09 August 2011

Murtabak Sardin Cream Crackers





Salam semua. Moga sentiasa ceria dan gembira walaupun seharian penat berpuasa. Pertamanya maaf ita tak berkesempatan lagi nak jawab beberapa soalan dan komen di entry sebelum ni. .. InsyaAllah malam ini akan cuba jawab.

Semalam ada adik-adik YNU makan dirumah kebetulan sebenarnya suami ita ajak adik-adik tu berbuka sekali. jadinya agak kepenatan plak bila malamnya tak sempat nak balas komen-komen tu hanya sempat nak jalan-jalan rumah kawan je semalam. Lagi pun sekarang ni suhu diyokohama semakin panas kembali ia memberikan cabaran buat kami yang berpuasa disini.

>

Ok la semalam nampak menarik sangat murtabak sardin crean cracker dirumah noorsha ni. Sebelum ni pernah nampak dirumah kak ummi yang versi daging jadinya hari ini ita ikut resepi noorsha. Amat sedap dan cantik je kejadiannya dan bagi yang mencari-cari apa juadah untuk berbuka juadah ini amat la di syorkan.

Terima kasih sha, ita kongsi disini pula ye.. sedap sangat akan buat lagi dan lagi InsyaAllah..:)



RESEPI MURTABAK SARDIN CREAM CRACKERS
Resepi Asal : http://noorsha.blogspot.com


Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
garam &; gula secukup rasa
2 biji telur


Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)


Cara² Untuk Inti
1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.


Cara² Untuk Melapis Murtabak
1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
5. lapis sampai inti yang terakhir.
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)

27 Comments:

  1. Asmara said...
    wah menarik la ni ita! kat rumah ni ada setin biskut crackers yg 1 msia bagi hritu, tak terusik lg. boleh la buat mcm ni. dr xde org mkn buat mcm ni mesti laku. :)
    Love2cook Malaysia said...
    Alamak besnya tengok murtabak cream crackers Ita! :)

    Cantik dear your food presentation, including your earlier posts too! Selamat Berpuasa ya ;)
    ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    kretifnyer k.ita..
    bertuah dpt mama serajin akak ni
    ijayuji said...
    Salam kak! kita pun berbuka dgn murtabak jugak tp lain lah murtabak daging hihihi... alhamdulillah sini pun baru jer lepas buka selamat bangun sahur pulak ya :D
    Ida,Japan said...
    len kali kalau biskut yg tk abiss nk mkn, boleh la buat cam gini...emmm...nmpk sedap ni ita
    Cendana Kasih said...
    salam Ita..akak sume semua jenis murtabak...tp dari sekut ni lom pernah cuba lagi.. tadi kat pasar ramadhan ada orang jual murtabak megi,
    Amie said...
    rajinnya Ita, memang berbaloi tiap kali Kak Amie datang sini, ada saja menu terbaru,cantik dan menarik yang dihidangkan... kalau begini kena tempah tiket kapal terbang awal2 lagi untuk datang sini, harap tak delay... he he hehh
    Anonymous said...
    pandai kak ita pelbagai kn masakan :)
    cucu nenek di liverpool said...
    Good resepi ni . Boleh dicuba. Tq ita
    mummyseri said...
    best ni kan..mesti sedap rasanya..bole cuba jugek nnt :)
    Gee® said...
    wow...nmpk sedap nih... k.gee pon nk buat jugak lah...
    Mas said...
    resepi ni dah masuk list..
    mas juga tak buat2 lagi..
    sedappnya tengok murtabak tu..
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    salam ita...

    wahh.. tengok jer dah tau musti sedappp!! hehe.. akak mmg suka kalau kuih/juadah berbuka yg pedas2 ni.. suami pun sama.. cantik je potongan murtabak tu..

    p/s: semalam balik dr kerja.. selak2 Kosmo!.. ternampak gambar Juwita & family tersiar dlm segmen ucapan raya... Ita hantar gambar depan sun flower tu kan.. terpampang besar di tengah2 dada akhbar.. gambar org lain kecik sikit.. hehehe.. mesti penyunting pun suka tgk gambar tu.. akak pun suka tgk.. terus excited bagitau kat husband akak ini kawan blogger masak2 akak.. hehehe...
    Ayu said...
    asalam ita, wah ita dah cuba ya..akak pun actually dah masuk list tapi cream crackers nya belum terbeli lagi..nampak sedap & sempoi..tak berat sangat..
    Nuwairani said...
    teringin jugak la nk buat...tp takde biskut...
    ninazsyafinaz said...
    whoaa..terlupa murtabak pun ader version sardin kan..hari tuh dah beli semua bahan lepas tgk kat blog kak ummi.Cuma daging kisar je yg tertinggal sbb tesco takder stok..lepas nih taudah..guna sardin!!
    Mamasya said...
    Ringkas murtabak cream cracker tp nampak sedap...
    Juwita Jamaludin said...
    As.. memang sama la ita banyak lagi biskut tu .. ada resepi macam ni best..:)

    love thanks ya.. memang best murtabak ni
    Juwita Jamaludin said...
    As.. memang sama la ita banyak lagi biskut tu .. ada resepi macam ni best..:)

    love thanks ya.. memang best murtabak ni
    Juwita Jamaludin said...
    ayu manan kreatifnya ikut resepi sha je ..:)

    ika.. selamat bersahur tau... sedap murtabak awak juga
    Juwita Jamaludin said...
    kak ida.. ye kak sedap tau. ita suka tau kak.. buat la nanti

    kak noorma memang kak sedap murtabak ita pun suka
    Juwita Jamaludin said...
    kak amie.. sedap kak murtabak ni tak rugi cuba kak ita suka..:)

    sue mana ada.. akak ikut resepi je
    Juwita Jamaludin said...
    kak pi.. leh cuba kak sedap tau ita suka

    mummyseri sedap saya suka cuba la
    Juwita Jamaludin said...
    kak gee.. sedap kak.. masuk jagn tak masuk

    mas.. ita tergoda tgk sha punya terus nak buat
    Juwita Jamaludin said...
    kak madiha thanks ye kak.. tula ita ramai gak kawn bagi tau seronok rasa kak

    kak ayu memang best resepi ni kak ita suka
    Juwita Jamaludin said...
    nani kena li biskut dulu umah akak banyak biskut ni sampai pening tak makan

    nina.. nanti tau dah leh gina sardin kan sedap
    Juwita Jamaludin said...
    ye mama sya ringkas tapi memang sedap

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG