27 May 2011

Donut inti kastad



Kalau sebut je donut anak-anak ita memang suka. Hanya donut kali ini bentuknya bulat sebab nak masukkan inti kastad didalamnya. Resepi yang sedap dan akan buat lagi dan lagi. Buat ni pun kelmarin dan frozenkan sikit. Boleh buat minum-minum petang untuk anak-anak. Nampak suami ita pun suka donut ni. Donut yang lembut dan ranggup diluar. Ita buat 1/2 adunan je dan tak buat besar sangat senang anak-anak nak makan. Resepi ini dari kak CT Delima.. thanks kak saya panjangkan disini ye.

Donut Inti Kastard
Resepi : Kak CT Delima
Bahan :

* 280 ml air
* 300 g tepung roti ( high protein flour )
* 200 g tepung gandum ( plain flour )
* 10 g garam halus - secubit
* 60 g gula
* 20 g susu tepung
* 1/2 camca besar baking powder
* 3 1/2 camca teh instant yeast
* 2 biji kuning telur

* 50 g lemak sayur @ shortening

Bahan Kastard :

* 1 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu besar gula kastor
* 2/3 cawan susu segar
* 15 g butter
* 2 sudu kecil esen vanila

Cara membuat inti kastard :

* Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter. Kacau rata dengan whish dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan tuang esen vanila dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.


Cara membuat donut :

1. Satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan. Bulat2kan doh dan masukkan dalam satu bekas dan perap 1 jam @ hingga adunan naik 2 kali ganda.
2. Kaedah breadmaker : Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan kedalam breadmaker, pilih setting doh dan tekan butang on. Tunggu hingga siap.
3. Keluarkan doh dan uli sekejap, rehatkan 5 minit dan bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan gelas dan alihkan kedulang yg ditabur dengan sedikit tepung. Buat hingga siap dan biarkan selama 1/2 jam @ hingga doh naik.
4. Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3 - 4 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak, bila kuning keemasan pada ke dua2 bahagian , boleh angkat dan toskan.
5. Bila donut dah suam2 sejuk, tebuk hujungnya dengan chopstick untuk buat sedikit ruang dalam donut tu, hati2 yerk jangan sampai tertembus donut tu...
6. Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donut tadi, kemudian barulah disalut dengan gula kastor.

12 Comments:

  1. CT Delima said...
    As'salam Ita

    donatttt!! sedapnya, bila nampak donat ni, teringat anak akak yg bongsu tu. dia suka sangat, kalau letak kastard kena letak lebih2 .. hihihi
    Asmara said...
    Kalau donut mmg paling laku la dalam rumah. menarik ni inti kastad x penah buat tp penah mkn kt msia. :D. Boleh cuba tengok Haziq suka x, kalau donut coklat dia x gemar, yang gula jugak pilihan hati dia. sorang dia boleh 4-5 biji sekali makan. hehe..
    ijayuji said...
    Salam kak ita!!! nak donut!!! waduhhhh bialalh angin meroti kita ni nk dtg ya? pdhal yis dah beli sepeket gemuk tuuuuuuu minggu depanlah! hihihi
    KakAsma said...
    akak pun buat donut gak..kali nie nak terai yg nih pulak..hari tuh nampak kat rumah CT,mmg teragak tul sebab ada inti kastad..mesti sedap ...list list!!!!
    Chik Mimi said...
    wah itaaa dah sampai jopun bila nak landing kat penang pulak ni?
    Wanieyra said...
    Ira pun dah lama copy resepi ni, ingat minggu ni nak buat jugalah kalau sempat
    Juwita Jamaludin said...
    kak Ct thanks atas resepi nya sedap donut ni kak.. suka saya

    As.. cuba buat sedap tau as.. anak2 ita suka..
    Juwita Jamaludin said...
    ika.. alal awak vitamin R banyak.. bbila leh buat.. hihihi

    kak asma.. sedap donut ni kak leh cuba nanti
    Juwita Jamaludin said...
    kak mimi.. lum landing penang ke.. ticket habis kot.. :)

    ira.. buat ira berbali sebab sedap.. saya suka
    Ayu said...
    Assalam ita..another donat kat sini ..tadi baru balik rumah kakasma..cannot tahan leh..
    Juwita Jamaludin said...
    Kak ayu anak2 suka donut tu yg buat tu...
    Anonymous said...
    adeh sdapnyeee tgk..terliurrr nih

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG