03 May 2011

Trifle Istimewa


Trifle adalah antara dessert yang paling ita suka. Gabungan buah-buahan kegemaran, kek, whipping cream, jelly dan kastad membuatkan desert ini amat sedap dan cantik mata memandang. Tempohari ada BBQ jadi ita cuba buat trifle ni.. sebelum ni pernah buat juga tapi guna resepi lain hari ni cuba resepi ini pula.. Thanks to Mat gebu diatas resepi yang memang best ni..


sumber : Mat Gebu

BAHAN KEK SPONGE :-)
( ita guna resepi yang lain untuk kek span)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
  4. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
  5. Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin.

7 Comments:

  1. Wanieyra said...
    salam...

    sedapnya, ira kalu buat ni anak2 mmg suka.
    Ummi said...
    Salam Ita, mmg sangat2 best resepi Mat ni kan...akak pun dah buat...rasa lemak dgh whipped cream tuh..
    Jue said...
    kak ita trifle ni mmg sedap..rugi x mkn byk ari tu..hahaha
    Juwita Jamaludin said...
    wanieyra.. yup saya suka hanya nak buat perlukan masa yg lama..

    kak ummi.. ye kak tak rygi cuba
    Juwita Jamaludin said...
    jue,, tu la dah tgh2 angin tu memang tak selera hihihih
    Aishah @ Ariffin @ Aqil said...
    salam ita....
    syoknyer bile teringat kat jepun...
    kat karuizawa tu mmg cantik...ape2 pon kat outlet kalu tak sambar hadiah tu kat mesia mahai noi...
    Juwita Jamaludin said...
    aisha.. memang cantik karuizawa ni.. mesti awak rindu nihonkan... meh la jalan2 sini

Post a Comment



There was an error in this gadget

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG