17 May 2011

Roti Goreng Ranggup




Semalam suami minta buatkan roti goreng ranggup ni.. dah beberapa kali buat sedap dan ranggup roti yang digoreng. Yang pasti tak serap minyak.. jadi biar ita panjangkan resepi ini disini ye hasue.. thanks ye.. untuk roti ni ita masukkan inti sardin.. seronok sebenarnya bila kita cari resepi dan cuba resepi2 baru sebab dapat pengalaman, tambah juga ilmu dari tak kenal rempah ratus sekarang boleh la kenal sikit2.. Alhamdulillah ada juga sesuatu ilmu yang ita belajar walaupun secara tidak formal .. jika di Malaysia memang ita tak sempat nak buat semua ni .. sungguh bertuah rasanya :)waktu bercuti macam ni.. tak tergambar rasanya busy bila balik malaysia nanti.. pasti merindui saat-saat cuti macam ni...:)


sumber : Hasue: I Love My Life


Bahan-bahan:

* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)

Nota biru:Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..

6 Comments:

  1. Kamalia said...
    wah..kak ita dah cuba resipi ni ye..sy je yg belum lagi..time roti ade,mls nak buat..time org buat, nak buat gak,tapi roti pulok xdo..hahaha..abaikan sy ni..
    ieda said...
    wah2 ita .. makin rjin ya .. kalau akak duk ngan ita nie .. temuk2 lah akak nie kekkeke

    nak try nanti .. selalu risau berminyak sgt kan :)
    Asmara said...
    Ita, balik msia nnti mmg lebih makan masakan orang kot. lg2 dah kerja nanti. Tapi boleh je kan. Nak buat yg susah2 cam tak berbaloi, beli je kot. hehe.. tp yg roti ni nampak senang boleh buat selalu. hehe..
    ijayuji said...
    Salam kak ita!!! ha ar lah tak pernah nak buat lagi resepi nii nanti kena buat jugak niii tp guna inti mcm akak sardin maklumlah yg nk mkn ni org2 tua hihihi bukan budak2 :D
    Juwita Jamaludin said...
    kamalia.. tula akak dulu pernah cuba tu yang buat lagi dan lagi.. hihihi

    kak ida mana rajinnya kak.. suka suki je masak .. tambah hubby request lagi la suka
    Juwita Jamaludin said...
    as.. tula nanti takut tak sempat nak masak .. dapat masak malam pun dah syukur...

    ika.. ye betul .. anank akak pun memang suka sardin juga.. jadi buat tak pedas.. sedap...

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG