suka sangat..:)

    nani akak pun sama macam nani rasa puas dapat makan banyak2 puding
    Juwita Jamaludin said...
    kak ita.. hihih nak puding aka gak ada ketupat2..:)

    sha betul laju je menyudu yek
    Juwita Jamaludin said...
    kak gee.. hihihihi saba je akak ni lawak la.. hihii ita pun banyak minum air je kak.. makan tak lalu sangat

    baju kurung .. tak de buku resepi ini resepi cuba2 je
    Juwita Jamaludin said...
    kak watie.. hihihihi thanks kak.. rindu dengan akak
    mizz-siti said...
    kena belajar ilmu fotografi ngan ita la nampak gayanya ni..

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG