25 May 2011

Nasi Ayam goreng


Nasi goreng ayam atau nasi dengan ayam goreng ni memang senang nak buat dan sangat sedap. menu yang sesuai bagi ibu-ibu yang nak masak untuk anak-anak. Alhamdulillah Fathnin dan fateh suka nasi ni sebab ayamnya lembut tak perlu nak kunyah lama-lama. fathnin memang kalau makan ayam dia nak pastikan ayam tu tak perlu kunyah lama-lama. Dia suka ayam yang lembut. Jadi mama dia kena pastikan kalau masak ayam masak lama sikit untuk pastikan ia empuk betul. Dah 2 kali buat nasi ni dan akan buat lagi dan lagi. semalam ita padankan dengan sup ayam, acar sayur dan sambal nasi ayam. resepi ni ita ambil di rumah kak hana.

RESEPI NASI AYAM GORENG (Nasi+Ayam Goreng)
Bahan-bahan

Untuk Nasi

* 3 cawan beras basmathi-cuci toskan
* 1 sudu makan rempah kari
* 1 inci halia-tumbuk kasar
* 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
* 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
* 1/2 labu bawang besar-potong dadu
* 2 inci kulit kayu manis
* 2 biji buah pelaga
* 3 kuntum bunga lawang
* 1/2 cawan susu cair
* sedikit kiub ayam
* garam, lada hitam
* daun ketumbar @ daun kari

Untuk Ayam

* 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
* 1sk Serbuk kunyit
* 1sb Serbuk kari
* Garam

Cara-cara

* Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
* Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
* Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
* Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
* Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.


7 Comments:

  1. Chik Mimi said...
    wah ita akak pun belum try lagi nasi ayam goreng tu,cantik ikan mas tu duk posing ,apa rasanya ita?
    KakAsma said...
    Ita,first time dengar nasi ayam camgini..ada kesempatan nnti boleh dicuba..kat umah akak kalau ada pembaharuan pat nasi nasi nie mesti dapat sambutan
    Mama Hawa/Mama Nani said...
    Salam rindu buat Ita n family disini :)
    Mama pun sama blm pernah cuba nasi ayam grg cam gini...Aah lah Ita mama & chik mimi nak tahu jgk apa rasa ikan emas atau taiyaki tuh?
    Juwita Jamaludin said...
    Kak mimi kena try sangat sedap bagi ita senang nak
    masak pun :)
    Juwita Jamaludin said...
    Kak buat ksk sedap bagi ita.. Anak2 pun senang nak mkn sebab ayam lembut..,
    Juwita Jamaludin said...
    Mama.. Cuba la sedap tau mama nasi ni.. Oh kuih tu rasa mvm dorayaki pun ada, mcm wsffle pun ada tp ada inti
    Idayu said...
    sdp..sdp..akk dh buat semalam. nasib baik ank2 suka! thanks

Post a Comment



Share it

About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG