10 May 2011


Disebabkan Fathnin dan Fateh suka makan nasi Mandhi kelmarin jadi semalam cari lagi resepi nasi-nasi berperisa begini. Tengah diorang ada mood nak makan nasi-nasi gini layan kan je tekaknya.. sambil mamanya boleh juga belajar masak2 menu-menu yang best macam ni..:P nasi lobak merah ni saya pun rasa sedap .. ( semuanya sedap mana tak badan naik.. huhuuhu). Warnanya original tak payah guna perwarna sebab warna oren lobak merah tu turun pada nasi tu. cantik nampaknya.. berselera jadinya ( lagi ayat bahaya). Dalam resepi tu kena parut lobak merah tu tapi saya takde pemarut jadi potong kecil2 dan masuk air sikit jangan banyak lepas tu blender hingga halus. Masak pun mudah hanya kena pastikan air kena mengikut sukatan yang betul supaya nasi nampak cantik dan peroi. Untuk menu ni saya cari didapur kak ummi yang pandai dan rajin masak tu.. kagum saya wanita berkerja pun boleh masak macam2 untuk suami dan anak2 dan update blog.. untuk padanan kali ni saya padankan nasi lobak merah ni dengan ayam bistik, daging tumis bersama sayur kangkung, kerabu mangga dan popadam. Tapi popadam lupa nak interprem plak waktu amik gambo ni.. jadi layan la gambo nasi ni diselitkan gambar anak2 yang nak masuk sekali waktu mama diorang tgh sibuk2 nak ambil gambar nasi..


NASI LOBAK MERAH
Sumber : Ayu Curlybabe's Satisfaction
diambil di : home sweet home

Ingredients:-

  • 1kg beras beriani-(1kg basmathi rice)
  • 6 biji lada hijau dipecah2-(6 green chillies bruised)
  • 1 sudu teh jintan halus-ditumbuk kasar2-(saya gunakan serbuk aje)-(1 tsp cumin, grounded coarsely, I just used powdered ones)
  • 1 cawan minyak kacang-(1 cup cooking oil)
  • 1 sudu besar minyak sapi-(1 tbsp ghee oil)
  • 3 batang lobak diparut -(3 carrots shredded)
  • 300g buah tomato dipotong halus-(300g tomatoes sliced thinly)
  • *6 biji bawang putih ditumbuk halus-(6 garlics minced)
  • *2cm halia ditumbuk halus-(2cm ginger minced)
  • 2 biji bawang besar dihirs-(2 large onions sliced)
  • 4cm kayu manis-(4cm cinammon bark)
  • 3 biji buah pelaga-(3 cloves)
  • 3 biji bunga cengkeh-(3 cardamons)
  • garam-(salt)
Method:-
  1. Sukat air 1,100ml lalu ketepikan dulu.
  2. Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut. Panaskan minyak sapi dan minyak kacang.
  3. Tumiskan bawang besar, bahan2 tumbuk*, lada hijau dan jintan. Kacau sampai garing.
  4. Lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkeh dan air.
  5. Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak-(saya masukkan kedalam rice cooker dan masak seperti biasa).

AYAM BISTIK
Sumber: Dayangjack

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili (dibancuh dgn air)
  • 100 g puri tomato
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2-3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan sos cili
  • garam
  • kacang peas - jika suka
Bahan-bahan mesin :
  • 7 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
  3. Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
  4. Hidangkan.


Kerabu mangga ni nak buat juga sebab jumpa mangga dikedai sayur tempohari. Nak makan begitu je macam masam je. jadi buat la kerabu ni sedap jadinya.



Kerabu mangga

2 biji mangga kecil
3 biji cili api ( mengikut kepedasan masing2)merah dan hijau
2 ulas bawang kecil
segenggam kacang goreng dan ditumbuk
1 sudu udang kering
sedikit garam
sedikit gula
2 sudu sos ikan
4 helai daun limau purut

caranya
1. Potongkan mangga memanjang. Dan hiris semua bahan2 lain
2. masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan gaulkan setelah diperasakan dengan gula dan garam.

7 Comments:

  1. ijayuji said...
    Salam kak ita!!! apa khabar mu disana... ~~~nyannyi niii hihihi... makin comellll n hensemmmmm ank2 akak niii nak mintak jadik besan segan hihihi :D jyoudan! Sana sini rumah org buat nasi2 mcm niiiii, kita mmg suke nasi2 perasa gini! pastu mkn ada acar lg uuwaaaa...esok byk kerja tak leh nak main2 kat dapo :D
    Ummi said...
    Salam Ita....waaah nasi lobak merah nampak sedap..basmathi ada sikit lg tuh..kena buat gak la...eh rasa mcm dah buat..tp lama dah kot, leh buat semula..hehehe
    ☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...
    issyyy terlioq dah ayu tengok...uwaaaa..siap dah copy recipe nie...weekend leh try...tq k.ita @____`
    Idayu said...
    slm...ghajinnya msk mcm2..dh mcm restoren dah jadiknya. akk x penah dengo ns mandhi...pas2 nuh bole ler try.
    ayam tandoori tuh pon mcm sng jek nk buat kan?
    Juwita Jamaludin said...
    ika.. akak sambung ye.. "lama sudah tak berjumpa" hihihi..tula bila anak2 selera mamanya pun senang hati.. so layan je tekak anak2..
    Juwita Jamaludin said...
    kak ummi.. saya ni pun godek2 dapur akak best dapur akak macam2 ada.. ihihiihi

    ayu.. buat la memang berbaloi akak suka akan buat lagi dan lagi...
    Juwita Jamaludin said...
    Kak ayu.. masa ni la nak masak macam2 .. nanti kat msia tak sempat selak resepi masak simple je.. hihihihi

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG