09 May 2011


Salam hari isnin.. dah puas tengok gambar daging burger tu..:P hari ni kita tukar menu plak ye.. ini menu minggu lepas juga tapi weekend memang tak sempat nak jenguk blog ni sebab sabtu macam biasa acara lepak2 bersama suami dan anak2 tercinta dan petangnya pergi main badminton. Bila balik masak dinner sekejap pastu lepak2 sekejap dan uruskan apa yang perlu sebelum masuk tidur.. hajat dihati nak makan nasi mandhi sebab memang pernah makan nasi ni waktu kat Mekah dulu waktu buat umrah sedap sungguh nasi ni. jadi cari resepi nya.. Siapkan semua bahan untuk masak nasi ni dan mula la acara memasaknya.. tapi tula tak baca lagi caranya sampai habis baru perasan yang nasi ni perlukan arang.. tapi didapur saya tak de arang jadi teruskan juga masak nasi ni.. hanya mungkin tak de bau-bau arang je la kot.. ihiks.. tapi sedap tau nasi ni.. fathnin dan Fateh pun suka.. tambahan di padankan dengan ayam tandoori, pajeri nenas dan salad.. untuk masak ayam tandoori tu amat mudah saya gunakan rempah tandoori dari india yang dibeli dikedai halal disini, tinggal masukkan yougurt, garam, perahan lemon dan saya blender bawang merah, putih dan sedikit halia.. perap semua sekejap dan bakar.. ok jom kita tgk resepi nasi mandhi.


Nasi Mandhi
sumber :Resepiraidah


4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

2 Comments:

  1. cucu nenek di liverpool said...
    tengok nasi mandhi ita teringat tengok gambar FB kawan yg kerja kat mekah tunjuk cara masak nasi ni, tapi igt takde can dah nak buat sebab dia punya rempah pelik2, tapi memang ada letak lemak bungkus dlm aluminium foil n tindih ngan arang kan? ita nyer resepi ni mcm dah dimelayukan kut tp bolehla kak pi cuba lepas ni. Thnx ita for sharing
    Juwita Jamaludin said...
    tula kak pi.. ita pun search je.. tak perasan kena letak arang.. hihihi.. tapi bila search lagi memang kebanyakkannya kena letak arang tu

Post a Comment



About this blog

821602_296729d757ea84k5ins587.JPG


822702_052345cc77ea843wlurk88.JPG