Salam semua. beberapa hari tak update blog ni. Pelbagai aktiviti dan masa amat mencemburui. Bila malam bila siangnya penuh dengan aktiviti dah penat jadi memang tak sempat nak masukkan entry.
Hari ini saja nak masukkan resepi cupcake dari wilton ni. Sebenarnya kawan ita disini Aliza suka buat Cupcake ni jadinya ita tak pernah makan tapi Nik yang pernah makan ni kata sedap.. jadinya semalam ita sempat cuba cupcake ni. Disebabkan ada buah blueberry ita tambah sikit dalam tu.. sedap bagi ita.. bagi yang suka butter cakes tentu suka resepi ini. Ita buat 1/2 adunan dan dalam acuan muffin je.
Tak dapat nak berceloteh panjang-panjang sebenarnya. Banyak kerja yang menanti tu sebab esok ada picnik dengan kawan-kawan disini . Saja berkumpul-kumpul sempena baru masuk musim luruh ni. Okla resepi asal boleh lihat disini. Resepi itu ita dah adjust sikit gulanya sebab agak manis ni pesanan dari kawan ita tu la..:) resepi ini ita dah terjemahkan untuk memudahkan ita merujuknya..
Blueberry Butter Cupcakes
Bahan-bahan
* 1 1/2 cawan mentega
* 2 1/2 cawan gula - ita kurangkan 1 3/4
* 5 telur
* 1 esen vanila
* 3 cawan tepung
* 3/4 sudu teh baking powder
* 1/4 sudu teh garam
* 1 cawan susu
* 2 sudu jem blueberry
* buah blueberry
Cara-cara:
Labels: Kek
Perhhh malatop giler ni
Kaka WM tu x blh letak ek???
*jgn lupa saksikan Masterchef Malaysia 22 okt 2011 di Astro Ria...
buat dalam bentuk mapin2 ni senang orang nak makan. tak perlu nak potong2 lagi dah. sekalii ngap aje..
Kak Naz nak air yg warna green tu lah..boleh ke? Air apa tu? hehehehe.. Oppsss..lupa..dan 2 ketul muffin tu sekali ek..
comeynya cupcakes tu ita... nampak sgt sedap ler.. kalau irfan nampak nie pasti nak akak buatkan.. mmg geram tgk tau..
Dpt seketuii dua sedap buat minum ptg...dah lama tak baking cc..