15 August 2011

Nasi Ayam Ipoh



Salam semua. Agak sibuk hujung minggu baru-baru ini. Semalam kami main badminton. Siapa kata kalau puasa aktiviti sukan perlu terhenti..:) suami ita walaupun puasa tetap akan bermain badminton dengan kawan-kawanya. Biasanya bila suami-suami main badminton isteri-isteri pun join sekali jadinya semalam kami main badminton dari pukul 7-9 malam. Yang bestnya sementara tunggu nak booking gelanggang badminton kami berbuka beramai-ramai dulu. Seronok pula rasanya..:) Tapi berbuka yang ringan-ringan je masing-masing bawa juadah masing-masing dan kami berbuka bersama.



Masak apa la petang ni ye.. Ita dah siap masak dah tapi bukan menu yang ita share hari ni..:) ita ada anak kecil ni memang kena masak awal sikit. Lagi satu hari ni cepat sikit habis sebab tak buat kuih makan kuih karipap yang ita frozenkan minggu lepas je senang cerita. Bila ada kuih-kuih frozen ni kalau nak makan goreng je.. Hari ni ita nak share resepi nasi ayam ipoh. Ramai kawan-kawan yang dah cuba ita pun tak ketinggalan nak mencuba resepi ni. Kelainannya pada nasinya dan nasi ayam ni memang sedap. InsyaAllah akan buat lagi dan lagi.

Resepi ini dari quinnie myresepi tapi ita ambil dirumah kak nor sebab myresepi tak boleh buka tadi.. Ramai agaknya yang cari resepi..:) Okla terima kasih kepada yang menyumbangkan resepi dan ita kongsikan disini pula ye..:)




NASI AYAM IPOH

Bahan Utk Nasi:-

4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega



Bahan Untuk Ayam:-

1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)


Bahan Untuk Sup:-

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah



Bahan Untuk Cili

10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur)

Bahan Untuk Kicap:-

5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)

(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)


B
ahan Hiasan

tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara2:-

Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.





Method Untuk Ayam

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.



Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.



15 Comments:

  1. ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    baru tgk kat umah k.ida japan
    hamboi pemes sungguh nasik ayam ipoh nie ek....kena try gak nanty ni...cuma yg ayam tue lebey kurang mcm ayam madu ekkk
    Ummi said...
    Salam Ita, amboii nasi ayam Ipoh maliiii...sedapnya...akak dh lama x buat nasi ayam nih...tergoda gak tgk.. :)
    Gee® said...
    ewah...!! nasi ayam ipoh naik ketapi laju ke Jepun ek... heee selera nmpak...
    MaDiHaA a.k.a Ratna said...
    memang sedap nasi ayam ipoh ni.. lama tak buat.. nasi ayam apa2 versi pun satu family suka..
    Amie said...
    wah! jauhnya nasi ayam Ipoh sampai ke Jepun, kita di sini pun dapat cium baunya... selamat berbuka Ita & family...
    アヌムちゃん said...
    nyummyyy..sedapnyaa.glemer org ipoh.heee
    sue-sama said...
    Kak ita buat kan sue nasi ayam bota :)
    nuwairani ismail said...
    hmmm.....baru hari tu ternampak di dapur kak ida...sekali kak ita pon buat jugak...jauh ayam tu merantau ye...hihih
    Syaima' said...
    dah buat semalamm sedappppp. thanks kak itaa!
    Juwita Jamaludin said...
    ayu tula sedap nasi ayam ni.. cuba la buat ayu.. ye lebih kurang ayu

    kak ummi.. tula sedap kak buat juadah berbuka..:)
    Juwita Jamaludin said...
    kak gee ye kak sedap. suka kak nasi ni

    betul kak nasi ayam apa2 pun sedap dan menyelerakan
    Juwita Jamaludin said...
    kak amie.. ye kak naik shinkasen tu yang laju.. hahaha sedap kak try la buat

    anum ye tak ye gak.. jadi glamour orang ipoh
    Juwita Jamaludin said...
    sue.. hahaha tak de la sue.. :)

    Nani ni terliur tgk dapur kak ida la ni

    syaima sedapkan akak pun suka
    Clement said...
    Anonymous said...
    2 kali dh buat memang sedap ☺.

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG