26 August 2011

Biskut Tembikai



Salam semua. Hari ini di Malaysia tentu dah ramai yang akan memulakan perjalanan balik kampung. Seronoknya bila terkenangkan pengalaman itu. Memulakan perjalanan awal supaya tidak bersesak di jalan raya adalah perkara yang perlu dilakukan. Terasa sayu pula. lagi tambah sayu semalam sempat hantar kawan ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia berhari raya. Seronoknya bila tengok kawan-kawan nak balik Malaysia, tergambar keseronokan dan keluarga didepan mata tapi mengenangkan banyak lagi perkara dan perjuangan yang belum selesai disini hati yang sayu tabah semula...:)

Biskut tembikai ini ita buat awal minggu ini. Biskut ini pun tinggal sikit je. Fathnin suka sangat dengan biskut ini. Ita buat biskut ni pun sebenarnya untuk makan-makan sendiri je. Disini amalan kunjung mengunjung tu tidak la seperti di Malaysia. Jadinya jika ada biskut pun sekadar ingin memberi sedikit sahabat handai untuk merasa jika berjumpa dan selebihnya untuk makan sekeluarga. Ita buat biskut ini 1/2 adunan je dikhuatiri tak habis pula nanti tapi tanggapan ita meleset Fathnin gemar dengan rasa dan bentuknya. Fathnin pun amat teruja dengan kejadian biskut ini yang comel katanya.


Ita buat biskut ini sebab tertarik dengan biskut kak Azlita dan Ika yang telah mencuba resepi ini. Berseni dan cantik kejadian biskut-biskut ika dan kak Azlita. jadinya ita cuba buat. Seperti kak Azlita kata banyak juga 'kesabaran' yang perlu ditempuhi nak buat biskut ini. .. kalau tak sabar banyak jadilah seperti biskut ita ni kurang cantik je kejadiaannya. tak pe la.. yang nak makan ita sekeluarga baru pertama kali buat mungkin banyak kelemahan yang boleh diperbaiki lagi kemudian hari.

Waktu nak ambil gambar Biskut Tembikai ni, saja pinjam peralatan permainan memasak Fathnin, dia pun nak bergambar sekali katanya... seronok je tengok di bergaya depan kamera..:) Sambil ita ambil gambar tu tak henti-henti mulutnya mengunyah biskut ini. Akhir-akhir ini ita tak benarkan dia berpuasa sebab tempohari bibirnya kering disebabkan berpuasa dalam keadaan panas menyebabkan mulutnya pecah dan melecet .. ramai kawan-kawan yang tegur kesian fathnin .. jadi ita biarkan dia tidak berpuasa dahulu sehingga mulutnya sihat dan pastikan dia minum air yang banyak.



Okla resepi ini ita ambil dari dapur kak Azlita. nak tengok versi tembikai kuning boleh tengok di dapur Ika. Resepi asal dari Kak wan ( citarasawan) yang penuh dengan biskut-biskut menarik.. Terima kasih kepada semuanya dan ita panjang-panjangkan resepi ini disini ye.



Biskut Tembikai

150 gm gula kastor
150 gm mentega
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu pekat
320 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder (lain kali kena kurangkan)
1/8 sudu teh garam
sedikit pewarna merah dan hijau
paper cups
bijan hitam




Cara-cara

  1. Pukul gula dan mentega hingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur dan susu pekat. Putar lagi hingga rata.
  3. Bubuh tepung gandum yang sudah diayak dengan serbuk penaik dan garam.
  4. Uli perlahan menjadi doh. Bahagikan kepada 3 bahagian, merah, hijau dan plain.
  5. Buatkan bebola kecil dengan doh merah. Canai doh plain nipis2 je..pastu salutkan dengan bebola merah tadi.
  6. Canai doh hijau nipis2 gak, kemudian salutkan dengan doh tadi. Buat seperti buah tembikai.
  7. Simpan sebentar di dalam peti sejuk (supaya mudah memotongnya).
  8. Belah 4 bebola tadi, pastu letak lah bijan hitam sikit dan aturlah dalam paper cups dan barulah diletak di dalam tin pembakar.
  9. Bakarlah pada suhu 160 drj celcius selama 20-25 minit atau hingga masak.

28 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    Ni biskut org RAJIN
    Mmg confirm2 Ayu x serajin akak nk buat
    Bg Ayu comey sgt dh tu
    Smpn sket nk rs mana taw nnt Boley terjah umah akak
    Selamat hary raya akak(~_~;)
    Amie said...
    dua2 comel....Fathin comel, biskut pun comel!

    selamat hari raya Ita, jangan
    sedih2 ye... agaknya masak juadah apa raya nanti...
    Mas said...
    rajinnya ita buat biskut tembikai tu..
    cantik la..

    selamat hari raya aidilfitri dari mas buat ita sekeluarga....
    maaf zahir batin
    sue-sama said...
    ala comel anak akak tolong ..hehehe..mcm tu la anak emak :)
    Deliah's Deli said...
    tahniah,props menarik,model comel, biskut cun!
    AZLITA AZIZ said...
    Selamat Hari Raya Juwita... maaf zahir dan batin...

    biskut ni mmg sedap! tapi nak buat dia mmg perlukan kesabaran yg tinggi. Akak hari tu buat kecil2 tu lah yg mmg sakit pinggang.. sebab dok lama mengentel doh.. yg paling tak suka bila part nak boh bijan tu.. aduyaiii... macam serik.. tapi mmg seronok satu pengalaman baru...
    indahhouse said...
    Salam kak Juwita,
    kretip... macam tembikai betul :D
    Saya bayangkan biskut sekecil tu yg dibelah2 lagi.. er.. mampukah saya?
    Dah confius nak buat biskut mana. banyak list, tak cukup hari dah. hehehe...
    sabar kagawa japan said...
    salam kak ita....wahh rajin sungguh akak kite nih....kite surrender laa nk buat..sbb pengalaman mase zaman anak dara buat biskut ni sampai demam....lani jeling2 jelaa xmo buat...sedapp kan...

    p/s: kak ita mcne nk buat gambar yg kelabukan kt balakang tuh...sy buat byk kali x jdik...xreti2 nk setting mcne..
    Juwita Jamaludin said...
    Ayu mana ada rajin la .. hihih nak datang ye ayu bagi tau dulu tau jangan terjah je nanti makan biskut kering je biskt ni pun nak abis dah.. hihihihi

    kak amie.. terima kasih kak. selamat hari raya kak
    Juwita Jamaludin said...
    Mas.. selamat hari raya mas.. tak secantik kawan lain buat mas.. tak pe makan2 untuk keluarga

    sue.. selamat hari raya ye.. dia memang rajin menolong. hihihih nak masuk dlm gambar
    Juwita Jamaludin said...
    del.. thanks atas pujian itu.. biasa2 je del.. saya suka ambil gambar sekeliling

    kak ita.. selmat hari raya kak.. tula bersabar banyak dnegan biskut ni hihihihi
    Juwita Jamaludin said...
    indah terima kasih.. tak lawa sangat tu.. ada yang buat lagi lawa..:) bua jnagn tak buat indah.. hihihihi jangan confuse2
    selamat hari raya ye

    saba.. ok akak ada bagi tips kat blog saba tu... akak pun masih belajar2 lagi saba.. jangan putus asa yekk
    Hanis MY said...
    Wah mcm penguin je nk buat hebatny kak ita ni I likeee baiknya ank akak tlg buat sm mesti dia salu tlg akak...
    εïз mummyHaza εïз said...
    wahhh cantik biscut raya, nak cuba tapi takut xmenjadi :D

    selamat hari raya k.ita...
    Ida,Japan said...
    Selamat hari raya buat ita sekeluarga....wahhh rajinnyer ita buat kukis ni....leceh2 ni k'ida malas la ita..
    Nur-nba said...
    Salam.. Wah rajin betul Kak Juwita ni.. Untung dapat anak dara yang rajin membantu.. Selamat Hari Raya kak.. Semoga bergembira di hari lebaran.
    Mamasya said...
    Slmt Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Ita sekeluarga. Maaf zahir batin. mmg terbayang keseronokkan beraya dgn keluarga tp apakan daya kita jauh diperantauankan..
    comeiinya bsikut tembikai...asst chefpun comeei juga.
    MamaFaMi said...
    Cookies comel, model laaagi comel!

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Ita dan keluarga. Mohon maaf andai ada khilaf dan salah ye.
    hamzah ian said...
    wahhh.. comel biskut
    Gee® said...
    Slmt Hr Raya buat Ita sekeluarga...
    nak biskut tembikai...
    dZana said...
    comel nsweet si fathin tu.. selamat hari raya maaf zahir dan batin ita..
    アヌム ちゃん said...
    comelnyeeeee.mesti sedapp tu :) selamat hari raya k.ita :)
    Juwita Jamaludin said...
    hanis.. suka sebab nampak comel biskut ni hanis.. hihihih kadang suka juga tolong 'mengacau' hihhihi

    mummyhaza.. cuba la.. buat setengah adunan ok je sedap biskut ni
    Juwita Jamaludin said...
    kak ida.. selamat hari raya kak.. tak la kak suka tgk kukis ni comel kak

    nur terima kasih ye singgah blog akak.. selamat hari raya
    Juwita Jamaludin said...
    mamasya.. selamat hari raya juga kak... kukis ni ita suka tgk comel

    mamafami.. sama ita juga mama selamat hari raya
    Juwita Jamaludin said...
    hamzah.. terima kasih cuba la buat

    kak gee.. terima kasih kak.. selamat har raya
    Juwita Jamaludin said...
    kak dzana. terima kasih kak.. selamat hari raya kak

    anum.. coeml kukis ni.. selamat hari raya anum
    Anonymous said...
    huhh mmg menguji kesabaran betul wat biskut ni.saya dh wat td..huhuuu

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG