24 May 2011

Laksa Tuna dalam tin



Sejak balik dari Malaysia bulan 2 tempohari belum sempat nak masak laksa, bila nak masak je ada je bahan yang tak cukupnya. Lepas je kejadian tsunami di jepun ni lagi la tergendala sebab ita tak pernah lagi beli ikan atau makanan laut dijepun ni( kecuali baru-baru ni beli tako/sotong kurita sebab tak tahan nak makan takoyaki) sebab hari tu ada ura-ura air di jepun ni tercemar sikit. jadi setakat ini ita kalau nak makan ikan beli dari website halal disini yang import ikan2 dari luar itu pun kurang mendapat sambutan isi rumah ni dan nak beli udang beli yang frozen juga tapi jarang sekali. jadi memang la kekurangan idea nak masak sebab asyik makan ayam daging je.. tukar la kadang2 ikan bilis atau menu mee.. sampai pening nak fikir masak apa.. eh malalut plak..:P jadi nya bila pindah dirumah baru ni stok daun kesum pun tak de.. kalau dulu petik belakang rumah je banyak.. ahad baru2 ni suruh Chah adik di yokohama ni yang dah ambil alih rumah lama adnin untuk bawa daun kesum tu kebetulan dia nak ke rumah adnin. Dapat je daun kesum terasa kesedapan dan keharumannya.. terus la menjadi2 nak buat laksanya. tapi masalahnya ikan pula takde.. nak beli rasa masih belum percaya lagi... jadinya ita cuba google ada ke yang buat laksa guna tuna.. alhamdulillah bila baca review ramai juga yang cuba.. dan kata sedap. ita pun apa lagi godek-godek la didapur.. alhamdulillah memang tak mengecewakan sebab sama rasanya.. lagi bagus cepat je masak sebab tak pelu nak rebus2 ikan bagai.. hanya kalau nak kuah tu pekat kena guna banyak tin la tunanya.. mahu pokai juga la.. hehehhe.. so ita guna 3 tin je.. rasanya menu ni sesuai untuk 3 orang.. resepi ni ita masih guna resepi mak ita hanya tukar ikan kepada tuna dalam tin je..


Bahan-bahan

3 tin tuna dalam tin- ita guna yang tuna dalam minyak- buang minyaknya dan blender dengan sedikit air
sebiji bawang besar yang sederhana besar( dikisar)
3 ulas bawang putih
2 batang serai(dikisar)
segenggam daun kesum(dikisar)
segenggam daun kesum
10-15 tangkai cili kering( ikut kepedasan masing2)( dikisar)
6 keping asam keping
sedikit belacan ( di masukkan semasa mengisar cili)
sedikit garam

hiasan
hirisan bawang besar
daun salad
timun
cili api
telur rebus

cara-cara

1. Blender isi ikan tadi dan ketepikan.
2. masukkan dalam periuk bahan-yang dikisar tadi dan masak 10 minit. setelah itu masukkan isi ikan yang diblender tadi kemudian masukkan daun kesum dan asam keping. setelah mendidih perasakan dengan garam.
3. hidangkan bersama laksa yang telah direbus dan hiaskan dengan bahan2 hiasan.



9 Comments:

  1. ☆♥L@dy @yU♥☆ said...
    senang sangat laksa k.ita hikhik...ayu selalu buat x pernah cuma bahan kat sini...sebulan sekali wajib buat sebab fav!
    urmmm pasai ikan tue jgn risau k.ita sebab selalu kat supa sblm jual mmg ada badan khas yg uji tahap radiation yang ada kat semua bahan makanan...dan sepatutnya ada note yang nihonjin letak cakap semua bhn tue bebas...everyday dia orang check if not takut kena saman ngan costumer beli brng yg kena radiation...mcm k.ita jauh gak dari fukushima tempat ayu just 150km jer..now radiation makin meningkat kat youchien sensei dah kurang aktiviti kat luar.
    ijayuji said...
    Salam kak ita! kita pun antu laksaaaaa sedapnyer! lamalah tak buat laksa bila akak tyg mcm ni terasa nak buat skrg jerr tp ikan tuna tak de :D daun kesom ada tuuu mana satulah yg nak dibuat ni ya :D
    kurus said...
    waaaaa baru nie .. ermmm nanti nak suh mak akak buat ekekke .. akak x pandai dari dulu sampai skrg huhuhu
    Nuwairani said...
    salam kunjungan kak ita. bagus juga guna tuna dlm tin ni.senang sbb x payah sibuk2 nk buang tulang ikan.
    Juwita Jamaludin said...
    Ayu.. .tula memang tapi setakat yang boleh elak akak elak.. hanya sayur je akak dah beli

    ika.. tula ika rajin masak tentu macam nak buat hihihihi.. akak yang selalu penng nak masak apa
    Juwita Jamaludin said...
    kak ieda.. kalau akak ikut resepi mesti jadinya.. hihih kat sini nak makan kena buat la kak..:)

    rani.. ye.. mudah akak suka hanya guna tuna mahal sikit la
    Jue said...
    kak ita..
    nak daun kesum..huhuhu
    jue punya pokok dah mati..
    sedih...
    Asmara said...
    Ita! kita hari2 makan ikan. tp diorang mesti cek dulu ada radiasi ke tak. jepun ni kan sangat sensitif, so jgn risau pasal mknn dia. tp tang air tu mmg bagi air mineral utk budak2, tak pun air bertapis yg amik free kat supa tu. laksa kita selalunya mmg guna dlm tin la, jrang sekali guna ikan fresh. hehe..
    Juwita Jamaludin said...
    jue.. nak ke .. akak kena gi rumah lama kalau nak.. sebab akak pun adik2 tu bagi.. nanti kalau nak datang rumah akak leh la akak bagi..

    As.. tula As.. masih belum beli lagi.. huhuhuhu.. lagipun isi rumah ni kurang sikit makan ikan

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG