08 August 2011

Daging Salai Lemak Nangka



Salam semua. Alhamdulillah sudah seminggu kita berpuasa. Moga segala kebaikan yang dilakukan akan mendapat pahala dari Nya. Hujung minggu baru-baru ini agak memenatkan buat ita. Seperti yang diberitahu sebelum ni ita ada majlis berbuka yang dianjurkan bersama kawan-kawan disini.

Alhamdulillah ia berjalan dengan baik dan lancar. Selalunya tiap tahun kawan-kawan disini bergilir-gilir membuat majlis berbuka di rumah masing-masing dan menjemput family disini untuk berbuka namun tahun ini ianya agak berbeza disebabkan kami masing-masing 4 family yang rapat ini berpindah ke danchi. Rumah didanchi ini agak kecil dan tidak bersesuaian untuk mengadakan majlis berbuka yang boleh menyebabkan kebisingan. Orang jepun tambahan orang tua-tua tidak suka suasana bising.Jadi kami buat dirumah adik-adik bujang disini.




Untuk majlis itu ita dan kawan ita, maz telah menawarkan diri untuk memasak 'main' menu untuk majlis tersebut. Menu malam itu nasi tomato, daging salai lemak nangka, ayam berempah serai, dalca daging, ayam masak merah, kerabu taugeh dan acar timun. Jadi ita masakkan daging salai lemak nangka, ayam berempah serai, kerabu taugeh dan nasi tomato dan selebihnya Maz yang masak untuk lebih kurang 30 orang tetamu yang hadir.

Okla untuk daging salai lemak nangka ni ita ambil resepinya di dapur Mat Gebu. Ita memang suka guna resepi ini bagi ita menepati citarasa ita sekeluarga. Senang dan sedap bagi yang mencari resepi daging salai lemak nangka boleh la mencuba resepi ini..:)Terima kasih, Ita kongsikan disini ye.



Daging Salai Lemak Nangka
bahan-bahan
1 kg nangka muda
600 g daging batang pinang
3 batang serai, dititik
1300 ml santan cair
400 ml pati santan
2 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
1/3 cawan cili padi*(*dikisar halus)
5 biji bawang merah, dhiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1/2 inci halia, dihiris

Cara-cara

  1. Daging dicuci bersih, cucuk dengan garfu, lumur sedikit kunyit dan garam, perap 15 minit dan salai atas api bara hingga masak, balik2kan daging setiap 2- 3 minit (seperti dlm gambar). Sejukkan dan hiris nipis. Nangka dikupas kulitnya, potong sederhana besar dan rendam dalam air. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan2 hiris dan serai, tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil.
  3. Toskan nangka tadi dan masukkan ke dalam periuk bersama2 daging salai hiris. Gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih, kecilkan api dan biar merenih hingga nangka lembut (tambah air panas jika perlu).
  4. Masukkan asam gelugor, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali tuang pati santan dan biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


29 Comments:

  1. Diana @ Melley Mey said...
    Assalamualaikum ita...
    seronoknya kan dapat bnerbuka puasa bersama kekwn .. tentu meriahkan ita..
    ermm.. akak pun sama gak ngan ita.. akhir2 nie terasa penat wpun x memasak tuk berbuka.. cuma sediakan untuk bersahur jer...
    akak tgk daging salai lemak nangka tu amat menyelerakan ita.. akak x perna lg buat resipi nie.. nampak sedap
    Ida,Japan said...
    slm ta..rajinnyer ita salai menyalai daging tu dulu...tapi daging salai msk lemak ke, msk gini ke mmg sedapp...k'ida suka
    Sabtu 2 hari lepas pun, k'ida ada majlis iftar group malaysian kt sini, kami ramai gak..kalau buat kt rumah, tak muat, kami selalu booking mana2 dewan danchi, setiap org bwk mknn..k'ida msk nasi kerabu kuning ngan apple tart jer hari tu..kalau sempat post la...
    ieda said...
    sedapnyaaaaaaaaaa dikk
    terliuq akak .. jarang akak makan kari daging salai nie :))
    Along Maklong said...
    salam ita..

    2 hari lepas menantu maklong yang tunggu hari adalah bunyi nak makan daging salai ni.. tapi maklong rasa macam rumit je nak buatnya.. harap2 maklong rajin hari ni.. sebelum dia berpantang..
    nak cilok resepi ita ni nanti.. :)
    indahhouse said...
    Salam kak juwita,
    Bestnya nengok orang wat jamuan berbuka. Menu daging salai, tak pernah saya buat lagi. Mesti sedap sangat bila dah dibuat main menu tu. Insya Allah nak try juga la. :)
    Mas said...
    perhhh...terliur betoi nengok daging salai lemak nangka tu...
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    akak beli nangka dlm tin ker???
    sedapnyer tgk...boley try next menu berbuka...smlm buat puding coklat sos kastart tue ambil dr umah akak la...sedap ekkk
    ijayuji said...
    Salam kak ita! sedap kan daging yg di salai niiii, pastu buat lemak2 gituuu mmg best! kat jepun pun ada nangka kita yg kat sini ada nangka fresh tak pernah nak beli hihihi...pdhal kita suke sayur2 lemak yg ada nangka niii :D bestnyerrr buka ramai2 yer kak, bertambah makan :D
    Kamalia said...
    salam kak ita..bestnye dgg salai tu msk lemak.ad pulak nangka kan..mmg terangkat la bila mkn tu.pas hbs pntg nak beli itu nangka kat baticrom,bole msk lemak dgg salai..
    nOOrsha said...
    salam ita..sedapnye daging salai msk lemak ni..ade nangke lg..aduhhh..kecur btol tgk...klo dkat nk ngeneng semangkuk..hihi
    nuwairani ismail said...
    wah! daging salai! lamanya tak makan...sedap tu kalau masak lemak nangka...tp sampai skrg nani belom berabi nk buat masak lemak nangka.
    アヌム ちゃん said...
    xtau pun boleh dpt nangka dekat jepun..heee..nmpk sedap tu...
    Umie said...
    kak ita, sedapnya gulai nangka tu..makan plak dengan ikan masin goreng + sambal belacan, kompem saya bole makan berpinggan2x..hehehe
    Yatie said...
    waduh adik kat Jepun leh masak nangka, akak yg kat Msia ni tak jumpa lagi nangka muda..kat pokok tepi umah tu ada nangka, tapi malas nak siang..malas kena getahnya tuuuu...tapi bab makan rajin plk tu...adoyaiii..menyelerakan daging salai bersama nangka tu..
    resipe-masak-makan said...
    Salam orang jauh, sodap nampak gulai tu,ni den kono poiee kat jalan kolo pilah nak boli daging salai tu. alahaii
    Hanis MY said...
    wahh bestnya kak ita..buka puasa ramai2...meriahnyaa... akak ni mmg terror masak...mana nk dpt nangka kat sni kak ita?
    sue-sama said...
    soalan yg kak hanis tanye same dgn soklan yg sy nak tnye ...akak terrorla...nk brguru dgn akak..lg2 buat kek...sue nk belaja wat kek..bagi lembut dan lembap..hehe
    Cendana Kasih said...
    Assalamualaikum Ita...

    sedapnyer gulai nangka..lama akak tak makan..

    jap yer..nak cari nangka, nk cari nangka... hehehe...
    cucu nenek di liverpool said...
    Uwaaa..sedapnya..terliurnya.. Mana dtg nangka muda tu ita? Kena gigih gi carik gak ni tak kang Ada mak budak menjejes air liur kempunan.
    HaSue said...
    Rajin n kretif jer ita nih..terasa2 jer nak hirup daging salai lemak nangka tu haa..sedap2..
    Juwita Jamaludin said...
    wsalam kak diana.. tu la sebab dah panas balik tu yng rasa penat kot kak..

    kak ida tula berbuka ramai2 bestkan ita suka tapi tu la kat jepun ni susah rumah kecil je
    Juwita Jamaludin said...
    kak ieda,.. sedap kak ita suka menu ni..:)

    ye mak long ita suka menu ni.. sedap buakan mak long nanti pantang dan ada baby tak leh nak makan
    Juwita Jamaludin said...
    indah.. tul indah seronok berbuka ramai2..

    mas.. cuba la sedap tau ita suka
    Juwita Jamaludin said...
    ayu.. yup kat baticrom ayu.. sedap walaupun dalm tin beli la murah je 250 yen

    ika tula ada fresh lagi akak ni yang dalm tin nasib ada
    Juwita Jamaludin said...
    kamalia.. tula awak pantang jangan mkn nanti dah abis baru leh makan ye

    sha sedap sha cuba la
    Juwita Jamaludin said...
    nani.. sedap nani.. cuab la buat tentu berahi makannya

    anum ada kat baticrom tau
    Juwita Jamaludin said...
    umie. hahaha sedap2 menu yang ummie cakp tu kalau makan tak toleh kiri kanan dah

    kak yati ni yag dah sia[p siang senang sikit
    Juwita Jamaludin said...
    resepi masak tahu ada daging salai kat negeri ye.. sedap tu

    hanis mana pandai masak untk family je.. =beli kat baticom tau
    Juwita Jamaludin said...
    hasue.. mana kratifnya hasue lagi kagum pandai masak tau.. sedap hirup pun best

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG